RAKYAT INI APA ATAU BAGAIMANA APABILA KERAJAAN NEGERI PP MENJADIKAN SWASTA SEBAGAI KEUTAMAAN

 

8 tahun sudah berlalu apabila kerajaan negeri PP diterajui oleh parti pembangkang.Kini mereka menjadi kerajaan di P.Pinang. Tempohnya bukan pendek, hampir 1 dekad.Kenyataannya peluang perumahan untuk rakyat bawahan semakin tersekat.

Cakap cakap yang kedengaran di media massa dan awam ialah rakyat didedahkankan dengan pembangunan dan perumahan mampu tengok sahaja. Rumah mampu milik amat terhad walau Kerajaan Pakatan Rakyat/ Pakatan Harapan telah memerintah 8 tahun. Dalam tempoh tersebut banyak sudah kampung kampung tradisi yang hilang.

Hilang tidak berganti. Tebus guna laut yang dibuat tidak pula menempatkan mereka di kawasan baru. Tanah dibolot oleh swasta semahunya. Tidak ada bahagian untuk rakyat terutama dalam tebusguna laut di Tg Tokong seluas 980 ekar. Kalau ada pun tak sepadan dengan permintaan yang tinggi ke atas rumah mampu milik.

Reclaimation kini yang sedang rancak dijalankan dengan sangat berleluasa sekali. Ia meliputi seluruh bahagian pulau. Meski pun begitu  tidak memperuntukkan bahagian atau kawasan yang cukup untuk penempatan semula rakyat.

Berlaku pengabaian apabila tanah tanah perkampungan traďisi dimusnahkan oleh pembangunan komersial.Rakyat terutama penduduk asalnya kebetulan Melayu semakin tersudut, terpinggir dan dinyahkan secara beransur daripada mempunyai bahagian dalam pembangunan semasa.

Itulah jadinya apabila kekuasaan mutlak berada di tangan ahli ahli politik yang rakus. Lebih lebih lagi apabila kuasa yang tergenggam begitu besar.Sama seperti amalan BN sebelumnya. Benar seperti kata pepatah kata dulang paku serepih, mengata orang bila tiba kepada kita tidak jauh bezanya.

Malah sangat rakus  apabila kerajaan terlalu utamakan bisnes, swasta dan komersial. Amanah dan tanggung jawap sosial  terhadap rakyat jelata semakin terabai. Keutamaan  yang dipentingkan ialah laba dan keuntungan. Bukannya kebajikan setelah kerajaan memperoleh lebihan darpada GDP yang sentiasa meningkat.

Di manakah  peruntukan untuk orang bawahan mendapat tempat berteduh ? Mereka  yang tersiksa akibat polisi pembangunan  yang pincang. Polisi yang sangat  kurang mesra rakyat. Kilas politik memanglah hebat. Hakikatnya rakyat semakin terjepit dan terpinggir dihimpit pembangunan komersial yang rakus membaham alam sampai hampir tidak bersisa lagi.

Tidakkah rumah itu keperluan asas ? Mengapakan dijadikan terlalu mahal sehingga meningkat ke angka jutaan RM. Kita membina rumah untuk siapa ?  Orang dalam negeri atau pasaran luar ? Adakah fungsi utama kerajaan mengutamakan keuntungan dan berpihak kepada swasta secara melulu  atau menjadi kuasa pengimbang yang memperbetul  segala bentuk ketidakadilan supaya rakyat ada bahagian dalam pembangunan.

Nyata terlalu banyak sangat rerumah mewah yang dibina. Langsung tidak seimbang dengan perumahan mampu milik. Mengapa selalu jadi begitu. Sangat berbeza haluan antara sebelum berkuasa dengan setelah berkuasa. Cakap selalu tak serupa bikin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *