MELAYU PENDUDUK ASAL & BUMIPUTRA P.PINANG : MENGAPAKAH WARISANNYA DINYAHKAN BEGITU SAHAJA !

 

MADAH PENCINTA WARISAN MELAYU P.PINANG

Ini kampung saya !  …. Kampung saya Tanjong Tokong salah sebuah kampung nelayan  tertua  di P.Pinang dan Malaysia TELAH DI musnahkan oleh malaun yang diberi nama PEMBANGUNAN !                          Gara gara buat sengketa antara UDA dengan  UMNO, Penduduk di penjara dalam hutan batu bata           Nihil  budaya, kosong  warisan,                                 Tanpa peka pada sejarah hingga semuanya dijarah
KINI DAP BERMAIN SANDIWARA PRO RAKYAT       Saat pemimpin utamanya didakwa di mahkamah,
JUGA UMNO DI KOTARAYA                                         PARA ELIT – KRONINYA MAHA KAYA KERANA KONONYA BERKAT KEDUDUKAN ISTIMEWA.

APALAH NASIB BANGSAKU HARAPKAN PARTI, PARTI MEMANGSAKAN RAKYAT TERBANYAK

NAK HARAP PKR ……DOK PIKIR PIKIR APA PERANCANGAN NAK MEMBELA UMAT,
Harapkan PAS, PAS MASUK UMNO DAN BUAT DONO
UMNO TENTU TAK BOLEH HARAP ………BUATKANK MASA KINI, APA LAGI MASA DEPAN TERTERAP
Pincang bangsa ku, kerana masing mencari peluang Masing maxing ambil kesempatan atas kesempitan, Golongan terbanyak mikin terhenyak !                 Akibat para pemimpin tamak,                                       Tak pernah pernah syukur meski dapat banyak !

Inilah jawapannya:

Tak payah ratapi nasib. Rancang masa depan. Kita mesti secara sistematik counter segala perancangan yang tak memihak kepada warisan dan tradisi Melayu.

Maaf cakap. Kita mesti aktif macam masyarakat sivil bukan Melayu yang memberi maklumbalas kepada pihak berkuasa. Selama ini kita banyak meratap dan tidak memberi reaksi dan cadangan kepada pihak berkuasa bagaimana untuk bangunkan Pulau Pinang.
Wakil rakyat Melayu/ ADUN dan politikus juga tidak menyahut dengan konstruktif rancangan pembangunan Pulau Pinang. Tak mengapa. Mereka orang politik kepartian. Di kalangan Melayu perlu pendekatan bukan politik dalam hal ini – bukan pendekatan PAS, UMNO, PKR,  AMANAH , dan lain-lain. Pendekatan yang mempunyai kepentingan politik akan hanya menghancurkan manusia.

AMANAT DSAI BUAT PAKATAN HARAPAN MENJELANG PRU KE 14


13177246_715153351921277_2174582913735298567_n (1)

Jelas PAKATAN RAKYAT mengalami kepincangan selepas selepas DSAI dipenjara dan TG Nik Aziz meninggal dunia pada awal  tahun 2015. Retak menjadi belah dengan ketiadaan TG Nik Aziz dan DSAI digiring untuk direhatkan  ke Sungai Buluh.

Berikutnya  dalam muktamar PAS  pada pertengahan 2015, seluruh barisan kepimpinan yang menyokong Pakatan Rakyat telah dikalahkan 100 % menerusi undian berpetunjuk cai.  PAS berubah haluan.Timbul kenyataan kenyataan yang pelik yang merosakkan kesepaduan dalam PR sehingga terbubar dan terkubur dengan sendirinya.

Hari blok Pembangkang, PAKATAN HARAPAN menjadi permuafakatan yang pincang. DAP bersaing dan bertembung  dengan PKR dalam PRU Serawak, PAS pula  bertanding  bukan untuk menang  tetapi jadi pengacau undi yang jelas strategi untuk memenangkan UMNO.

Harapan rakyat berkecai untuk melihat perubahan kerajaan daripada KEBOBROKAN menuju KEBAIKAN menerusi urus tadbir kerajaan yang lebih baik, telus, peka  dan responsif terhadap derita rakyat.

Di bawah ini diperturunkan AMANAT DSAI yang molek dijadikan pedoman. Jika PAKATAN HARAPAN  tidak boleh menang dalam PRU ke 14, lupakanlah impian untuk ke Puterajaya. Mereka bakal jadi PAKATAN PORAK PERANDA yang hilang pedoman. Siapa pun tidak akan percaya pada janji janji dan program  mereka. Hanya sekadar di atas kertas dan mimpi di siang hari sahaja.

 

 

 

BERITA ASEAN : FILIPINA MENANG DALAM PERBICARAAN DI MAHKAMAH ANTARA BANGSA DE HAGUE DALAM TUNTUTANNYA KE ATAS SCARBOROUGH SHOAL

  • maxresdefault (1)

Di manakah letak SCARBOROUGH SHAOL itu yang China dakwa wilayahnya ?  Adakah ia lebih dekat dengan CHINA  atau lebih hampir dengan FILIPINA ?

Apa sebenarnya wujud di kawasan itu adakah ia sebenarnya pulau yang bertanah dan bertetumbuhan di atasnya. Sesuatu yang  boleh menjadi sumber penghidupan manusia.Adakah apa apa binaan di atasnya.

Jawapnya semuanya tidak ada. Ia sekadar terumbu terumbu karang dan batuan yang timbul apabila air pasang dan dalam keadaan biasa perairan sahaja.

Apakah sebab kawasan tersebut menjadi daya tarikan kuat kepada China ?

1. Kawasan tersebut sangat strategik bagi China demi untuk penguasaan dan pengembangan kuasa di Laut China Selatan

2. Kawasan itu sama seperti kepulauan  Sprately kaya dengan sumber petroleum.

3. Kaya dengan sumber ikan

4. China ingin menjadikan kawasan tersebut sebagai pengkalan hadapan armada  tentera laut dan pengkalan udaranya dalam pertembungan kuasa dengan Amerika Syarikat kuasa sedia ada yang sangat berminat dengan LAUT CHINA SELATAN yang bersambung erat dalam wi.ayah besar ASIA PASIFIK.

FAKTA & FAKTOR  KEMENANGAN FILIPINA KE ATAS SCARBOROUGH SHOAL DI LAUT CHINA SELATAN

The Hague tribunal overwhelmingly backed Philipphines in a case on the disputed waters of South China Sea ,ruling that water outcrops claimed by China – some of which are exposed at a low tide cannot be used as the basis of territorial claims.It said some of the waters ” within the exclusive economic zone of the Philipphines because those are not overlapped by any possible entitlement of China”

The tibunal futhermore found that China had violated Philipphines sovereign rightsin those waters by interfering with its fishing and peroleum exploration.

 

 

BUKU SEMPOI TUN M APA HABAQ ORANG MUDA !

FA_Che-Det-coverx-01-727x1024Buku ini ditulis bersama oleh Che Det dan Mat Rodi terbitan DU BOOK press

 

TUN DR MAHATHIR seorang negarawan yang nentiasa menulis tanpa jemu. Terkini beliau mengeluarkan buku yang sempoi. Pasai apa ? Tanya habaq kepada orang muda. Dia mengetuk minda mereka APA YANG HANG PA SEMUA  DOK BUAT LANI ? Tak sedaq lagi ke apa yang dok jadi pada  negara kita.

Bila sebut orang muda tak semestinya anak muda saja.Ia meliputi semua iaitu orang yang jiwanya sentiasa muda. Tidak kolot dan jumud.

Jadi TUN DR MAHATHIR akan dikenang sampai bila bila kerana ia menghasilkan buku. Sebagai mana kata pengarang terkenal Indonesa Bapak Pramoedya Ananta Toer :

Orang boleh meningkat setinggi mana dan menjadi terkenal hingga ke mana mana. Selagi ia tidak menulis dia akan hilang daripada sejarah.

Atas hal yang tersebut nama Dr Mahathir akan kekal sebagai sebagai seorang pemimpin yang jasanya sama ada baik atau buruk tidak akan binasa !

mahathir05

 

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA MENGANDUNG MESEJ BERHARGA 67 TAHUN LAMPAU

DR BURHANUDDIN (1911 – 1969 ) ADALAH SEORANG PEMIMPIN ULUNG, MUJADDID   UNGGUL YANG ALLAH KURNIAKAN KEPADA BANGSA MELAYU. BELIAU TELAH BERJUANG SEJAK SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA LAGI.

BELIAU MENYAKSIKAN MARAKNYA PERJUANGAN RAKYAT INDIA MENUNTUT KEMERDEKAAN SECARA DEKAT DARIPADA PENJAJAH  BRITISH. BELIAU MENYAKSIKAN SENDIRI DENGAN MATA KEPALA KEHEBATAN MAHATMA GHANDI , PANDIT JAWAHRAL NEHRU DAN MUHAMMAD ALI JINNAH SEMASA MENUNTUT DI UNIVERSITI ALIGRAH.

BELIAU BERADA DI PALESTIN SAAT PERGOLAKAN MENENTANG PENUBUHAN NEGARA ZIONIST ISRAEL  SEBELUM TAHUN 1948.

DALAM POLITIK BELIAU ADALAH  PEMIMPIN  PENGASAS  PKMM PARTI KEBANGSAAN MELAYU MALAYA , PARTI POLITIK  PERTAMA YANG DITUBUHKAN SELEPAS PERANG DUNIA  PADA BULAI OKTOBER 1945, 6 BULAN SEBELUM PENUBUHAN UMNO. DR BURHANUDDIN TERLIBAT DI ZAMAN AWAL TERBENTUKNYA KEBANGKITAN SEMANGAT KEBANGSAAN MELAYU  SEBELUM PERANG DUNIA 2, ZAMAN BMA( BRITISH MILITARY ARMY),  ZAMAN MALAYAN UNION, FEDERATION, AMBANG KEMERDEKAAN, KEMERDEKAAN, PEMBENTUKAN MALAYSIA DAN KONFRONTASI.

DI BAWAH ADALAH UCAPAN BELIAU SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA PUASA TAHUN 1949 :

PENIMBAL YDP PAS PARTI ISLAM SEMALAYA  SEMASA DR BURHANUDDIN MENJADI YDP PAS  YANG KE 3 1956-1969).

SELAMAT HARI RAYA PUASA   Oleh DR BURHANUDDIN AL HELMI(1911-1969)

Dalam kuasa2 atau kerajaan2 besar diseluroh dunia sekarang memperjuangkan dengan hebatnya ideology masing2 selaku peperangan dingin. Dan disekitar tanah ayer kita dikelubongi dengan mendung dzarurat. Keadaan bangsa dan tanah ayer kita dalam dzarurat dan chemas. Pertarungan faham politik kebangsaan kita diantara kiri dan kanan.

Pertelingkahan dan keributan timbul pula dalam golongan kanan sendiri disebabkan anasir2 mempertopengkan kebangsaan untuk merebut kepentingan diri dan keroni, orang2 yang ta’mempunyai principle atau pendirian ta’kurang terkeliru dan dikelirukan…..

Dalam keadaan yang demikianlah kita menyambut Hari Raya. Sesudah kita berpuasa, melateh diri dan  mempertahankan jiwa sukma kita untok menchapai rasa dan ni’mat “Takwa”, satu bekal yang tulen suchi memberseh menyiram dan memandikan jiwa raga dan memasangkan perhiasan sabar, insaf dan tahan penderitaan, mengalahkan kepahitan angkara durjana nafsu dan shahwat.

Kejayaan  batin yang kita chapai dengan Taqwa itulah sumbar yang menimbulkan dan menjamin chiptaan kejayaan dzahir yang gemilang.

Kita membesarkan Allah dengan ingatan (zikir) takbir dan tahmid gemuroh memenohi suasana mesjid dan menara begitulah jua mestinya memenohi budi dan hati.

Oh! Di sekitar memperbaharui silatulrahim dan lawatan, di sana perajuri dan pemimpin2 bangsa dan agama kita yang telah terkorban, terasing, terusir dan ditahan, anak isteri mereka yang sedeh, pilu, dan rawan…. Mereka jadi begitu untuk menunaikan seruan ibu pertiwi “Hubbul watan minal iman.” Percayalah, iman yang teguh dan chita2 yang suchi saja yang kekal abadi yang dapat diperjuangkan terus menerus. Sabagaimana orang yang beriman itu sanggop menanggong sengit, pahit lapar, dahaga dan deritaan puasa. Kesengitan dan deritaan itu terus ditanggong hingga siap semporna menyambut Hari Raya ini dengan rasa renah hati yang taqwa dan jiwa yang berbahagia.

Tanggongan bangsa, nusa dan agama sedang ada di bahu kita dan  yang maseh menunggu di hadapan untok diselenggarakan, jaya dan selamat diselenggarakan tanggongan itu hanya oleh orang yang berhati suchi dan di atas chita2 suchi. Dengan semangat Hari Raya marilah dengan hati yang ria gembira kita sambut Hari Raya Puasa kita dan dengan sempananya kita  membaharui ‘azam, ketika disuatu pehak rebut perobahan sedang bertiup dan anak bulan di suatu pehak lagi bulan sabit (hilal) sedang berarak terbit, memperingatkan kita supaya bersiap sedia dan bergerak di atas dasar taqwa dan pimpinan dari Ilahi Rabbi menuju chita2 suchi bangsa, nusa dan agama.

Sumber: Majalah Kenchana, August 1949

dipetik dari :Pusat Sejarah Rakyat

PEDULI WARISAN -MEMBONGKAR DAN MENGETENGAHKAN TAPAK WARISAN MELAYU P.PINANG

mohamad Yaahya menunjukkan rumah yang pernah menjadi madrasah

Mohamad Yahaya menunjukkan rumah yang pernah menjadi madrasah mengaji Al-Quran dan ilu amgama pada awal abad ke-20 

MERUNGKAI SEJARAH MADRASAH AL QURAN DI LEBOH ACEH

Penduduk asal Kampung Melayu Lebuh Acheh, Mohamad Yahaya, 76, memberitahu, sepanjang ingatan serta maklumat daripada generasi terdahulu, rumah tersebut merupakan madrasah mengaji al-Quran.

“Syeikh Al-Hadi mengajar di sini, bukan dia mengasas atau madrasah ini milik dia. Setahu saya rumah ini milik keluarga Syed Zakaria Basheer,”

Beliau yang tinggal di rumah sebelah madrasah berkenaan memberitahu, pada asalnya madrasah al-Quran itu terletak di luar pekarangan masjid.

“Dulu di kawasan Dewan Belia Perbandaran banyak rumah Melayu. Orang keturunan Arab ada membuka madrasah mengaji al-Quran dan ilmu agama tetapi penyertaannya terhad kepada masyarakat Arab.

“Selepas dipindahkan ke rumah di pekarangan masjid baru penyertaannya terbuka sehingga sesak yang menyebabkan timbul usaha membuka madrasah baharu” katanya.

Beliau menambah, selepas dipindahkan, madrasah tersebut pernah menjadi pusat transit jemaah haji kerana di zaman pergi ke Mekah menaiki kapal, pusat operasi haji adalah di sekitar Lebuh Acheh.

“Saya masih ingat jemaah dari Kelantan dan Terangganu akan datang lebih awal, sebab mereka jauh. Lagipun datang awal sebab mereka perlu membeli kelengkapan dan tidak membawa kelengkapan dari tempat sendiri kerana menyusahkan perjalanan.

“Selalunya mereka datang ditemani seorang guru dan setiap kali selesai solat kita melihat kemeriahan kumpulan ini berguru dengan guru masing-masing atau makan masakan yang dimasak sendiri. Apa yang saya sedar, jemaah dari Kelantan tidak boleh menerima nasi kandar yang banyak dijual di sini,” ujarnya.

Sementara itu, Abdul Rahman Ismail dalam tulisannya bertajuk Syed Syeikh Al-Hadi: Penggerak Kebangkitan Melayu Abad Ke-20: menyatakan Syeikh Al-Hadi terlibat secara langsung mendirikan sekolah-sekolah Arab-agama cara moden seperti Madrasah Al-Iqbal di Singapura pada tahun 1907.

Pada 1915, dia membuka Madrasah Al-Hadi di Melaka dan Madrasah Al-Mashoor di Pulau Pinang pada tahun 1919.

Walaupun Madrasah Al-Iqbal dan Madrasah Al-Hadi terpaksa ditutup setelah kira-kira dua tahun kerana masyarakat belum bersedia menerima unsur-unsur baru yang diperkenalkannya, Madrasah Al-Mashoor kekal dan terus berperanan hingga ke hari ini.

Sheikh Syed Al-Hadi berkhidmat membina dan membimbing Al-Mashoor hingga 1926 sebelum beliau sekali lagi menumpukan perhatian penuh pada penerbitan dan penulisan.

Menurut Abdul Rahman, semua madrasah itu didirikan dengan matlamat mengatasi kelemahan dan kekolotan orang Melayu pada masa itu.

KENYATAAN KHOO SALMA AKTIVIS WARISAN DEDAHKAN PEMBANGUNAN P.PINANG DITENTUKAN OLEH SWASTA

13502122_1105766326162062_8436340588044189388_n.png

Prominent  Penang  Heritage activist Khoo Salma Nasution has slammed the  state goverment for letting the developers planned the state intead of living it to planners.

She said the reclaimation of the three island at Permatang Damar Laut should not be approved as it was not in the Original Draft  Structure Plan.

However after the Penang Tranport Council meeting the state goverment emended the Draft Structure Plan ringt away and called for another meeting ffd amend it, she added.

The state goverment acknowledged it  but because of developers demand,  it amended right away. This was one thing for sure which is our planning is not done by planners but it is being done by developers.

Most of the houses that will built have to be built on the three  island will be  unaffordable to locals, she told BERNAMA here today.

khoo

RAMALAN DSAI ! RAMAI LAGI PEMIMPIN PEMBANGKANG DAN UMNO AKAN DITANGKAP DAN DIDAKWA !!!

55593f63b1bbb0507346d14ecc13ee36 (1)

Amat beberapa perkara yang pelik dan mengejutkan dalam kes tangkapan dan pendakwaan kes rasuah melibatkan CM P.Pinang Lim Guan Eng. Apa dia ?

Beliau ditangkap dalam pejabatnya  setelah dikepung tanpa diberi masa yang cukup untuk bersedia menghadirkan diri di mahkamah

Ditahan dan termaksa bermalam di pejabat SPRM Jalan Sultan Ahmad Shah, P.Pinang

Pasukan pendakwaan diketui oleh Peguam Negara Tan Sri Affandi Mohd Ali

Jumlah wang jamin RM 1 juta sangat luar biasa

Ini menunjukkan kes ini sangat luar biasa. Tidak sama dengan kes Toyo mantan MB Selangor yang juga terlibat dan dihukum kerana rasuah dalam pembelian bungalo bernilai jutaan ringgit.

Maka tuduhan kes ini bersifat dendam politik dan dakwaan terpilih kepada seorang pemimpin pembangkang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam nota ringkas menyatakan :

Pendakwaan ke atas LGE  bersifat keji dan bermotif politik.

Ini sindiran sinis LIM KIT SIANG :

10 copy

Ini pula jawapan peguam negara TAN SRI AFFENDI ALI

tmp_12113-3 copy-17816639