MUTU JALAN RAYA DI P.PINANG MEROSOT : KEPEKAAN KERAJAAN NEGERI DITUNTUT !

KURANGNYA RUNDINGAN ANTARA LGE DENGAN AWAM BERKAITAN DENGAN PROJEK MEGA

Presiden PERSATUAN PENGGUNA PP atau CAP Consumer Association of Pinang SM IDRIS seru dan desak Kerajaan negeri PP lebih peka dengan mutu jalan raya. Laluan  yang merosot dengan lubang lubang, tidak rata dll ketidakselesaan akibat pembangunan yang keterlaluan atau over limit.

Bukit ditarah, laut dikambus dan pergerakan kenderaan berat yang kerap menyebabkan jalan raya mendap.Mengapa ? Bebanan yang terlalu berat menghentak dan kekerapan kenderaan sepanjang masa tanpa rehat walau pun di waktu malam.

Impak pembangunan yang rakus kian dirasai oleh para pengguna biasa. Sedangkan nikmat pembangunan dibolot oleh golongan mewah. Golongan  yang mewah  mampu menggunakan laluan alternatif seperti  pesawat atau kemudahan lain yang lebih selesa. Rakyat yang menggunakan motosikal terasa bahana kesesakan dan mutu jalan raya yang kian merosot dihentak  pembangunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *