JANGAN ANIAYA DAN HAPUSKAN WARISAN INSTITUSI PENDUDUK ASAL TANJONG TOKONG

MADRASAH AT TAQWA TANJONG TOKONG

PERINGATAN KEPADA PARA PEMIMPIN MELAYU DALAM PAKATAN HARAPAN P.PINANG- JANGAN KHIANATI WARISAN KAMI. MULAKAN PEMBANGUNAN WARISAN SEKARANG JUGA DI FASA 4 , TANJONG TOKONG JIKA BENAR BENAR IKHLAS !!!!!!!!!!!!!!!!!

Madrasah At Taqwa Tanjong Tokong adalah institusi agama Islam dan pendidikan yang ditubuhkan oleh penduduk asal Tanjong Tokong.Ia dibina  atas biaya sendiri tanpa bantuan sesiapa di luar Tg Tokong.Ia dibina oleh para nelayan Tanjong Tokong pada awal abad ke 20. Tapak asalnya di tepi laut.Kemudian dipindahkan ke Simpang Tiga Tanjong Tokong pada tahun 1925. Apabila tanah tebusguna dibangunkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1930an dan siap pada tahun 1940.

Ia dikurniai  tapak baru yang lebih luas di atas tapak tebusguna laut tersebut. Institusi ini mengalamai pengubahsuaian dan naik taraf dengan perbelanjaan sendiri daripada  penduduk tempatan.Juga  amal jariah dan derma ikhlas hartawan persendirian sehingga wujud keadaannya pada masa kini. Ia tidak diletakkan di bawah Majlis Agama Islam P.Pinang secara langsung dan tidak mendapat apa apa bantuan daripada pihak MAIPP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *