PROGRAM MELURUSKAN SEJARAH YANG TEMPANG : SEMBANG SANTAI SEJARAH AWAL PENDUDUK P.PINANG !

img-20160215-wa0024

Buku Karangan Prof Ahmad Murad Merican membongkar sejarah Awal P.Pinang, wilayah Kesultanan Kedah sebelum berpindah ke tangan penjajah Inggeris menerusi tipu muslihat.

Majlis akan diadakan di Rumah Teh Bunga Jalan Hutton pada 5 Oktober 2016 pada jam 9 pagi hingga 1 petang.

Penyampai :  Profesor Ahmad Murad Merican

Asal : Anak P.Pinang pengarang buku Batu Uban Sejarah Awal P.Pinang

murad

Bila berbicara tentang sejarah awal penduduk P.Pinang Prof Murad adalah sarjana dan orangnya.Beliau telah membetulkan fakta sejarah bahawa pulau ini telah dibuka dan terbuka lama selepas pendaratan Kepten Light pada 11 Ogos 1786. Fikir biasa siapa yang menamakannya PULAU PINANG. Kenapa nama nama tempat dalam dalam peta peta lama  P.Pinang 100 % nama nama Melayu. Nama nama yang diberikan ikut keadaan alam semula jadinya. Bermula dengan pulau, laut, selat, kuala, tanjong, teluk, sungai, pasir, batu, seberang, tukun, permatang, bagan, bukit, pokok,  dll

Fakta bahawa Light membuka atau mengasaskan P.Pinang bukan fakta tetapi auta.Sejarah yang dibikin bikin oleh penjajah demi kepentingan. Malangnya sejarah itulah yang diguna pakai dan diiktiraf meski pun setelah 60 th MERDEKA.

Beliau memurnikan dan meluruskan  sejarah yang dipalsukan. Ini  suatu usaha yang gigih dan berani.Dibuktikan dengan fakta yang konkrit. Meski pun benar ia sesuatu yang sulit untuk diterima oleh khalayak intelektual dan para pemimpin kita di peringkat kerajaan.

Banyak halangan yang menggalang kita menerima sejarah versi nasional.Mengapa ? Ya,  kerana sejarah kita masih membeku  ikut acuan dan rekayasa penjajah. Hal yang sama telah ditempuh oleh Prof. Syed Mohamad Naquib Al Attas. Beliau menggariskan 3 punca yang merumitkan perubahan di negara kita :

Pertama : KEKELIRUAN TENTANG ILMU

Kedua :     KEHILANGAN ADAB

Ketiga :     KEMUNCULAN PEMIMPIN PALSU DALAM                      SETIAP JURUSAN DAN LAPANGAN HIDUPprofsyedmuhammadnaquibalattas3Mengapa negara negara pasca penjajahan seperti Malaysia  sangat  terkongkong sehingga sangat mesra dengan citra penjajahan ? Sukarno katakan ini adalah penerusan penjajahan dalam bentuk baru atau apa yang disebut NEW COLONIALISME .

Kini telah berubah dengan nama baru.Tujuannya tetap sama iaitu melakukan penjajahan semula.Dilakukan sama ada  secara rela atau terpaksa.Itulah yang dinamakan sebagai  New World Order “ORDER BARU DUNIA ” dikepalai oleh AS, Great Britain, Zionist dan para sekutunya.

Kata Sukarno :

Lebih senang melawan penjajah sebenar. Perjuangan menjadi lebih sulit menentang jiwa terjajah bangsa sendiri.

soekarno-perjuangan

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *