SEMAKIN BANYAK RECLAIMATION MEGA SELURUH PP: ADAKAH SEMAKIN TERBUKA RUANG DAN PELUANG RAKYAT MENYERTAINYA ?

Kerajaan negeri PP menyatakan kita kekurangan tanah. Tak ada jalan lain untuk mengatasinya melainkan dengan menebusguna laut. Kini projek tebusguna laut pun dibuat serata P.Pinang untuk mendapatkan tanah tanah baru.

Di mana ? Di Gelugor, Jelutong, Tanjong Tokong, Bagan Jermal/ Gurney Drive dll. Kini reklaim maha besar sedang dirancang berhadapan dengan pantai Teluk Kumbar di bahagian  P.Pinang Selatan. Reklaim untuk mewujudkan 3 buah pulau buatan, ribuan hektar luasnya. PP mendapat tanah baru, ribuan hektar  luasnya.

Image result for penang reclamation

Kononnya dengan menjual pulau pulau tersebut kerajaan negeri akan memperolehi RM  puluhan bilion. Tujuannya murni  untuk membiayai kos membina infrastrutkur. Infrastruktur  bagi menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang kronik dan tak terselesaikan sampai kini.

Itulah rancangan rancangan besar yang sedang berjalan untuk mendepani masalah terkini  PP demi menangani, memacu masa depan.

Image result for tELUK kUMBAR RECLAMATION

Pasti hubungan antara kerajaan dengan rakyat tidak dapat dipisahkan. Rakyat yang memilih kerajaan. Kerajaan dibentuk untuk rakyat. Justeru dimanakah bahagian rakyat dalam TEBUSGUNA LAUT itu ? Tidakkah  molek reclaimation itu dibuat untuk penempatan semula rakyat menerusi pembangunan baru.Pembangunan baru yang membuka peluang yang lebih besar untuk rakyat menyertainya. Adalah suatu bentuk kezaliman bila PEMBANGUNAN mengetepikan penyertaan rakyat untuk terlibat dan mengambil bahagian dalam agenda PEMBANGUNAN yang digerakkan oleh KN P.Pinang sendiri .

Image result for penang reclamationADUN ADUN INI TELAH PUN BERSUARA ! MENENTANG RECLAIMATION YANG SECERA SEWENANG WENANG DIBUAT UNTUK KEPENTINGAN  SWASTA TANPA MEMIKIRKAN IMPLIKASINYA KEPADA ALAM SEKITAR. PENYERTAAN RAKYAT MACAM MANA ? DIMANAKAH BAHAGIAN KERAJAAN DAN RAKYAT DI DALAMNYA. TIDAK SEBAGAIMANA YANG TELAH DILAKUKAN OLEH BN SEBELUMNYA YANG DIKECAM OLEH CM.  

Jadi bagaimana rakyat hendak dilibatkan setelah tebusguna tersebut berjaya mendapatkan puluhan ribu hektar tanah tanah baru ? Soalnya tanah tanah tebusguna laut itu milik swasta. Di manakah bahagian kerajaan apabila telah dijual kepada swasta. Tujuan utama swasta  membuat projek pasti untuk keuntungan menerusi projek komersial. Projek yang dibangunkan dijual kepada pasaran bebas seantero dunia. Sesiapa yang mampu membelinya dengan harga tertinggi demi keuntungan semaksimum mungkin.

Justeru sekali lagi  sukar untuk dijawab dimanakah hak RAKYAT untuk terlibat atau dilibatkan untuk mendapat bahagian dalam projek swasta.  Sekurang kurangnya mendapat sebuah rumah mampu milik di atas tanah tanah baru itu ? Laut yang berubah menjadi daratan. Tidakkah laut itu hak kerajaan. Macam mana bahagian  kerajaan disapu licin menjadi hak swasta 100 peratus sehingga tidak bersisa lagi ?

Selama ini akibat dasar penswastaan yang keterlaluan menjadikan  rumah komoditi perniagaan yang terlalu mahal, di luar keupayaan rakyat. Rumah dibina  bersifat tersangat prestigous/ kemegahan.Rakyat biasa tak mampu memilikinya.Nilainya mencecah RM jutaan. Rumah yang menjadi keperluan asas setiap keluarga menjadi tempat kediaman untuk  golongan istimewa.

Ada projek tebus guna terbesar PP, di zaman UMNO – BN sebelum 2008.  Seluas 980 ekar laut telah ditebusguna menjadi daratan. Hampir 100 peratus dibuat projek mewah.  Kebanyakannya dihuni oleh orang asing seluruh dunia.Tak ada satu bahagian pun diperuntukkan atau dipulangkan kepada rakyat . Terutama bahagian penduduk Tg Tokong. Kampung berdekatan tempat tebusguna laut  tersebut.

Kampung yang sesak padat  menjadi seperti kawasan setinggan diabaikan daripada mendapat penempatan baru untuk atasi masalah perumahan 50 tahun selepas MERDEKA. Sebelumnya kerajaan penjajah British juga membuat projek tebusguna untuk menyusun semula kampung ini pada tahun 1940.Sekurang kurang penjajah ada tanggung jawab sosialnya terhadap anak jajahan. Bagaimana dengan kerajaan selepas merdeka yang mereklaim puluhan kali ganda luasnya berbanding dengan penjajah.

Jadi reklaimation baru ini untuk apa selepas reklaim 980 ekar tersebut ? Terlihat seperti masalah perumahan rakyat bukan lagi menjadi  tanggung jawap sosial kerajaan negeri lagi. Kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat, kerajaan pusat salahkan kerajaan negeri. Hasilnya RAKYAT MENJADI MANGSA, peluang mendapatkan rumah sebagai keperluan asas semakin mengecil. Ia tetap tidak bertambah. Masalah yang kritikal ini dipandang enteng. Rumah menjadi permainan swasta dan nilainya terlalu  mahal.

Singapura juga membuat tebusguna laut secara besar besaran.Ia hanya sebuah pulau kecil sahaja. Mengapa ia berjaya menyelesaikan masalah perumahan 4 juta rakyatnya. Sedangkan kita tidak. Tidakkah kita tanah besar. Kemanakah tanah hilang daripada rakyat jika tidak  dibolot oleh swasta. Rumah yang dibangunkan direbut oleh pembeli luar negara. Justeru dimanakan hak dan bahagian rakyat di dalamnya ? Ini berlaku apabila ahli ahli politik yang diamanahkan memberi pelbagai alasan dan muslihat.Mereka   mengelak daripada AMANAH yang mereka pegang selama ini.

Rumah menjadi  keperluan asas untuk keluarga tidak dapat disangkal lagi.Adalah menjadi  tanggung jawab sosial kerajaan yang diamanahkan untuk mengatasi masalah yang terabai ini sehingga menjadi parah dan sangat kritikal. Rumah yang terbina ialah rumah mega dan mewah untuk tengok saja tetapi di luar keupayaan untuk membelinya. Malang bagi bagi rakyat terbanyak yang hidup di negara yang mewah dan kaya raya tetapi menderita sengsara kerana sistem yang sangat menyebelahi swasta untuk merompak harta kekayaan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *