NASI ULAM CITA RASA PULAU PINANG : HIDANGAN ISTIMEWA MENGGAMIT SELERA !

NASI ULAM adalah hidangan lazat, beraroma dan memiliki nilai dan khasiat perubatan. Ia adalah warisan Melayu tradisi. Kini dikongsi oleh masyarakat nyonya P.Pinang dan Melaka. Ia diminati para pencinta seni kulinari seluruh dunia kerana cita rasanya yang unik, tersendiri. Termasuk orang Eropa yang mengetahui lebih lanjut citarasa Nusantara/ Alam Melayu. Ada berbagai variasi nasi ulam.Nasi ulam utara, nasi ulam Kelantan, Pahang dll.

RAMUAN/BAHAN UTAMA

  1. Ikan kering talang/ kurau/ gelama di bakar dan di tumbuk keca.Boleh juga diblender. Lebih baik ditumbuk, cita rasanya lebih terasa.
  2. Serbok belacan.Pilih belacan yang terbaik jika dapat belacan Sarawak
  3. Udang kering dijadikan peroi dengan ditumbuk atau dikisar halus. Boleh juga ditumbuk.
  4. Kerisik buatan sendiri.Jangan beli di kedai kerana tidak asli, mungkin dicampur dengan minyak.

BAHAN HIRISAN

  1. Kunyit  2. bawang  3. galangal/ lengkuas  4. serai

BAHAN ULAMAN

Daun kadok, cekor, daun kesom, daun limau purut, daun kunyit,  sekentut, penutup tunggul, bebuas, beluntas, cemumar, guncar, selasih, serunai laut, pucuk janggus, daun setenggek burung, daun samak, salam, daun pudina, mengkudu,

Lipat daun daun itu dengan cermat. Dahulukan daun yang besar, diikuti daun daun yang lebih kecil. Gulung kemas dan ikat dengan lilitan ulama daun sekentut.

LANGKAH

Sediakan nasi putih yang seroi.Gaulkan nasi putih dengan hirisan kunyit yang telah dimayang halus.Hasilnya nasi menjadi kekuningan.Ia bertindak sebagai pewarna dan pembangkit bau dan selera. Tambah dengan hirisan lengkuas,  hirisan serai dan hirisan bawang benggala. Gaulkan dalam besen sehingga rata secara berulang kali sehingga mesra.Biarkan aromanya bersebati sebagai asas nasi ulam. Masukkan juga hirisan bunga kantan. Hasilnya kita akan melihat campuran antara adunan kunyit yang kekuningan dengan bunga kantan yang kmerahan membentuk warna yang menarik.

Gaulkan secara berperingkat dengan ikan kering yang telah ditumbuk keca, udang kering, serbok belacan dan kerisik.Gaulkan biar merata dan bersebati dengan bahan-bahan sebelumnya.

Masukkan ulaman -ulaman yang telah dihiris halus.Ulaman itu  telah dilipat dalam satu susunan yang membulat. Gaulkannya dengan gaulan seperti sebelumnya.Gaul berulang kali dalam besen yang besar dengan selesa. Biar betul betul mesra dan merata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *