KENALI RUMAH WARISAN DI TG HUMA – MILIK SIAPAKAH DI BATU FERINGHI SEBELUM NAIKNYA HOTEL

RUMAH AGAM  TG HUMA BT FERINGHI DIRUNTUHKAN PETANDA KETIDAK PEDULIAN TERHADAP WARISAN

Rumah AGAM ini terletak di tepi jalan Batu Feringhi.Tepatnya di kampung Tanjong Huma.Ketika hotel Rasa Sayang baru berfungsi di pertengahan 1970an, rumah ini masih ada.Khabarnya diruntuhkan awal tahun 1980an untuk memberi laluan pembinaan padang tenis, milik Hotel Palm Beach.Rumah ini rumah agam terbesar di Batu Feringhi . Mungkin juga di P. Pinang.

rumah-tok-man-sagor-jpg-a

Hampir 25 batang tiang  yang menyokong rumah ini. Bahagian bawahnya lapang, berlantai pasir laut. Pemilik rumah ini mengikut kajian Profesor Muhammad Hj Salleh dipanggil TOK MAN SAGOR. Mengikut kajian penulis yang pernah melawat ke rumah itu sebelum dirobohkan , rumah ini pernah diduduki oleh seorang  pelajar SM Tanjong Bunga En Othman Hussein, bersama keluarganya. Beliau adalah seorang guru besar di SK  Teluk Kumbar sebelum bersara. Besar kemungkinan TOK MAN SAGOR pemilik asal rumah agam itu datuk nenek moyang mereka.

Rumah Siapa Pula ini ?

Image result for Warisan Melayu P.Pinang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *