KATA JAGDIP SINGH – KAMI BINA 4 KALI GANDA RUMAH MAMPU MILIK BERBANDING UMNO – BN

Benarkah kenyataan di atas. Rata rata di P.Pinang rakyat terutama golongan pendapatan rendah meraung betapa sukarnya mendapat rumah mampu milik. Apa yang nyata terlihat semenjak DAP РPAKATAN RAKYAT/ HARAPAN yang melaungkan sosialime  dan KEADILAN RAKYAT  berkuasa lebih banyak projek mewah dan komersial naik menenggelamkan rumah mampu milik.

Berpuluh puluh kampung/petempatan Melayu yang musnah. Ke manakah mereka pergi ? Adakah ini menjadi KEPEDULIAN DAP dan PKR sebagai kerajaan sebagai pemegang tanggung jawab sosial terhadap rakyatnya. Benar DAP menolong rakyat keturunan India dalam kes Kampung Buah Pala walau pun kalah kes mahkamah hingga ke peringkat mahkamah persekutuan.

Malangnya dasar ini tidak menyeluruh apabila melibatkan kampung kampung tradisi Melayu penduduk asal P.Pinang. Bagaimana pula dasar tentang tentang pelestarian WARISAN MELAYU, langsung tidak berbunyi dan berdetik.

Tidak adil kita menyalah DAP sahaja. Sekutunya iaitu PKR seperti tidak ada tulang belakang dan pendirian terhadap hak hak rakyat untuk mendapat keadilan di negeri yang paling pesat membangun. Adakah logik akal dan tidak tersentuk di hati apabila tebusguna laut mengambus kawasan mencari makan.Ini seperti mencurahkan pasir dalam periuk nasi nelayan.Jika P.Pinang terdesak sangat untuk mendapatkan tanah baru untuk pembangunan, persoalannya tanah yang direklaim itu milik swasta.

Hakikatnya rakyat tetap tak akan dapat apa apa bahagian. Samalah seperti reklaim di pantai Tanjong Tokong seluas 980 ekar ,langsung tidak ada bahagian penduduk tempatan. Rakyat hendak lihat sejauh manakah letaknya perbezaan di antara DAP dengan UMNO yang pro kronime dan kapitalisme.

Jika keduanya tidak jauh berpura pura melainkan banyak bermain politik yang memeperdaya, sudah pasti rakyat akan menjadi mangsa. Seperti kata pepatah Melayu lari dari mulut buaya masuk dalam mulut harimau yang terngaga. Antara keduannya mesti jelas perbezaan supaya rakyat yang sudah lama dizalimi mendapat pembezaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *