EIDULFITRI, FITRI DAN FITRAH OLEH SHAIKH AMEEN AL HUSSAINI
Hari ini menjelang maghrib kita semua meninggalkan ramadhan dan menyambut kedatangan syawal.Seringkali ucapan yang sering di dengar ialah selamat hari raya eidulfitri ,maaf zahir dan batin.Namun demikian, apakah maksud sebenar perkataan eidulfitri itu ?
Fitri dan fitrah ,perkataan ini berasal dari akar kata fatara.Perkataan ini mempunyai beberapa maksud. Antara maksudnya ialah “memunculkan” atau dalam bahasa Inggeris “to originate”. Menciptakan sesuatu dari tidak ada sama sekali.Itulah maksud “FATARA”
Oleh itu kata fatara hanyasanya digunakan untuk pencipta iaitu Allah swt.Sebagai conton fataras sama watiwal ard iaitu” dialah yang menciptakan langit dan bumi”. Oleh kerana langit dan bumi dicipta dari sesuatu yang belum ada, maka perkataan tersebut digunakan.
FATARA berbeza dengan KHALAQA. Khalaqa membawa maksud menciptakan sesuatu dari yang telah ada .Misalnya tanah liat, dari tanah itu kita buat tembikar ,pasu dan lain-lain.Inilah perbezaan antara kedua perkataan ini.
Di dalam surah Ar Rum ayat 30 Allah swt menyebut فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ
Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui
Di dalam ayat ini Allah swt menerangkan bahawa dalam diri insan itu sudah ada God spot dan sifat-sifat asli yang sudah ditanamkan ke dalam diri manusia.Sifat-sifat yang cenderung kepada ketuhanan ,melakukan kebaikan dan seumpamanya itu sudah ada di dalam diri insan.
Malangnya diluar ramadhan, fitrah ini ditimbus dengan segala macam maksiat, noda dan dosa.Oleh itu apabila memasuki madrasah ramadhan, kita dilatih menahan hawa nafsu ,berpuasa di siang hari dan qiam atau berdiri dengan beribadah tarawih ,qiyamullail di malam hari untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Semua ini dilatih selama sebulan supaya sifat-sifat asli atau fitrah yang tertimbus itu muncul kembali di hari eidulfitri ! Inilah maksud yang sebenarnya .Fitri bukan bermaksud suci atau qudus seperti mana disebut oleh sebahagian orang. Ada perkataan lain untuk itu.Misalnya di malam tarawih imam akan menyebut subbuhun ,quddusan .Inilah maksud perkataan suci dan qudus
FATARA juga membawa masud memecahkan.Dari istilah ini juga muncul perkataan iftar yang bermaksud memecahkan atau membuka puasa. Seperti juga perkataan Inggeris apabila kita makan pertama kali iaitu sarapan pagi, iainya disebut “breakfast”Ini kerana kita tidak makan di sepanjang malam kita tidur itu seolah-oleh kita berpuasa.
Oleh itu Eidul Fitri bermaksukd sambutan hari kita mengakhiri ibadah puasa.
Seperti saya sebutkan tadi , dari istilah KHALAQA muncullah perkataan KHULUQ dan jamaknya ialah AKHLAQ. Akhlaq membawa perlakuan hasil bentukan.Ada hadis yang menyebut selalu kita dengar “TAQALLAQU BI AKHLAKILLAH” yang bermaksud berakhlaklah kamu seperti akhlaq Allah.
Allah itu maha pencipta , kita juga harus kreatif melakukan penciptaan-penciptaan baru. Begulah contohnya.
Di hari raya ini sering kita akan di sapa “minal a’idin wal faizin” “kulli am wan antum bi khair”. Seringkali orang kita menyebut selamat hari raya maaf zahir dan batin . Tapi bukan itu maksud sebenarnya. Ianya jika diterjemah membawa maksud ” Semoga anda sebahagian dari orang-orang yang kembali ke jalan tuhan dengan memperoleh kejayaan” .
Kulli am wa antum bi khair bermaksud “semoga sepanjang tahun kedepan kamu semua berada dalam kebaikan “
Akhir kata ,selamat hari raya eidulfitri ,minal ‘aidin wal faizin, kulli am wan antum bi khair !