INGATLAH DOA DARIPADA INSAN YANG TERZALIMI DIMAQBULKAN ALLAH !

Ingatlah bahawa doa datipada orang yang dizalimi, tidak ada hijab lagi. Ia langsung sampai kepada Allah. Sabarlah DSAI, masa kamu akan sampai, kebenaran akan terserlah.Pihak yang menzalimi kamu akan terima balasannya. Baru mereka mengerti makna pembalasan atas kezaliman yang dilakukannya. Ibarat kata pepatah yang menjadi karma, roda tidak selalunya di atas.Masanya akan tiba untuk KEADILAN

ANWAR SOLAT

 

 

KENALI TOKOH INI : APA KAITANYA DENGAN P.PINANG !!!

 

yusof-bin-ishak-pria-minangkabau-presiden-pertama-singapura-Jx5m3v7qWC

Beliau adalah Yang Dipertua dan Presiden Singapura yang pertama.Namanya Yusuf Ishak. Anak kelahiran Padang Gajah Terong, Perak. Keturunanannya bersambung dengan seorang tokoh besar, pembuka satu bahagian P.Pinang iaitu GELUGOR dan kawasan sekitarnya. Ini termasuk tapak USM kini kawasan perumahan MINDEN HEIGHT, BUKIT GAMBIR dan sekitarannya.Siapakah tokoh pembesar yang bersambung keturunan dengan YUSUF BIN ISHAK  itu ? Beliau adalah DATUK JENATON, seorang pembesar dari Alam Minangkabau.

Kubur Dato Jenaton 2

Salasilah keturunanan seperti berikut :

Yusuf bin Ishak bin Ahmad bin Abdullah bin Datuk Jenaton berasal dari Pagar Ruyung, Alam Minangkabau, Sumatera Barat.

Moyangnya Abdullah bin  Datuk Jenaton telah berpindah dari Gelugor P.Pinang  ke Padang Gajah, Terong Perak dan bermukim di sana.

aziz I

Salah seorang adik Yusuf ialah Abdul Aziz. Beliau adalah Menteri Pertanian Tanah Melayu/ Malaya yang pertama dari tahun 1955 hingga 1962 di bawah kabinet Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj  PM Malaya/Malaysia yang pertama. Keturunan Yusuf Ishak dan Abdul Aziz Ishak berasal dari P.Pinang. Piut mereka ialah DATUK JENATON. Beliau adalah antara pembuka P.Pinang yang terawal. 50 tahun lebih dahulu  sebelum kedatangan Francis Light( 1786 – 50 tahun = 1730an . Light  diangkat sebagai THE FOUNDER OF PENANG, mengikut rekayasa penjajah.

Hakikatnya PP telah dibuka dan terbuka sebelum kedatangan Inggeris.PP adalah wilayah kesultanan Kedah yang sah dan berdaulat. Kepten Light memperoleh PP daripada Sultan Kedah secara tipu daya, muslihat dan cara yang tidak sah.Soalnya bilakah P.Pinang akan kembali ke pangkuan Kedah semula. Pulau Pinang adalah  pemiliknya yang sah.

Wajah Yusuf Ishak telah diabadikan pada mata wang Singapura.

singapore-dollar

 

JANGAN ANIAYA DAN HAPUSKAN WARISAN INSTITUSI PENDUDUK ASAL TANJONG TOKONG

MADRASAH AT TAQWA TANJONG TOKONG

PERINGATAN KEPADA PARA PEMIMPIN MELAYU DALAM PAKATAN HARAPAN P.PINANG- JANGAN KHIANATI WARISAN KAMI. MULAKAN PEMBANGUNAN WARISAN SEKARANG JUGA DI FASA 4 , TANJONG TOKONG JIKA BENAR BENAR IKHLAS !!!!!!!!!!!!!!!!!

Madrasah At Taqwa Tanjong Tokong adalah institusi agama Islam dan pendidikan yang ditubuhkan oleh penduduk asal Tanjong Tokong.Ia dibina  atas biaya sendiri tanpa bantuan sesiapa di luar Tg Tokong.Ia dibina oleh para nelayan Tanjong Tokong pada awal abad ke 20. Tapak asalnya di tepi laut.Kemudian dipindahkan ke Simpang Tiga Tanjong Tokong pada tahun 1925. Apabila tanah tebusguna dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1930an dan siap pada tahun 1940.

Ia dikurniai  tapak baru yang lebih luas di atas tapak tebusguna laut tersebut. Institusi ini mengalamai pengubahsuaian dan naik taraf dengan perbelanjaan sendiri daripada  penduduk tempatan.Juga  amal jariah dan derma ikhlas hartawan persendirian sehingga wujud keadaannya pada masa kini. Ia tidak diletakkan di bawah Majlis Agama Islam P.Pinang secara langsung dan tidak mendapat apa apa bantuan daripada pihak MAIPP.

DSAI SALAM REFORMASI SELAMAT MENYAMBUT HARI JADI YANG KE 69 !!!

anwar-ibrahim1

9b992623400553.56322eb291692

Maka saya terpanggil mengimbas karya Allahyarham Usman Awang atau Tongkat Warrant yang menitipkan dua buah puisi khusus untuk saya dan Azizah sebelum Allahyarham meninggalkan kita.

Allahyarham sasterawan yang tiada galang ganti. Al fatihah..

ANWAR IBRAHIM                                                     TAKUT HADAPI RISIKO USAH BICARA TENTANG PERJUANGAN 

 

JENTAYU YANG LUKA (Untuk Wan Azizah)

Tiba-tiba dia bangkit

Dengan kelembutan yang tetap sopan

Berdiri di barisan paling hadapan

Sebagai pahlawan keadilan

Lama dulu wajahnya tersembunyi

Di belakang pemimpin berani sang suami

Mengintip dengan mata kecilnya

Segala tingkah dan senyuman pura-pura

Si pengampu yang bermuka dua

Si penyembah yang berjiwa hamba

Si pengemis segenggam laba

Dia adalah jentayu yang luka

Terbang mengepak menyonsong gumpalan awan

Mencakar menjeritkan kebebasan dan keadilan

Mencabar dunia yang semakin kejam.

Selamat Hari Lahir (buat Saudara Anwar Ibrahim)

Palu telah dijatuhkan

Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang

Kau gegar aras kayangan

Kekuasaan yang mula tergoncang

Sekali tanganmu terancung ke udara

Sejuta teriakan menyambutnya

Sekali suaramu terpancar ke angkasa

Sejuta gelombang gema menyahutnya

Demi sumpah perjuangan

Demi maruah keadilan

Tabah dan gagah

Tidak pernah menyerah.

Demi sumpah perjuangan

Demi maruah keadilan

Tabah dan gagah

Tidak pernah menyerah.

APAKAH ISU & JANJI – JANJI POLITIK YANG PKR PERLU SELESAIKAN DI P.PINANG SEBELUM PRU KE 14

 

PKR dikenali sebagai PARTI KEADILAN NASIONAL sebuah parti yang timbul daripada gerakan REFORMASI. Tepatnya pada tahun 1998 sesudah  DSAI dipecat daripada kabinet Tun Dr Mahathir. PKR lahir daripada kemelut politik tersebut. PKR adalah  parti REFORMASI. Parti  yang bertekad mengubah keadaan secara menyeluruh menerusi REFORM. DSAI sejak dari awal ingin mengubah sistem bernegara di Malaysia daripada kongkongan -pembuliaan  elit feudal dan MONOPOLI -RAKUS  kroni kroni dari korporat politik yang dekat dengan elit kekuasaan.

Mereka ini menguasai  parti yang berkuasa iaitu UMNO – BN dan sekali gus MEMBOLOT sumber-sumber ekonomi  negara. Golongan ini juga yang membolot seluruh punca-punca kekayaan ekonomi negara. Makanya PKR mengumandangkan KEADILAN untuk semua. Bukan sebagaimana yang berlaku kini. Nikmat limpahan kekayaan negara dibolot segelintir elit kekuasaan dengan rakusnya. Rakyat dibebani cukai, hutang negara dan bahana wang yang hilang akibat rasuah berleluasa yang gagal dibanteras oleh elit kekuasaan yang ditunjungi UMNO -BN selama ini

Di Selangor PKR menjadi teraju utama.Ia berpakat dengan DAP dan PAS. Di P.Pinang PKR menjadi bahagian daripada kerajaan negeri membentuk kerajaan campuran bersama DAP di P.Pinang. 8 tahun telah berlaLu sejak PAKATAN RAKYAT kini PAKATAN HARAPAN memeritah P.Pinang dan Selangor. Apa yang sudah berlaku dan dimanakah kedudukan PKR dalam Kerajaan negeri P.Pinang ?

Timbul kekesalan yang menyeluruh daripada rakyat betapa peluang mereka untuk mendapat keadilan daripada  kemakmuran dan limpahan ekonomi P.Pinang semakin sempit.Hak mereka untuk mendapat rumah mampu milik dinafikan. Kampung kampung dan petempatan Melayu dalam bandar semakin lupus daripada pandangan sejak PKR dam DAP memerintah. Apa yang diutamakan ialah projek projek mewah.Sudah pasti ia rakyat.Projek yang diluluskan itu  untuk golongan kaya seluruh dunia.  Rakyat jelata hanya mampu melihat sahaja.

SUARA DARI PENJARA UNTUK PEMBEBASAN MALAYSIA

FB_IMG_1470473919942                             ANWAR IBRAHIM – TAKUT HADAPI RISIKO USAH                               BICARA TENTANG PERJUANGAN23490_1359524199372_1569561905_30892254_3829282_n2SUARA PEMBEBASAN BUAT MALAYSIA

Ada insan  terkunci  di jeriji besi

Jiwa dan fikrah  bebas lepas

Ramai  di luar penjara

Terlihat  bebas

Jiwa  terpenjara,  fikrah terbabas

                                         Mulut terbius bisu membungkem diam,                                    Zikir dan tahmidnya

                                        Asyik  mengulang ulang propaganda                                                                                     Persis orkestra   gesekan  unggas                                                                                              Nyanyian    si  kakak tua.

              Lagu, Nada, irama dan suaranya tak pernah muda,                                                                  Hanya menjilat jilat rejim purba Sang  Penguasa                                                         Bakal tumbang  meski betapa lama ditopang                                                           Dengan kuasa, media dan wang                                                                                 Kental dan sarat  fitnah bersiri                                                                                     Pada  para pejuang yang berani                                                          Dalam  keserakahan dan  kemabukan  kuasa                                                                                                             Tega Memperalatkan segala aparatus negara                                                                           Terbazir dan sia sia !                                                                                 Tekad  Sang pejuang dipacu  terus menuju                                                                  Islah Reformasi mara maju                                                                                Mendobrak  perubahan  demi keterbukaan,

              Buat mendepani masa depan

             Di bumi Malaysia, negara tercinta !

          Demi untuk  seluruh warga negara.

    Malaysiaku

Buktikan KEADILAN   untuk semua !!!!!