Impian UMNO untuk berkuasa semula di PP masih jauh. Parti itu hanya menang 10 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya. Pencapaiannya masih tempang sekadar 25 % sahaja.Masih jauh daripada jumlah keseluruhan 40 kerusi DUN PP. Itu pun penguasaannya di kerusi tradisi majoriti Melayu. Dua di parlimen Seberang Prai dan 1 di Balik Pulau.
Di DUN bercampur seperti Sungai Bakap, Batu Maung, Pantai Jerejak dan Seberang Jaya, UMNO masih gagal menawan hati bukan Melayu.
Namun di Parlimen dan DUN Balik Pulau, Kepala Batas dan Tasik Gelugor UMNO menang 100 % mebetuk kemenangan 9 DUN. Tambah 1 kerusi di Sungai Aceh. Itu pun berpunca hasil pertandingan 3 penjuru UMNO, PKR dan PAS menyebabkan calon PKR Cikgu Bard tewas
Bagaimana pun di Parlimen dan DUN Permatang Pauh, kubu kuat DSAI , UMNO kalah 100 %.
Ketua Perhububgan UMNO PP Datuk Zainal Abidin Osman kalah di parlimen Nibong Tebal di tangan Datuk Mansor Othman Ketua MPN Majlis Pimpinan Negeri PKR, P.Pinang
Di DUN Sg Bakap Calon UMNO kalah di tangan Calon PKR Datuk Makhtar Shafie yang 2 kali menang berturut turut dalam PRU 2008 dan 2013.
Punca kekalahan kerana undi bukan Melayu menyokong PKR.Kini dengan keangkuhan para pemimpin UMNO pusat seperti Datuk Zahid Hamidi dan Nazri Azizi bolehkah BN tawan PP.
Mood bukan Melayu iaitu pengundi China dan India tak ada pada BN. Apa buktinya. Dalam PRU 2008 dan 2013 kesemua calon MCA, Gerakan, MIC tewas 100 peratus melawan DAP. DAP tanding 19 kerusi menang 19 kerusi. Menang solid 100 persen.
Calon UMNO dan Gerakan di kerusi bercampur untuk parlimen Bayan Lepas dan DUN Pantai Jerejak, Batu Maung dan Batu Uban kalah 100 peratus.
Fokus PKR sehingga kini masih gagal mencari calon berwibawa dan sedia turun padang pada bila bila masa untuk berkhidmat di 3 kerusi DUN dalam parlimen Balik Pulau.
Komen CM Lim Guan Eng selepas kekalahan total di parlimen dan DUN DUN Balik Pulau sangat menyengat.PKR telah memilih calon yang silap. Itu yang menjadi punca kekalahan.
Apakah persediaan PKR dalam PRU ke 14 ini di Balik Pulau ? Kubu ini masih gagal ditembus dan dipecahkan sejak 2008 hingga 2013. Apa muslihat dan peluang dan kemungkinan untuk menang dalam PRU ke 14 pada tahun 2017/ 2018 ?
Tidak adakah pemimpin berwibawa daripada kalangan ahli ahli Majlis Perbandaran PP mewakili PKR dulu dan kini daripada MBPP dan MPSP yang dapat diangkat untuk menjadi calon DUN dan parlimen akan datang ?