SEJARAH DARI KAMPUNG NELAYAN KELAWAI MENJADI GURNEY DRIVE
PEMBANGUNAN mengubah keadaan dari masa ke semasa . Perubahan yang terjadi tersangat drastik dan dramatik. Wajah asal kampung, pantai dan petempatan hilang sama sekali. Wajah sebenarnya gagal dikesan lagi. Ia mengeluarkan penduduk awal dari tempat petempatan tradisi /asal usul mereka selama ini.Sejarah yang digubal kemudian melupai mereka sebagaj anak negeri
Apa masalahnya dengan pembangunan ? PEMBANGUNAN secara perlahan-perlahan melupuskan hak mereka daripada tanah dan petempatan warisan sejak zaman berzaman. Yang dulu menjadi habitat kehidupan para nelayan,petani, anak negeri, bumiputera dan penduduk terawalnya. SEOLAHNYA KEHADIRAN MEREKA TIDAK DIKEHENDAKI LAGI.HARUSNYA DINYAH PERGI. BERLAKU SETELAH TANAH DIGAZET KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN.MEREKA DIBAYAR PAMPASAN TAK SEBERAPA. TANAH WARISAN, TIDAK BERGANTI LESAP BEGITU SAJA AKIBAT PEMBANGUNAN YANG DIPAKSAKAN TANPA MEMANDANG MASA DEPAN !
ADA PULA YANG DIGADAI DENGAN HARGA RENDAH PENUH MUSLIHAT.KEMUDIAN BILA HENDAK DITEBUS MENJADI TERLALU TINGGI. MAKA KAMPUNG HILANG MILIKAN DENGAN MUDAH.INILAH BAHANA SISTEM EKONOMI KAPITALIS YANG BIJAK MENJARAH. MODAL KECIL BUAT MENGUMPAN BERTUKAR MENJADI HUTANG BERTIMBUN YANG TAK TERTANGGUNG, TIDAK BERUPAYA UNTUK DITEBUS, AKHIRNYA DILELONG.
Kampung berubah menjadi zon komersial apabila harga tanah melambong tinggi akibat spekulasi demi spekulasi, permainan para spekulator, demi mereka yang berani mengambil risko tinggi. Pembangunan terbaru selepas era pengkorpratan dan penswastaan nyata paling kejam sekali. Tidak bersifat manusiawi lagi. Pola pembangunannya membuka pasaran seluas-luasnya seantero dunia sehingga tidak ada kawalan daripada pihak yang berwajib lagi. Pasarannya dibuka seluas mungkin menjemput warga seluruh dunia untuk membeli. Membeli hari ini untuk masa depan. Sedang kita dipujuk untuk menjual tanah masa kini demi kesenangan sebentar tetapi merana di hari muka.
Swasta menjadi raja dan bermaharaja lela. Pola pembangunanyang dipacu direncana untuk menghilangkan hak penduduk awal dan asalnya. Ia menghapus tradisi , memusnahkan budaya, merusak peradaban dan melupuskan segala kegiatan sebelumnya tanpa bersisa lagi. Rakyat kehilangan ruang & tempat bila swasta menjadi pemacu utama pembangunan tanpa campur tangan, penyertaan dan kawalan daripada pemerintah.Berlaku apabila kerajaan menghilangkan tanggung jawab sosialnya terhadap rakyat. Secara beransur rumah bukan lagi tanggung jawab kerajaan. Harganya ikut pasaran bebas tanpa kawalan kerajaan.
Mereka terperangkap dek pembangunan yang keparat ini yang memudaratkan kehidupan rakyat. PEMBANGUNAN yang dibuat menolak penyertaan dan kebersamaan rakyat secara adil-seimbang. Berlaku dalam keadaan rakyat semakin terpinggir dan dipinggirkan kini di kawasan yang dihuni secara tradisi. Kerajaan menjadi tidak berfungsi untuk memperbetulkan ketidakadilan. Hukum rimba siapa yang kuat dialah kudrat sentiasa membela pihak yang kuat untuk memperkukuh cengkaman. Maka rakyat menjadi tidak mempunyai apa apa hak untuk bertahan. Sentiasa menjadi mangsa keadaan. Situasi yang dijadikan sedemikian rupa untuk memperdaya dan memerangkap rakyat jelata.
Para pelaksana PEMBANGUNAM mengimport masuk budaya baru 100 peratus. Mereka sama sekali tidak peka terhadap apa yang hilang akibat pembangunan fizikal dan komersial semata-mata. Pembangunan yang tidak peka dengan sejarah, warisan dan peradaban sebelumnya. Bandar sesak dengan bangunan sehingga tidak ada ruang lagi. Kawasan lapang yang membuka sedikit ruang kelegaan untuk orang awam melepas lelah seperti padang hijau dan istirehat tidak mendapat tempat dihati pemaju.Apa yang dituju ialah untung berganda.
Pembangunan dirangka begitu rupa. Semuanya mesti dibayar hatta udara dan pandangan mata. Hanya golongan tertentu sahaja yang berhak menikmati kehijauan, udara segar di puncak menara, sudut pandang yang menarik, laut membiru, latar bukit dan sebagainya secara eksklusif.Begitu dengan tumbuhan, hidupan laut, hidupan pesisir laut tidak bertempat dihati mereka. Dalam sekelip mata sebuah peradaban dan kehidupan musnah untuk selamanya. Mengapa ?Yang dibangunkan ialah hutan batu batu.Bangunan mengatasi bukit bukau dan akan menenggelamkannya.
Pembangunan yang dilaksanakan tidak ada kesinambungan,terputus hubungan daripada sebelumnya. Itulah kesan sebuah pembangunan yang memamah habis hak hak rakyat dalam sebuah negara MERDEKA. Dilakukan oleh model sebuah kerajaan/ pemerintahan yang menanam tebu di bibir rakyat. Kata kata lunak berjiwa rakyat, RAKYAT DIDAHULUKAN-PENCAPAIAN DIUTAMAKAN pada realitinya tidak bermakna sama sekali. Golongan tertentu sebenarnya diutamakan. Merekalah yang mendapat nikmat KEMERDEKAAN dan KEISTIMEWAAN berganda setelah menguasai punca punca ekonomi. Merekalah yang diutamakan kerana membawa pulangan kepada pembuat dasar.Satu sama lain saling berimpak, untung menguntungkan secara bertimbal balik. Rakyat ????MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, KAMPUNG TINGGAL KENANGAN !
Mereka bebas sebebasnya atas nama undang undang yang dirangka untuk kepentingan bersama. Elit kekuasaan yang bersubahat dengan pihak swasta bersekongkol untuk merompak segala kazanah kekayaan negara. Rakyat jadi miskin semiskin miskinnya. Hilang tanah, tempat kediaman, rezeki dan segalanya dinyah daripada kawasan pembangunan eksklusif untuk golongan mewah seantero dunia.Hak hak rakyat terutamanya penduduk terawalnya dinafikan sama sekali. Itulah yang terjadi ke atas Bagan Jermal, Balik Batu, Kampung Sirih, Kampung Fuad, Kampung Belah Dua,Kampung Palembang dll.
Bukan sekedar itu. Ternyata begitu kejam apabila menghapuskan nama nama asal daripada sebutan . Ditonjolkan nama-nama baru entah daripada mana datangnya. Bagan Jermal , Batu Putih dan Padang Kota berubah menjadi GURNEY DRIVE.Sebuah nama yang berbau penjajah dilestarikan oleh penjajah baru selepas merdeka. Siapa ? Kuasa korporat yang membolot segalanya untuk dijual dengan harga tertinggi atas nama komersialisme. Rakyat terpinggir kerana dipinggir oleh PEMBANGUNAN YANG PINCANG DAN SANGAT KEBENDAAN UNTUK ELIT/KELAS TERTENTU. Membangunkan kehidupan hedonis, syurga duniawi untuk golongan khas dan ISTIMEWA secara eksklusif semata mata.
Contoh yang sangat ketara ialah apa yang sedang berlaku di P.Pinang oleh sebuah kerajaan atas nama permuafakatan yang menjadi harapan rakyat. Dalam jangka masa 8 tahun sahaja enjin pembangunan yang dijana begitu deras dan rakus sehingga tergamak mengambus tapak nelayan mencari rezeki. Laut menjadi semakin sempit. Daratan yang direklaim tidak ada kena mengena dengan penduduk awal dan asalnya lagi. Ia begitu ZALIM sehingga menafikan hak hak penduduk awal dan bumiputeranya untuk mendapat sejorong tanah untuk perumahan mampu milik.Tidakkah rumah salah satu keperluan asas ?
Kebetulan tragedi ini menimpa anak negeri, penduduk awal dan asalnya, Melayu P.Pinang. Tidakkah mereka ini adalah anak peribumi, warga negara dan rakyat sendiri.Hak mereka gagal dikembalikan untuk kekal bertahan dalam zon pembangunan tersebut. Mereka dibayar pampasan tak seberapa. Bolehkah bertahan lama ? Susudah itu diperambat daripada kawasan semula jadi, laut dan daratan. Secara tradisi tempat menyambung rezeki seharian untuk memperoleh pendapatan tambahan sebagai ikhtiar meneruskan kehidupan yang mendesak.
Laut adalah sebahagian daripada kehidupan mereka zaman berzaman.Tiba tiba direntap daripada kehidupan buat selamanya hingga tidak boleh dimasuki.Apa lagi beroperasi di sekitarnya buat selama lamanya.Tidakkah mereka juga manusia dan wajar mendapat bahagian dalam limpahan kemakmuran yang dibangunkan di negeri sendiri. Mereka bukan sahaja tidak dapat isi yakni tanah, kediaman dan penyertaan malahan sisa sisanya pun dihindarkan dalam zon pembangunan tertutup yang diatur dan dipedor,dimonopoli begitu rupa.
Para pekerja dimport dari segala pelusuk dunia untuk menjadi tenaga pekerja dan penjaga kondo kondo mewah yang dibangunkan.Kawasan kediaman baru yang dikawal 100 peratus menjadi GATED SOCIETY. Tidak boleh didekati oleh pihak yang tidak berkenaan. Tempat yang paling ketara melaksanakan corak pembangunan rakus tersebut ialah Tanjong Pinang, di halaman Tanjong Tokong Juga sudah meliau di sepanjang panjang laluan dari Teluk Bahang membawalah ke Teluk Kumbar. Semuanya menjadi kawasan eksklusif – yang tertutup buat penyertaan rakyat untuk elit dan pelabor dari luar negara.Rakyat bagaimana ?
Sepanjang laluan tersebut sebolehnya tidak ada lagi bahagian rakyat di dalamnya. Akibatnya bukit ditarah, laut dikambus, pantai dihilangkan, kampung diberangus.Di sepanjang jalanan pembangunan tersebut dibersihkan daripada kehadiran penduduk asalnya 100 peratus mengikut hasrat pelaksana dan pemilik pembangunan tersebut. Adakah ini namanya pembangunan yang adil ?
Perubahan yang menyah dan mengeluarkan penduduk awal dari kawasan kampung kampung tradisi, mengakibatkan penghapusan kampung secara total. Sangat ketara di Tanjong Tokong, Balik Batu, Bagan Jermal, Kelawai dan sekitarannya. Puluhan kampung musnah begitu sahaja sejak 60 tahun MERDEKA. Kalau dulu ada penduduk awal PP di pinggir bandar.Kini mereka dihambat keluar apabila zon pembangunan eksklusif apabila ekonomi pasaran bebas mengambil tempat. Teras dasar kerajaan itu rakyat dan rakyat itu kerajaan tiada kesampaian.Hanya timbul apabila gendang pilihanraya dipalukan.
Pada praktiknya kehadiran rakyat dalam pembangunan negeri, tidak dikehendaki dan diperlukan sehingga menjadi paria di bumi sendiri .Mereka menjadi orang asing dan terasing di kampung halamannya. Itulah sebenarnya sebenarnya nasib anak negeri,warganegara yang teraniya. Rakyat sudah tidak bertempat lagi di buminya yang makmur ini. Itulah realitinya yang menimpa rakyat @ warga negara, penduduk terawal PP selepas 60 tahun MERDEKA.
Mereka sedang terasing di negara ini apabila jutaan imigran dimport ke mari menenggelami PRIBUMI dalam setiap sektor dan lapangan ! Naratif ini buat kesedaran untuk sesiapa sahaja yang berhajat menjadi pemimpin. Jangan sesekali mengulangi apa yang telah terjadi naiklah apa juga parti keadaan tetap sama sama YANG BERKUASA KAYA RAYA DAN RAKYAT YANG MENGHARAP PEMBELAAN PAPA KEDANA. KITA ASYIK MEMBANGUNAN PENCAKAR LANGIT TIDAK SEDAR RAKYAT SEDANG MENCAKAR BUMI UNTUK MENCARI REZEKI !
“Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia bertukar menjadi hina-dina, sedemikian itulah mereka akan lakukan (Surah An Naml 27 : ayat 34)
Marilah kita menuju kepada model negara yang terbaik : Baldatun Thoiyyibatun wa rabbun ghafur Negara yang terbaik negara yang pemerintahannya berjalan di bawah pengampunan Tuhan – Surah Saba’ 34 : ayat 15
SEKADAR SLOGAN PENYEDAP RASA DAN PELUNAK HATI “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN” PEOPLE FIRST PERFORMANCE NOW AKAN DIDENGUNGKAN DALAM MASA MASA TERTENTU YANG DIPERLUKAN BILA KENA DENGAN KETIKANNYA
MESEJ DIPANJANG BUAT PERHATIAN PARTI BARU PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA