MENGAPA PKR BALIK PULAU TOLAK KERJASAMA DENGAN “BERSATU”- KETUA CABANG BALIK PULAU

4-copy8 (1)

KETUA PKR CABANG BALIK PULAU DATUK HALIM HUSSEIN

“Mood rakyat menolak Umno, BN cukup tinggi namun kita tidak mahu penampilan Mahathir yang mahu berkuasa kembali bagi memastikan legasinya mengganggu mood rakyat ini,”

“Pertama, parti ini (BERSATU) sangat jelas perkauman dari Umno itu sendiri. Parti ini membuka keahlian kepada semua kaum tetapi hanya Melayu sahaja boleh memegang jawatan atau mengundi.

“Adakah bukan Melayu hanya layak menjadi tukang sorak. Jika parti ini diterima dalam Pakatan Harapan atau diterima sebagai rakan PKR, maka ia memberi isyarat PKR mengiktiraf diskriminasi kaum.

“Ia bakal menjadi beban kepada kita khususnya bila berdepan pilihanraya, selama ini PKR diterima sangat baik di kawasan campuran tetapi dengan mengiktiraf parti perkauman ini pasti memberi kesan pada tapak sokongan PKR itu sendiri,” jelasnya dalam kenyataan.

Pucuk pimpinan tertinggi parti-parti pembangkang ini negara ini dari kalangan PKR, PAS, AMANAH mahupun DAP setakat ini masih belum memutuskan sama ada mahu mengadakan kerjasama dengan BERSATU atau sebaliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *