WARISAN MELAYU P.PINANG LETAKNYA DI MANA ?

TAPAK WARISAN MELAYU TG TOKONG DAN BATU UBAN TERANCAM OLEH KERAKUSAN PEMBANGUNAN FIZIKAL UNTUK TUJUAN KEUNTUNGAN. 28 KAMPUNG KAMPUNG MELAYU BAKAL TERANCAM PUPUS APABILA TEBUS GUNA LAUT DAN PENANG MASTER PLAN TRANSPORT, LALUAN SISTEM  PENGANGKUTAN BARU DILAKSANAKAN.

fb_img_1474868872138

Sehingga kini  belum ada kawasan yang digazet sebagai tapak warisan Melayu P.Pinang. Bila disebut MELAYU apa maknanya ?  Maknanya MELAYU adalah penduduk asal P.Pinang, penduduk yang suatu ketika dulu rakyat kesultanan Kedah sebelum kedatangan penjajah dan Melayu adalah bumiputera P.Pinang.

Jadi jika Melayu penduduk asal dan bumiputeranya kenapakah ia tidak mempunyai tanah warisan dan zon warisan. Penduduk Maori ada tanah dan  zon warisan mereka, obirigenis Australia pun ada, Baba Melaka pun ada tempatnya, Portugis pun ada watisannya  di Melaka, India pun ada tapak warisan yang diktiraf di Brickfield KL, penjajah Inggeris pun ada warisan ketara di GT, China jangan cakaplah satu bandar George Town menjadi warisan.murad

Di manakah tapak warisan Melayu P. Pinang  ? Adakah ini bermakna Melayu adalah  satu bangsa yang tidak ada jejak warisan, tidak ada tamadun dan  peradaban kebangsaannya sendiri ? Jadi bila tidak wujud bukti kewarisanan mana ada warisannya lagi. Adakah ini bermakna apa yang diisukan  selama ini  semuanya kenangan zaman silam yang tidak perlu diberi perhatian.Isu bagi orang tidak keruan, siuman.

Seorang ahli filsafah China Meng Tze pernah berkata:

SAAT JATUHNYA SESUATU BANGSA ITU BERMULA APABILA PARA PEMIMPIN BANGSA ITU MENOLAK WARISANNYA SENDIRI   !

Itulah yang sedang berlaku di P.Pinang sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia yang mewarisi undang undang Negeri negeri Selat. Meneruskan ekonomi pasaran bebas sebebas bebasnya.Seolah olah kita masih dijajah dan terjajah.Justeru warisan Melayu sesuatu yang terasing daripada hati para pemimpin Melayu, KN PP dan juga Kerajaan Pusat.

Mereka tak dapat difahamkan, nihil patriotisme dan berjiwa materialisme,bersifat kapitalistik dan memandang pembangunan adalah bersifat kebendaan, fizikal semata mata. Maka warisan dipandang enteng. Tak ada kena mengena dengan bangsa dan kazanah negara.

Inilah sebuah  tragedi sebuah bangsa pasca merdeka ibarat kacang lupakan kulit. Tragedi keaifan besar terhadap bangsa Melayu  dan para pemimpin yang kononnya sangat memperjuangkan KETUANAN BANGSA . Mengapakah tragedi yang memalukan ini terjadi ? Berlaku kerana kita telah  memilih para pemimpin berhati batu. Para pemimpin yang tidak mempunyai hati nurani langsung.

Mereka tergamak bersekongkol dengan pihak swasta, membenarkan tebus guna laut di kawasan nelayan tradisi beroperasi. Reclamation yang mengambus kawasan habitat ikan, udang dsbnya. Kawasan di mana nelayan tradisi dan penduduk asal mencari makan.Laut jadi semakin sempit, punca rezeki terhad dan laluan keluar masuk nelayan ke laut tersekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *