AHLI AHLI MAJLIS MBPP : MUKA MUKA BARU

Sebelum tahun 1963, Malaysia mempunyai 3 peringkat pilihanraya. Pertama pilihanraya peringkat parlimen, kedua peringkat DUN dan ketiga peringkat kerajaan tempatan  untuk memilih Datuk Bandar/ Mayor dan  wakil wakilnya.

Selepas pilihanraya kerajaan tempatan dibatalkan, wakil wakil Majlis Perbandaran dilantik oleh parti yang menang di peringkat kerajaan negeri. Mengapa sistem 3 peringkat pemilihan ini dibatalkan oleh UMNO- PERIKATAN pada ketika itu. Mengapa ? Tidakkah ini kerana mereka tidak menang  dalam piliharaya kerajaan tempatan ?

Sebelum 1963 kebanyakan kerajaan tempatan dikuasai pembangkang. PP dikuasai Barisan Sosialis ( Gabungan Parti Rakyat dan Parti Boroh.Ipoh,KL dan Melaka dikuasai pembangkang.

Majoriti bandar bandar besar yang sedang berkembang  diramal PERIKATAN akan terus dimenangi oleh PEMBANGKANG. Maka pilihanraya KERAJAAN TEMPATAN PUN DIBATALKAN KERANA IA TIDAK MENGUNTUNGKAN/ MEMENANGKAN PERIKATAN/ BARISAN NASIONALDi atas gambar beberapa Datuk Bandar yang pernah mengurus tadbir Bandar raya PP iaitu DS Ramanathan – Parti Boroh, Hasnol Abdul Hadi – Parti Rakyat dan DS Seenivasagam mewakili People’s Progressive Party dan DS Ramanathan daripada Parti Boroh Malaya.

Itu serba ringkas sejarah pilihanraya kerajaan tempatan. Di bawah ini muka muka baru yang mengisi jawatan ahli maljis mewaki PKR dan NGO.

Di atas beberapa orang muka bumi yang menjadi AHLI MAJLIS MBPP.Selama bertugas dan mengetengahkan isu isu rakyat secara berani dan telus teritama isu kesesakan bandar, kurangnya rumah mampu milik, terjejasnya mutu alam sekitar, kesusutan tempat tempat lapang/ awam rakyat untuk berehat, pencemaran sungai dan laut, bermaharaja lelanya kepentingan swasta, perumahan rakyat asing di PP dan pelestarian warisan Melayu di PP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *