PROJEK BESAR DI TELUK BAHANG MANA BAHAGIAN RAKYAT ?

Banyak projek besar yang diserah kepada swasta di Teluk Bahang. Di antaranya  Escape yang amat dibanggakan oleh calon PKR 2 kali pada PRU 2008 dan 2013 di DUN Teluk Bahang, Datuk Hj Halim Hussein. Memang projek itu melonjakkan ekonomi pelancongan P.Pinang. Namun apakah pulangan faedahnya kepada rakyat tempatan, selain daripada peluang pekerjaan.Para peniaga dan penjaja langsung tidak mendapat peluang untuk berniaga di situ. Ia dimonopoli secara penuh oleh syarikat berkenaan.

Kerajaan negeri P.Pinang rela menyerahkan tanah milik PBA kepada Escape untuk mewujudkan peluang ekonomi. Tidakkah molek satu jorong daripada tanah diperuntukkan kepada MBPP untuk membangunkan gerai penjaja demi membuka peluang ekonomi kepada para penjaja di Teluk Bahang. Kecenderungan kini ialah menghalau penjaja daripada tapak pembangunan tanpa menyediakan tempat untuk mereka. Di mana perginya kewajaran dan kewarasan untuk membuka pekuang ekonomi kepada rakyat tempatan berniaga dan mendapat sedikit limpahan ekonomi dari kehadiran para pelancong.

Dasar tidak peka terhadap peluang peluang  ekonomi terhadap rakyat tempatan dan golongan bawahan hendaklah dihindarkan. Dengan ini rakyat terasa nasib mereka dibela. Kini hendak menjaja di tepi pantai yang dulu kawasan nelayan membina penghidupan pun disekat.Semakin terasa peluang rakyat untuk  berniaga dan bersantai ditepian pantai semakin tersekat. Pantai dan laut dihadapannya menjadi hak eksklusif syarikat besar. Hak awam semakin terhakis demi pembangunan ekonomi yang pulangannya tidak terasa oleh rakyat melainkan dimonopoliti oleh para korporat dan konglomerat.

Dasar ekonomi bersifat monopoli sebegini amat tidak seimbang dan perlu diperbetulkan. Rakyat pun tidak meminta banyak hanya sejorong kek kecil untuk hidup dalam dunia yang terhimpit oleh inflasi bikinan ekonomi kapitalis yang tamak dan memikirkan keuntungan untuk mereka. Adakah kerajaan yang sepatutnya bersifat pengimbang tidak terlalu menyebelahi swasta yang membolot segalanya.

Kini projek yang sedang rancak ialah hotel perubatan SENJA AMAN. Ia dijangka siap menjelang  tahun 2019. Apakah projek ini juga akan dikawal oleh swasta 100 peratus sama  seperti projek ESCAPE sebelumnya ?Khabarnya para penjaja yang membuka gerai ditepi pantai dekat dengan projek tersebut pun akan dihambat keluar. Mereka bukan pendatang asing. Mereka adalah rakyat tempatan yang mencari rezeki secara halal di tempat asal mereka iaitu Kampung Nelayan Hujung Batu Teluk Bahang. Apakah kerajaan negeri tidak ada rancangan untuk mewujudkan kompleks  atau gerai penjaja secara teratur  di sana. Kerajaan tidak harus mengambil pendekatan berperang dengan rakyat.Rakyat juga ada hak mendapat bahagian daripada limpahan ekonomi. Dari sekarang fikirkanlah satu mekanisme mengikut sertakan rakyat dalam pembangunan bukannya mengusir mereka daripadanya. Kerajaan negeri P.Pinang yang diterajui oleh DAP dan PKR atas nama PAKATAN HARAPAN menjafi harapan rakyat. Semoga harapan ini tidak tinggal harapan dan menjadi kekesalan yang menimbulkan kekecewaan yang berkepanjangan. Kerajaan yang baik adalah yang mempunyai tanggung jawab sosialnya terhadap rakyat. Bukan yang ganas dan zalim terhadap rakyat yang mengharapkan pembelaan daripada kerajaan yang diamanahkan menjadi pembangun ejonomi rakyat marhain dan daif  keluar daripada tekanan hidup yang semakin berat. Dalam membangunkan ekonomi komersial ,ekonomi lokal/ tempatan mesti diikut sertanya. Itulah model ekonomi yang lebih adil dan wajar.

Kini para penjaja dianggap musuh dan ancaman yang menceroboh hak kerajaan negeri. Sedangkan mereka adalah rakyat penggerak kepada ekonomi tempatan dengan berdikari melalui sektor penjajaan yang sepatut dicari jalan bagaimana mengembangkankan secara tertib bukan menghancurkan mata pencarian penghidupan mereka.

KATA JAGDIP SINGH – KAMI BINA 4 KALI GANDA RUMAH MAMPU MILIK BERBANDING UMNO – BN

Benarkah kenyataan di atas. Rata rata di P.Pinang rakyat terutama golongan pendapatan rendah meraung betapa sukarnya mendapat rumah mampu milik. Apa yang nyata terlihat semenjak DAP – PAKATAN RAKYAT/ HARAPAN yang melaungkan sosialime  dan KEADILAN RAKYAT  berkuasa lebih banyak projek mewah dan komersial naik menenggelamkan rumah mampu milik.

Berpuluh puluh kampung/petempatan Melayu yang musnah. Ke manakah mereka pergi ? Adakah ini menjadi KEPEDULIAN DAP dan PKR sebagai kerajaan sebagai pemegang tanggung jawab sosial terhadap rakyatnya. Benar DAP menolong rakyat keturunan India dalam kes Kampung Buah Pala walau pun kalah kes mahkamah hingga ke peringkat mahkamah persekutuan.

Malangnya dasar ini tidak menyeluruh apabila melibatkan kampung kampung tradisi Melayu penduduk asal P.Pinang. Bagaimana pula dasar tentang tentang pelestarian WARISAN MELAYU, langsung tidak berbunyi dan berdetik.

Tidak adil kita menyalah DAP sahaja. Sekutunya iaitu PKR seperti tidak ada tulang belakang dan pendirian terhadap hak hak rakyat untuk mendapat keadilan di negeri yang paling pesat membangun. Adakah logik akal dan tidak tersentuk di hati apabila tebusguna laut mengambus kawasan mencari makan.Ini seperti mencurahkan pasir dalam periuk nasi nelayan.Jika P.Pinang terdesak sangat untuk mendapatkan tanah baru untuk pembangunan, persoalannya tanah yang direklaim itu milik swasta.

Hakikatnya rakyat tetap tak akan dapat apa apa bahagian. Samalah seperti reklaim di pantai Tanjong Tokong seluas 980 ekar ,langsung tidak ada bahagian penduduk tempatan. Rakyat hendak lihat sejauh manakah letaknya perbezaan di antara DAP dengan UMNO yang pro kronime dan kapitalisme.

Jika keduanya tidak jauh berpura pura melainkan banyak bermain politik yang memeperdaya, sudah pasti rakyat akan menjadi mangsa. Seperti kata pepatah Melayu lari dari mulut buaya masuk dalam mulut harimau yang terngaga. Antara keduannya mesti jelas perbezaan supaya rakyat yang sudah lama dizalimi mendapat pembezaan.

 

 

JAGDIP SINGH TANGKIS ISU PERUMAHAN MEMANGSAKAN MELAYU

JAWAPAN JAGDIP SINGH TERHADAP TUDUHAN BAHAWA KERAJAAN NEGERI PP MENGANIAYA MELAYU

Jagdip Singh exco perumahan KN P.Pinang memberi butiran statistik menolak dasar perumahan kerajaan Pakatan Rakyat – Pakatan Harapan P.Pinang menganiaya orang Melayu.Ini sebagai menjawab tuduhan Menteri Wilayah Persekutuan Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau memberikan perangkaannya sebagaimana berikut:

Dari tahun 2000 hingga 2007 BN hanya membina sejumlah 5124 unit rumah kos rendah. Selepas tempoh tersebut tidak ada 1 unit pun dibina hingga kini di bawah PRIMA Syarikat Perumahan 1 Malaysia.Jagdip mengakui Kerajaan Negeri P. Pinang tidak meluluskan projek PRIMA sejak tahun 2015 kerana gagal mematuhi syarat syarat tertentu.

Sebaliknya dari tahun 2008 hingga 2016 KN telah meluluskan sejumlah 20,872 unit kos rendah dan sederhana rendah dan 65,789 unit akan dibina dalam jangka masa 10 – 15 tahun. Separuh daripadanya diberi kepada Melayu

Pecahannya seperti berikut :

5686 unit kos rendah diberi kepada Melayu

3029 unit kos rendah diberi kpd China, 872 – India dan 36 unit dll

RUMAH KOS SEDERHANA RENDAH

Melayu – 2188 unit , China – 3498 unit, India -50 dan Lain lain bangsa 30.

Daripada jumlah 9623  unit  kos rendah yang diberi kepadaMelayu ialah 5689  unit  kadarnya melebihi 50 peratus.

Dari segi keseluruhan kos rendah dan kos sederhana rendah yang diberi kepada Melayu keseluruhannya ialah 7874 unit. Perbandingannya dengan jumlah keseluruhan iaitu 20, 872 unit yang dibina, peratusnya hanya  40 peratus sahaja. Tidak pun mencapai 50 peratus atau separuh seperti yang didakwakan.