KENAPAKAH FAIZ SUBRI TAK AMBIL KESEMPATAN BERBAHASA MELAYU DAN BERPAKAIAN KEBANGSAAN KETIKA TERIMA ANUGRAH PUSKAS

Ini antara isi ucapan beliau :

“Secara jujur anugerah ini tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa saya akan sampai ke tahap ini dan berada sebaris dalam kalangan pemain bola sepak bertarap dunia di tempat yang hebat ini !”

Adakah kita orang Melayu sedang mengalami krisis identiti ketika hendak menampilkan jatidiri di arena dunia. Sebelumnya TPM Datuk  Zahid Hamidi kurang lancar berbahasa Inggeris di pentas  PBB/ UN.

Mengapa tidak berbahasa Melayu sahaja. Kali ini Faiz Subri tidak ambil kesempatan memakai pakaian kebangsaan seperti yang dirancang. Beliau juga tercari cari teks ucapan. Setelah menemui,  beliau berbahasa Inggeris pelat Melayu dan gagal pula menyebutnya dengan jelas dan betul.

Mengapa tidak gunakan bahasa ibunda dengan bersahaja dan lebih menyakinkan. Ucapan itu dengan mudah boleh diterjemahkan oleh juru acara dari Malaysia. Inilah peluang kita menampilkan bahasa Melayu di persada antarabangsa.

Dalam masa yang sama mengetengahkan budaya kita di mata dunia. Tampak jelas Melayu mengalami krisis jatidiri kerana tidak berbangga dengan bahasa dan budaya sendiri.Inilah kekurangan yang amat ketara kepada kita walau pun telah hampir 6 dekad merdeka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *