TEBUSGUNA LAUT YANG RAKUS DI P.PINANG MEMBAWA PADAH BAHAYA KEPADA NELAYAN DAN KEHIDUPAN MARIN

zulfigar (1)Prof Zulfagar Yasin pakar kehidupan marin USM

PP_Pil2

Pengkaji marine biologist atau hidupan laut dari USM memberi amaran bahaya jika kerajaan negeri P.Pinang kini meneruskan tebusguna laut secara besar besaran di Bagan Jermal / Gurney Drive. Lebih apabila tebusguna untuk mewujudkan 3 pulau buatan di hadapan pantai Teluk Kumbar.

Di situlah lubuk kehidupan udang, ketam , ikan dan pelbagai kehidupan marin yang menjadi punca rezeki para nelayan.Kawasan Teluk Kumbar tidak pernah terusik sebelumnya. Tiba tiba rancangan besar untuk mengambus laut diwar warkan untuk dijalankan secara tergesa gesa. Kononnya langkah strategik untuk menyelesaikan masalah kepadatan lalu lintas yang tak teratasi. Atas alasan itu Teluk Kumbar dimangsakan.

Apa jaminan bahawa kehidupan marin dan masa depan survival nelayan tidak terjejas. Sedangkan di situlah tempat mereka mencari tangkapan  sumber hidup. Tentu di kawasan laut tradisi yang diharung setiap hari. Tidakkah ini seperti melontar pasir dan selut ke dalam periuk nasi mereka.

Kawasan lubuk ikan dan udang itu telah terbentuk secara semula jadi sejak ribuan tahun. Setelah dibuat reclaimation pasti tidak akan sama seperti sediakala.Tujuannya sudah menjadi lain. Keuntungan sudah tentu dikaut pemaju dan konsortium yang terlibat. Apa yang rakyat dapat selain pampasan yang tak seberapa untuk seketika.Seluruh masa depan kehidupan mereka akan terjejas kerana perairan sudah bertukar menjadi daratan.

Tidak ada apa yang tonggal melainkan kenangan. Wahai sedarlah sedikit tentang nasib rakyat yang dimangsakan atas nama kata kata indah PEMBANGUNAN . Apa yang dilakukan oleh tangan tangan jahat ialah PEMUSNAHAN.Politik memang indah dalam kata kata ibarat sihir yang memukau kenyataannya tergambar sebagaimana firman ALLAH dalam Al Quran, surah 30 Ar Rum ayat 41 maksudnya :

download (4)

Telah nyata kerosakan di darat dan laut oleh aktiviti perbuatan tangan tangan manusia supaya ALLAH merasakan sebahagian akibat kejahatan mereka supaya mereka kembali ke landasan yang benar  –  Surah Ar Rum 30: 41

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *