APA BENTUK PEMBANGUNAN INI ? – NELAYAN BUNGKUIH DAH TAK BOLEH CARI MAKAN LAGI !

Image result for DOLPHINS AT PENANG

KEHIDUPAN DUYUNG SEMAKIN TERANCAM DI P.PINANG APABILA TEBUSGUNA LAUT TIDAK MEMPEDULIKAN KEHIDUPAN MEREKA. GAMBAR DI ATAS DUYUNG YANG MATI DI LAUT JEPUN. IKTIBAR DARIPADANYA IA JUGA BOLEH BERLAKU DI MALAYSIA APABILA LAUT SEMAKIN TERCEMAR DENGAN SELUT DAN DIGANGGU SECARA DRASTIK. IKAN UDANG, BELANGKAS, KETAM ,SIPUT SIPUT DAN BANYAK HIDUPAN LAUT SEMAKIN TERANCAM APABILA KAWASAN TEMPAT PEMBIAKAN MEREKA DIKAMBUS SECARA GANAS.

fb_img_1473765928919Dolphin atau ikan duyang mati terkapar di kawasan penambakan laut di Pantai Bayu. Sungai Batu ,Teluk Kumbar- NELAYAN MEMBANTAH HABITAT TEMPAT PEMBIAKAN UDANG SEDANG  TERKAMBUS DI TELUK KUMBAR !

Tinjauan dekat di kampung tradisi Nelayan Tg Tokong yang tersisa menunjukkan mereka menghadapi ancaman berat untuk bertahan. Kini keseluruhan kawasan nelayan dari Gurney Drive/ Bagan Jermal hingga ke Tanjong Tokong sangat terancam. Mereka seolah diberi mesej supaya berundur dan hendak dinyahkan daripada kawasan penambakan atau tebusguna baru yang sedang rancak digerakkan untuk menebus guna kawasan yang lebih besar.

Ini dilakukan oleh Kerajaan negeri P.Pinang. Tonggak utamanya ialah DAP sebagai teraju utama yang menguasai porfolio penting.PKR langsung tidak berkutik untuk menyatakan pendirian tentang implikasi tebus guna laut secara rakus ke atas hidupan laut dan kehidupan manusia yang mencari penghidupan sebagai nelayan tradisi di kampung kampung  nelayan yang asal. Kawasan penangkapan mereka menjadi semakin sempit dek diasak oleh penambakan beratus hektar.

Di manakah mereka mencari apabila laut menjadi daratan ? Adakah dasar KN PP hendak menghapuskan kawasan penangkapan ikan, udang, ketam di seluruh P.Pinang apabila meluluskan penambakan laut secara besar besar di seluruh daerah timur laut. Kini sedang menjalan ke barat daya dengan tumpuan projek besar di Teluk Kumbar.

aca0548be25700551de5722a940ee6b6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *