JAWAPAN JAGDIP SINGH TERHADAP TUDUHAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI PP MENGANIAYA MELAYU
Jagdip Singh exco perumahan KN P.Pinang memberi butiran statistik menolak dasar perumahan kerajaan Pakatan Rakyat – Pakatan Harapan P.Pinang menganiaya orang Melayu.Ini sebagai menjawab tuduhan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.
Beliau memberikan perangkaannya sebagaimana berikut:
Dari tahun 2000 hingga 2007 BN hanya membina sejumlah 5124 unit rumah kos rendah. Selepas tempoh tersebut tidak ada 1 unit pun dibina hingga kini di bawah PRIMA Syarikat Perumahan 1 Malaysia.Jagdip mengakui Kerajaan Negeri P. Pinang tidak meluluskan projek PRIMA sejak tahun 2015 kerana gagal mematuhi syarat syarat tertentu.
Sebaliknya dari tahun 2008 hingga 2016 KN telah meluluskan sejumlah 20,872 unit kos rendah dan sederhana rendah dan 65,789 unit akan dibina dalam jangka masa 10 – 15 tahun. Separuh daripadanya diberi kepada Melayu
Pecahannya seperti berikut :
5686 unit kos rendah diberi kepada Melayu
3029 unit kos rendah diberi kpd China, 872 – India dan 36 unit dll
RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH
Melayu – 2188 unit , China – 3498 unit, India -50 dan Lain lain bangsa 30.
Daripada jumlah 9623 unit kos rendah yang diberi kepadaMelayu ialah 5689 unit kadarnya melebihi 50 peratus.
Dari segi keseluruhan kos rendah dan kos sederhana rendah yang diberi kepada Melayu keseluruhannya ialah 7874 unit. Perbandingannya dengan jumlah keseluruhan iaitu 20, 872 unit yang dibina, peratusnya hanya 40 peratus sahaja. Tidak pun mencapai 50 peratus atau separuh seperti yang didakwakan.