CM LGE BUKA SEMULA JALAN TERTUTUP AKIBAT BENCANA DARI TELUK BAHANG KE BATU FERINGHI

Image result for jALAN TELUK BAHANG KE BATU FERINGGI DIBUKA SEMULA

CM Tuan Lim Guan Eng beri perhatian pada jalan yang tertutup di Teluk Bahang. Hampir 3 minggu laluan dari Teluk Bahang ke Batu Feringhi tidak dapat digunakan. Hari ini jam 7.30 pagi CM dengan rombongannya, memotong reben menandakan jalan tersebut dibuka semula dengan rasminya.

lge-at-tb

Apakah mesej daripada penutupan jalan tersebut ? Peristiwa ini tidak pernah berlaku sebelumnya. Kalau ditutup pun tak sampai 24 jam. Selepas itu dibuka semula apabila kerja kerja pembersihan dibereskan. Kali ini merupakan satu bencana dan mencatat sejarah. Hampir 3 mingguna para pengguna tersiksa kerana tidak dapat menggunakan lalauan tersebut dengan sempurna.Bas hanya sampai ke Bt Feringhi sahaja.

Petrol kehabisan dan bekalan sayur dan keperluan harian terpaksa dibawa dari Balik Pulau. Peristiwa itu menjejaskan industri pelancongan. Banyak tempahan terpaksa dibatalkan. Pihak ESCAPE dan ENTOPIA terpaksa memikirkan langkah ke depan dengan memperkenalkan laluan laut untyuk mengambil pelancong dari Batu Feringhi dan Teluk Bahang. Sejak 59 tahun merdeka peristiwa seperti ini tidak pernah berlaku.

Sebelumnya 2 banjir besar tahun 2014 dan Julai 2016 telah  menenggelamkan sebahagian Teluk Bahang. Ini tanda amaran menunjukan ketahanan  alam sekitar Teluk Bahang sudah rapuh.Apa yang perlu dibuat ? Hati hatilah  dengan pembangunan secara semberono. Pembangunan yang langsung tidak mempedulikan faktor kesetabilan alam.

Image result for SHAH HEADAN ADUN TELUK BAHANG

Ingat jalan bengkong bengkok dari Tanjong Bunga ke Teluk Bahang dalam bahaya. Sering terjadi kejadian tanah runtuh apabila hujan lebat. Bukit bukaunya sangat rapat dengan jalan. Justeru apabila berlaku pergerakan tanah secara bongkah akan menyebabkan runtuhan tanah. Oleh itu jangan dengan mudah menarah dan membotakkan bukit.

Sejak akhir akhir ini banyak aktiviti membersihkan bukit. Bukit yang ditarah untuk membina kondo mewah. Akibatnya sejak kebelakangan ini banyak sangat kejadian tanah runtuh di serata P.Pinang. Demi mendapatkan pandangan laut dan harga yang lumayan, bukit dimangsakan. Kita dapat melihat banyak kondo mewah dinaikkan sepanjang jalan dari Tanjong Bunga ke Batu Feringhi sejak 8 tahun ke belakang.

P.Pinang kini banyak meluluskan projek kondo dilereng lereng bukit. Kerajaan negeri PP perlu peka pada fenomena yang sedang berlaku. Semoga pembangunan lebih beradab kepada alam.Lebih lebih lagi projek projek kondo mewah bukannya dibuat untuk rakyat. Sasarannya tertumpu kepada golongan mewah terutama pasaran luar negara. Justeru apa yang rakyat dapat hasil daripada pembangunan pesat ? Nikmat dibolot orang luar negara bencana ditanggung rakyat jelata.

Botak Hill

PEMBANGUNAN DIBUAT  DENGAN MEGAH

BUKIT DITARAH LAUT DIKAMBUS

 ALAM TERMUSNAH BEGITU MUDAH

BENCANA DATANG BUAT MENEBUS

IF YOU HARM THE MOTHER EARTH  IT WILL HARM YOU BACK

         “MOTHER EARTH CAN LIVE WITHOUT US, BUT WE CAN’T  LIVE  WITHOUT HER”                               Franklin D. Roosevelt“A NATION THAT DESTROYS ITS SOILS DESTROYS ITSELF. FORESTS ARE THE LUNGS OF OUR LAND, PURIFYING THE AIR AND GIVING FRESH STRENGTH TO OUR PEOPLE. ”― FRANKLIN D. ROOSEVELT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *