Kita semua TENANG dengan ISLAM, Kita SENANG dengan perjuangan ISLAM, oleh itu kita masuk PAS. ( Sesudah dipecat) sekarang ada AMANAH, ia mententeramkan hati saya.
Ia bertepatan dengan apa yang Al Quran beritahu Jangan kamu bimbang dan takut jika kamu bersama Islam.Sekarang saya masuk AMANAH supaya hati saya tenteram.
SAYA BERDIRI DI SINI DENGAN NAMA ALLAH,BERTAWAKAL SAYA SERAHKAN DIRI SAYA KEPADA PERJUANGAN AMANAH
Dalam masa yang sama HUSAM mahu AMANAH mengambil alih pemerintahan di Kelantan.
Mengapa ?
Apa yang nyata, PAS dilihat gagal menyelesaikan masalah yang berlaku di Kelantan selepas banjir. Malah dalam masalah GST yang membebankan rakyat dan IMDB yang membusuk di seluruh dunia, PAS mengambil pendirian longlai dan GOYANG KAKI. Sangat ceroi dan santai tanpa pendirian yang jelas.
PAS hanyut bersama UMNO dengan flip flop yang berkepanjangan. Tidak menampakkan AMANAH dan KEBERTANGGUNG JAWABAN sebagai sebuah parti Islam yang berintegriti. Alternatifnya ialah mencari tapak gerakan Islam baru, yang lebih mantap dan konsisten.
PAS terlihat ketinggalan zaman apabila memilih bersendirian dengan gaya kepimpinan ulama yang sangat tertutup, orthodoks dan konservatif.Justeru ISLAM harus ke depan menyelesaikan masalah yang gawat ini iaitu TADBIR URUS NEGARA YANG SANGAT BURUK “BAD GOVERNANCE”.
NEGARA ditadbir oleh individu individu yang rakus dan parti yang bobrok.Mementingkan politik diri, kroni dan kepentingan di sekeliling. Malaysia sudah menjadi negara yang gagal dengan bebanan hutang yang bertimbun. Sarat dengan masalah sosial, ekonomi dan politik yang parah berpunca daripada kepimpinan yang sangat tidak BERAMANAH.