PUNCA BANJIR SERING MELANDA P.PINANG ?

13709755_886713481456352_1630386638312168127_n

* Malapetaka dan cuaca yang tidak menentu di luar kawalan manusia

* Kerakusan manusia membuat pembangunan memotong & membotakkan              bukit.Bukit tidak menjadi kawasan tadahan lagi.

* Pembangunan berlebihan, keterlaluan dalam memadatkan bangunan di                sesuatu tempat tanpa memikirkan keupayaan bumi menyerap air. Seluruh             kawasan dilitupi simen

A car submerged in flood water as flash floods hit several areas in Penang following a heavy downpour on Oct 29, 2016. — Bernama

* Kawasan dipenuhi bangunan batu bata , sistem perparitan yang out                        dated,sungai dikambus, laut ditimbus untuk tebusguna – kekurangan ruang air    melimpah terutama apabila laut ditebusguna.Aliran air ke laut sangat                      perlahan.

* Kerajaan rakus  meluluskan projek pembangunan atas bukit, pinggir sungai,          tepi laut dll tanpa diseimbangkan dengan kemudahan sistem perparitan yang      tersedia. Air yang terperangkap terkepung dan ambil masa untuk keluar.

Ke manakah air banjir ini hendak pergi ? Kawasan sekelililing dinaiki air secara serentak. Sistem perparitan masih seperti dahulu.Pembangunan hebat dan banyak laluan air yang tersekat.Akibat pembangunan kawasan kiri kanan sungai utama Sungai Pinang menjadi sempit dihimpit bangunan dan rumah. 

SEJARAH DARI KAMPUNG NELAYAN KELAWAI KE GURNEY DRIVE -HARGA SEBUAH PEMBANGUNAN YANG KORBANKAN PRIBUMI – PERIT SEKALI

SEJARAH DARI KAMPUNG NELAYAN KELAWAI MENJADI GURNEY DRIVE

PEMBANGUNAN mengubah keadaan dari masa ke semasa . Perubahan yang terjadi tersangat drastik dan dramatik. Wajah asal kampung, pantai dan petempatan hilang sama sekali. Wajah sebenarnya gagal dikesan lagi. Ia mengeluarkan penduduk awal dari tempat petempatan tradisi /asal usul mereka selama ini.Sejarah yang digubal kemudian  melupai mereka sebagaj anak negeri

Apa masalahnya dengan pembangunan ? PEMBANGUNAN secara perlahan-perlahan melupuskan hak mereka daripada tanah dan petempatan warisan sejak zaman berzaman. Yang dulu menjadi habitat kehidupan para nelayan,petani, anak negeri, bumiputera dan penduduk terawalnya. SEOLAHNYA KEHADIRAN MEREKA TIDAK DIKEHENDAKI LAGI.HARUSNYA DINYAH PERGI. BERLAKU SETELAH TANAH DIGAZET KERAJAAN UNTUK PEMBANGUNAN.MEREKA DIBAYAR PAMPASAN TAK SEBERAPA. TANAH WARISAN, TIDAK BERGANTI  LESAP BEGITU SAJA AKIBAT PEMBANGUNAN YANG DIPAKSAKAN TANPA MEMANDANG MASA DEPAN !

ADA PULA YANG DIGADAI DENGAN HARGA RENDAH PENUH MUSLIHAT.KEMUDIAN BILA HENDAK DITEBUS MENJADI TERLALU TINGGI. MAKA KAMPUNG HILANG MILIKAN DENGAN MUDAH.INILAH BAHANA SISTEM EKONOMI KAPITALIS YANG BIJAK MENJARAH. MODAL KECIL BUAT MENGUMPAN BERTUKAR MENJADI HUTANG BERTIMBUN YANG TAK TERTANGGUNG, TIDAK BERUPAYA UNTUK DITEBUS, AKHIRNYA DILELONG.

Kampung berubah menjadi zon komersial apabila harga tanah melambong tinggi akibat spekulasi demi spekulasi, permainan para spekulator, demi mereka yang berani mengambil risko tinggi. Pembangunan terbaru selepas era pengkorpratan dan penswastaan  nyata paling kejam sekali. Tidak bersifat manusiawi lagi. Pola pembangunannya membuka pasaran seluas-luasnya seantero dunia sehingga tidak ada kawalan daripada pihak yang berwajib lagi. Pasarannya dibuka seluas mungkin menjemput warga seluruh dunia untuk membeli. Membeli hari ini untuk masa depan. Sedang kita dipujuk untuk menjual tanah masa kini demi kesenangan sebentar tetapi merana di hari muka.

Swasta menjadi raja dan bermaharaja lela. Pola pembangunanyang dipacu direncana untuk menghilangkan hak penduduk awal dan asalnya. Ia menghapus tradisi , memusnahkan budaya, merusak peradaban dan melupuskan segala kegiatan sebelumnya tanpa bersisa lagi. Rakyat kehilangan ruang  & tempat bila swasta menjadi pemacu utama pembangunan tanpa campur tangan, penyertaan dan kawalan daripada pemerintah.Berlaku apabila kerajaan menghilangkan tanggung jawab sosialnya terhadap rakyat. Secara beransur rumah bukan lagi tanggung jawab kerajaan. Harganya ikut pasaran bebas tanpa kawalan kerajaan.

Mereka  terperangkap dek pembangunan yang keparat ini yang memudaratkan kehidupan rakyat. PEMBANGUNAN yang dibuat menolak penyertaan dan kebersamaan  rakyat secara adil-seimbang. Berlaku dalam keadaan rakyat semakin terpinggir dan dipinggirkan kini di kawasan yang dihuni secara tradisi. Kerajaan menjadi tidak berfungsi untuk memperbetulkan ketidakadilan. Hukum rimba siapa yang kuat dialah kudrat sentiasa membela pihak yang kuat untuk memperkukuh  cengkaman. Maka rakyat menjadi tidak mempunyai apa apa hak untuk bertahan. Sentiasa menjadi mangsa keadaan. Situasi  yang dijadikan sedemikian rupa untuk memperdaya dan memerangkap rakyat jelata.

Para pelaksana PEMBANGUNAM mengimport masuk budaya baru 100 peratus. Mereka sama sekali tidak peka terhadap apa yang hilang akibat pembangunan fizikal dan komersial semata-mata. Pembangunan yang tidak peka dengan sejarah, warisan dan peradaban sebelumnya. Bandar sesak dengan bangunan sehingga tidak ada ruang lagi. Kawasan lapang yang membuka sedikit ruang kelegaan untuk orang awam melepas lelah seperti padang hijau dan istirehat tidak mendapat tempat dihati pemaju.Apa yang dituju ialah untung berganda.

Pembangunan dirangka begitu rupa. Semuanya mesti dibayar hatta udara dan pandangan mata. Hanya golongan tertentu sahaja yang berhak menikmati kehijauan, udara segar di puncak menara, sudut pandang yang menarik, laut membiru, latar bukit dan sebagainya secara eksklusif.Begitu dengan tumbuhan, hidupan laut, hidupan pesisir laut tidak bertempat dihati mereka. Dalam sekelip mata sebuah peradaban dan kehidupan musnah untuk selamanya. Mengapa ?Yang dibangunkan ialah hutan batu batu.Bangunan mengatasi bukit bukau dan akan menenggelamkannya.

Pembangunan yang dilaksanakan tidak ada kesinambungan,terputus hubungan daripada sebelumnya. Itulah kesan sebuah pembangunan yang memamah habis hak hak rakyat dalam sebuah negara MERDEKA. Dilakukan  oleh model sebuah kerajaan/ pemerintahan yang menanam tebu di bibir rakyat. Kata kata lunak berjiwa rakyat, RAKYAT DIDAHULUKAN-PENCAPAIAN DIUTAMAKAN  pada realitinya tidak bermakna sama sekali. Golongan tertentu sebenarnya diutamakan. Merekalah yang mendapat nikmat KEMERDEKAAN dan KEISTIMEWAAN berganda  setelah menguasai punca punca ekonomi. Merekalah yang diutamakan kerana membawa pulangan kepada pembuat dasar.Satu sama lain saling berimpak, untung menguntungkan   secara bertimbal balik. Rakyat ????MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI, KAMPUNG TINGGAL KENANGAN !

Mereka bebas sebebasnya atas nama undang undang yang dirangka untuk kepentingan bersama. Elit kekuasaan yang bersubahat dengan pihak swasta bersekongkol untuk merompak segala kazanah kekayaan negara. Rakyat jadi miskin semiskin miskinnya. Hilang tanah, tempat kediaman, rezeki dan segalanya dinyah daripada kawasan pembangunan eksklusif untuk golongan mewah seantero dunia.Hak hak rakyat terutamanya penduduk terawalnya dinafikan sama sekali. Itulah yang terjadi ke atas Bagan Jermal, Balik Batu, Kampung Sirih, Kampung Fuad, Kampung Belah Dua,Kampung Palembang dll.

Bukan sekedar itu. Ternyata  begitu kejam apabila menghapuskan nama nama asal daripada sebutan . Ditonjolkan nama-nama baru entah daripada mana datangnya. Bagan Jermal , Batu Putih dan Padang Kota berubah menjadi GURNEY DRIVE.Sebuah nama yang berbau penjajah dilestarikan oleh penjajah baru selepas merdeka. Siapa ? Kuasa korporat yang membolot segalanya  untuk dijual dengan harga tertinggi atas nama komersialisme. Rakyat terpinggir kerana dipinggir oleh PEMBANGUNAN YANG PINCANG DAN SANGAT KEBENDAAN UNTUK ELIT/KELAS TERTENTU. Membangunkan kehidupan hedonis, syurga duniawi untuk golongan khas dan ISTIMEWA secara eksklusif semata mata.

Contoh yang sangat ketara ialah apa yang sedang berlaku di P.Pinang oleh sebuah kerajaan atas nama permuafakatan yang menjadi harapan rakyat. Dalam jangka masa 8 tahun sahaja enjin pembangunan yang dijana begitu deras dan rakus sehingga tergamak mengambus tapak nelayan mencari rezeki. Laut menjadi semakin sempit. Daratan yang direklaim tidak ada kena mengena dengan penduduk awal dan asalnya lagi. Ia begitu ZALIM sehingga menafikan hak hak penduduk awal dan bumiputeranya untuk mendapat sejorong tanah untuk perumahan mampu milik.Tidakkah rumah salah satu keperluan asas ?

Kebetulan tragedi ini menimpa anak negeri,  penduduk awal dan asalnya, Melayu P.Pinang. Tidakkah  mereka ini adalah anak peribumi, warga negara dan rakyat sendiri.Hak mereka gagal dikembalikan  untuk kekal bertahan dalam zon pembangunan tersebut. Mereka dibayar pampasan tak seberapa. Bolehkah bertahan lama ? Susudah itu diperambat daripada kawasan semula jadi, laut dan daratan. Secara tradisi tempat menyambung rezeki seharian untuk  memperoleh pendapatan tambahan  sebagai ikhtiar meneruskan kehidupan yang mendesak.

Laut adalah sebahagian daripada kehidupan mereka zaman berzaman.Tiba tiba direntap daripada kehidupan buat selamanya hingga tidak boleh dimasuki.Apa lagi beroperasi di sekitarnya buat selama lamanya.Tidakkah mereka juga manusia dan wajar mendapat bahagian dalam limpahan kemakmuran yang dibangunkan di negeri sendiri. Mereka bukan sahaja tidak dapat isi yakni tanah, kediaman dan  penyertaan malahan sisa sisanya pun dihindarkan dalam zon pembangunan tertutup yang diatur dan dipedor,dimonopoli begitu rupa.

Para pekerja dimport dari segala pelusuk dunia untuk menjadi tenaga pekerja dan penjaga kondo kondo mewah yang dibangunkan.Kawasan kediaman baru yang dikawal 100 peratus menjadi GATED SOCIETY. Tidak boleh didekati oleh pihak yang tidak berkenaan. Tempat yang paling  ketara melaksanakan corak pembangunan rakus tersebut ialah Tanjong Pinang, di halaman  Tanjong Tokong Juga sudah meliau di sepanjang panjang laluan dari Teluk Bahang membawalah ke Teluk Kumbar. Semuanya menjadi kawasan eksklusif – yang tertutup buat penyertaan rakyat untuk elit dan pelabor dari luar negara.Rakyat bagaimana ?

Sepanjang laluan tersebut sebolehnya tidak ada lagi bahagian rakyat di dalamnya. Akibatnya bukit ditarah, laut dikambus, pantai dihilangkan, kampung diberangus.Di sepanjang jalanan pembangunan tersebut dibersihkan daripada kehadiran penduduk asalnya 100 peratus mengikut hasrat pelaksana dan pemilik pembangunan tersebut. Adakah ini namanya pembangunan yang adil ?

Perubahan yang menyah dan mengeluarkan penduduk awal dari kawasan kampung kampung tradisi,  mengakibatkan penghapusan kampung secara total. Sangat ketara di Tanjong Tokong, Balik Batu, Bagan Jermal, Kelawai dan sekitarannya. Puluhan kampung musnah begitu sahaja  sejak 60 tahun MERDEKA. Kalau dulu ada penduduk awal PP di pinggir bandar.Kini mereka dihambat keluar apabila zon pembangunan eksklusif  apabila  ekonomi pasaran bebas mengambil tempat. Teras dasar kerajaan itu rakyat dan rakyat itu kerajaan tiada kesampaian.Hanya timbul apabila gendang pilihanraya dipalukan.

Pada praktiknya kehadiran rakyat dalam pembangunan negeri, tidak dikehendaki dan diperlukan sehingga menjadi paria di bumi sendiri .Mereka menjadi orang asing dan terasing di kampung halamannya. Itulah sebenarnya sebenarnya nasib anak negeri,warganegara yang teraniya. Rakyat    sudah   tidak bertempat lagi di buminya yang  makmur ini. Itulah realitinya yang menimpa rakyat @ warga negara, penduduk terawal PP selepas 60 tahun MERDEKA.

Mereka  sedang terasing di negara ini apabila jutaan imigran dimport ke mari menenggelami PRIBUMI dalam setiap sektor dan lapangan ! Naratif ini  buat kesedaran untuk sesiapa sahaja yang berhajat menjadi pemimpin. Jangan sesekali mengulangi apa yang telah terjadi naiklah apa juga parti keadaan tetap sama sama YANG BERKUASA KAYA RAYA DAN RAKYAT YANG MENGHARAP PEMBELAAN PAPA KEDANA.  KITA ASYIK MEMBANGUNAN PENCAKAR LANGIT TIDAK SEDAR RAKYAT SEDANG MENCAKAR BUMI UNTUK MENCARI REZEKI !

“Sesungguhnya raja-raja, apabila masuk ke sebuah negeri, mereka        merosakkannya, dan mereka menjadikan penduduknya yang mulia bertukar menjadi  hina-dina,  sedemikian itulah mereka akan lakukan  (Surah An Naml 27 : ayat 34)

                          Marilah kita menuju kepada model negara yang terbaik :                                          Baldatun Thoiyyibatun wa rabbun ghafur                                                  Negara yang terbaik negara yang pemerintahannya berjalan di bawah pengampunan Tuhan –  Surah Saba’  34 :  ayat 15

SEKADAR SLOGAN  PENYEDAP RASA DAN PELUNAK HATI “RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”  PEOPLE FIRST PERFORMANCE NOW AKAN  DIDENGUNGKAN DALAM MASA MASA TERTENTU YANG DIPERLUKAN BILA KENA DENGAN KETIKANNYA 

MESEJ DIPANJANG BUAT PERHATIAN PARTI BARU PARTI PERIBUMI BERSATU MALAYSIA

SEDARLAH KITA KINI PENGEMIS SEJARAH & PELUKUT WARISAN DI NEGARA SENDIRI – “MERDEKA”!!!!!!!!!

Pengkaji sejarah, Prof Datuk Dr Ahmad Murad Merican mencadangkan supaya nama George Town dan Butterworth di Pulau Pinang ditukar kepada nama asal iaitu masing-masing Tanjong dan Bagan.

Justeru, beliau meminta Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Jabatan Warisan Negara dan kerajaan negeri Pulau Pinang supaya mengekalkan nama asal dua tempat berkenaan.

Nama Tanjong ditukar kepada George Town oleh pengasas penempatan British di Pulau Pinang, Kapten Francis Light pada 1786 dan nama Bagan ditukar kepada Butterworth oleh gabenor pertama Pulau Pinang, Sir George Alexander William Leith.

“Nama asal itu membuktikan bahawa komuniti Melayu sudah berada di situ sebelum ketibaan Francis Light dan dengan mengiktiraf nama asal, maka sejarah yang lebih tua turut diiktiraf,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, Datuk Nakhoda Intan, atau nama asalnya Raja Nan Intan dari Paya Kumbuh, Sumatera Barat, telah membuka pelabuhan Batu Uban serta mengasaskan penempatan di kawasan itu pada 1734 selepas mendapat perkenan Sultan Kedah, Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah II.

Selepas ketibaan Datuk Nakhoda Intan, saudaranya Nakhoda Bayan dan Nakhoda Kecil telah datang ke pulau itu bagi membuka kawasan penempatan di Bayan Lepas dan Jelutong, kata Prof Ahmad Murad, yang juga ahli fakulti Pusat Penyelidikan dan Kajian Antarabangsa (Cenpris), Universiti Sains Malaysia (USM).

Selain nama George Town dan Butterworth, beliau berkata kerajaan negeri boleh menamakan nama-nama jalan mengikut pengasas kawasan penempatan Melayu seperti Datuk Nahkoda Intan dan Datuk Nakhoda Kecil.

Prof Ahmad Murad, yang juga presiden Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Pulau Pinang, berkata langkah menukar kepada nama asal perlu bagi menyahjajah kerana pengasas awal sebelum ketibaan Francis Light tidak diiktiraf oleh mana-mana pihak.

“Langkah ini adalah satu penghormatan kerana mereka ini juga menyumbang kepada sejarah negeri ini. Jangan hanya melihat kepada sejarah orang kulit putih…biar lebih daripada itu,” katanya.
Dalam pada itu, katanya Cenpris berusaha mengenal pasti kewujudan lebih 660 kampung tradisional di seluruh negara untuk pengumpulan sejarahnya.

“Ini bertujuan bagi mengelak sejarah kampung tradisional itu dipadam sama sekali,” katanya. – Bernama

BERITA TAMBAHAN 

Warga New Zealand Mark Lay yang merancang untuk menjadikan Malaysia sebagai negara keduanya berkata dia tidak mahu Pulau Pinang menjadi seperti Singapura yang kehilangan banyak bangunan bersejarah.

Aktivitis-aktivis warisan & alam sekitar pula mendesak kerajaan negeri P.Pinang serius untuk memelihara Bandar Warisan Georgetown.

Foto Penang Kini.

 

10 SEBAB KENAPA GEORGE TOWN WAJIB- MESTI MENJADI TANJONG

fb_img_1475735657275

  • TANJONG BERASAL DARIPADA TANJONG PENAGA – NAMA YANG DINAMAKAN OLEH PENDUDUK AWAL PP ZAMAN BERZAMAN SEBELUM ERA PENJAJAHAN
  • SESUAI DENGAN KEADAAN GEOGRAFINYA SEBUAH TANAH YANG MENGUNJUR KE LAUT
  • SEBUTAN YANG POPULAR DAN DITERIMA PAKAI DARI DULU HINGGA KINI TERMASUK ORANG DARIPADA KAWASAN SEKITAR ALOR STAR, PARIT BUNTAR,KULIM DAN TAIPING
  • KAWASAN BERSEJARAH KERANA TELAH  DIBUKA LEBIH AWAL  OLEH DATUK NAKHODA KECIL 50 TAHUN SEBELUM PENDARATAN MR FRANCIS  LIGHT SECARA TIDAK SAH KERANA MENCEROBOH WILAYAH KESULTANAN KEDAH
  • NAMA GEORGE TOWN MEWAJAHKAN TINGGALAN KOLONIAL YANG MASIH BERTAHAN. IA JANGGAL DENGAN SEMANGAT MERDEKA YANG MENGUTAMAKAN NAMA TEMPATAN YANG TELAH SERASI  DISEBUT.
  • MAKSUD WARISAN MERUJUK KEPADA PENDUDUK AWAL YANG MEMBUKA DAN MENGASASKAN SESUATU TEMPAT SEHINGGA MENJADI PETEMPATAN.NAMA NAMA ASAL WAJIB DIKEMBALIKAN SEMULA SELEPAS MERDEKA
  • SEBUTAN TANJONG RINGKAS DAN TEPAT
  • NAMA GEORGE TOWN MENGGAMBARKAN DOMINASI PENJAJAH  YANG BERTERUSAN, MASIH PERKASA DAN BERWIBAWA. WAJIB DIGANTIKAN MENERUSI PROSES DEKOLONIALISASI
  • NAMA GEORGE TOWN TELAH MENENGGALAMKAN DAN MENYEKAT WARISAN PERIBUMI YANG SEPATUTNYA DIBERI RUANG UNTUK MENGAMBIL ALIH PERANAN SEBAGAIMANA * PELABUHAN KELANG MENGGANTIKAN FORT SWETTENHAM
  • P.PINANG TERLALU MEWAH DENGAN WARISAN PENJAJAH YANG DIPERKUKUHKAN LAGI DENGAN PENGIKTIRAFAN UNESCO.SEDANGKAN IA TERANG TERANG MENOLAK BUKAN SAHAJA WARISAN TETAPI NAMA NAMA PENDUDUK AWALNYA.
  • TANJONG SEBUTAN YANG WUJUD BERTERUSAN ADA SIGNIFIKAN DENGAN BUDAYA, BANGSA  DAN NEGERI .JELAS LEBIH SERASI DAN SELARI DENGAN PP & MALAYSI BERBANDING DENGAN GEORGE TOWN TERLALU KEBARATAN
  • ADA KEAZAMAN, WUJUD PATRIOTISME DAN SEMANGAT KEBANGSAAN IA BOLEH DILAKSANAKAN DENGAN MUDAH
  • GEORGE TOWN NAMA RAJA ENGLAND WAJARKAH IA DONOBATKAN DI PP SEOLAH OLAH MASIH TERJAJAH SEPERTI ZAMAN NEGERI NEGERI SELAT
  • KITA BOLEH TERHUTANG BUDI KEPADA WARISAN PENJAJAH TETAPI JANGAN SAMPAI MENGANIAYA WARISAN SENDIRI DAN BERSIFAT MENOLAK NAMA NAMA TEMPATAN YANG SIGNIFIKAN DENGAN PERSEKITARAN NEGERI SENDIRI.
  • HENDAK 1000 DAYA TAK HENDAK 1000 DALIH.

 

MUHYIDDIN MENGUNJUNGI ANWAR – HARAPAN BERSATU JALIN KERJASAMA DENGAN PPBM

PERKEMBANGAN MENARIK PADA HARI INI PRESIDEN BERSATU TAN SRI MUHYIDDIN YASIN  TELAH BERTEMU DENGAN KETUA UMUM PKR DSAI DI MAHKAMAH TINGGI KL.APA KATA MUHYIDDIN :

DAH LAMA TAK JUMPA ,JUMPA UNTUK BERI SOKONGAN KEPADA DSAI

“Lebih-lebih lagi beliau adalah de facto PKR, saya rasa penting sebagai presiden BERSATU untuk jalinkan hubungan supaya kerjasama kita harap akan terjalin dan akan jadi satu kenyataan.

“Jadi kita harap dengan ini, kerjasama yang hendak kita jalin untuk (membina) satu pakatan yang kukuh untuk hadapi BN pada pilihan raya umum akan datang akan dapat dilaksanakan,” katanya.

BERIKUT KENYATAAN YANG DIKELUARKAN OLEH KEDUA TOKOH TERSEBUT