KERAJAAN NEGERI PP GAGAL PERTAHANKAN HAK NEGERI KE ATAS P. JEREJAK – SEMUANYA DIJUAL KEPADA SWASTA !

Pulau Jerejak: Kerajaan negeri tak faham bidang kuasa

Pulau Jerejak bukan lagi milik Pulau Pinang

Terus-teranglah mengenai Pulau Jerejak, kata Teng kepada Lim

Pulau Jerejak digadaikan untuk pembangunan rumah mewah.

‘PDC untung RM140 juta jual saham bangunkan Pulau Jerejak’

Gerakan persoal pembangunan mega Pulau Jerejak

Gerakan Pulau Pinang mempersoalkan rancangan kerajaan Pulau Pinang untuk membangunkan Pulau Jerejak secara besar-besaran pada masa depan.

Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang YeowPengerusi Gerakan negeri Teng Chang Yeow berkata memandangkan Pulau Jerejak dikenali sebagai sebuah tempat ekopelancongan, pembangunan pada masa depan seperti projek hartanah kediaman akan memusnahkan tumbuh-tumbuhan hijau di kawasan itu.

“Menurut laporan, sebuah jambatan akan dibina bagi menghubungkan kawasan tebus guna baharu yang terletak berhadapan dengan Queesnbay Mall ke Pantai Jerejak,” katanya.

UDA Holding, dalam kenyataan pada 8 Nov, mengesahkan usaha sama dengan Q Island Development berkaitan projek itu yang dijangka siap dalam masa 10 tahun. Jumlah kosnya belum diputuskan.

Menurut UDA pelan pembangunan semula itu mendapat kelulusan kerajaan Pulau Pinang.

Empat hotel lima bintang, sebanyak 1,200 unit kediaman, sebuah marina, sebuah taman tema dan laluan basikal sepanjang 11.5-km dilaporkan akan dibina bagi menggalakkan pelancongan di negeri ini.

“Pentadbiran negeri berulang kali menafikan di Dewan Undangan Negeri tentang wujudnya rancangan pembangunan di Pulau Jerejak kerana negeri ini berjanji tidak akan menjual kepentingan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Pulau Jerejak,” kata Chang Yeow.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa Gerakan mendapatkan maklumat lebih terperinci tentang rancangan pembangunan Pulau Jerejak daripada UDA, yang mempunyai kepentingan terbesar di pulau itu.

Beliau berkata UDA memiliki 51 peratus daripada pulau itu, yang terletak di selatan Pulau Pinang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *