LANGKAH DAP/ LGE PERBAIKI IMEJ MENJELANG PRU KE 14 : PULIH PROJEK TERBENGKALAI & SELAMATKAN KPG TOK SUBUH !

Projek terbengkalai selama 20 tahun di Taman Majestic Paya Terubung.Bukan sahaja  telah dapat dipulih bahkan telah dapat  diduduki. Projek ini tersangkut peninggalan daripada kerajaan BN sejak sebelum pilihanraya 2008 lagi.Kejayaan ini adalah hadiah tahun baru 2017.

Kemelut di Kampung Tok Subuh telah dapat dileraikan. Keduanya menuju penyelesaian. Nampaknya kerajaan negeri P.Pinang pimpinan Pakatan Harapan yang diterajui DAP responsif terhadap keluhan rakyat yang terhimpit dek tekanan pembangunan yang lebih mementingkan swasta.

Kerajaan ada tanggung jawab sosial terhadap rakyat.Kerajaan tidak boleh mengabaikannya sama sekali.Itu petanda kerajaan yang baik. Kerajaan yang terburuk ialah yang hilang KEPEDULIAN sama sekali. Mereka bersekongkol dengan swasta  membiarkan kazanah negara dijarah dan dieksploitasi dengan sewenang wenang.

Kuasa sebenar ada pada rakyat dan kerajaan. Jika keduanya serasi dan bersinergi tidak ada masalah yang tidak boleh di atasi.Elakkan pelan pembangunan dan pelaksanaannya ditentukan oleh swasta 100 peratus. Kerajaan ada peranan untuk mengimbang apa yang tidak seimbang supaya wujud keadilan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *