LGE ! WHY SNAP ELECTION ? BUKTIKAN ANDA TERBUKA TIDAK AUTOKRATIK “TOKONG” !

images (40)

Gambaran luaran menunjukkan LGE   bersifat terbuka walau memegang kuasa yang terlalu banyak.Apakah kenyataan dan hakikatnya di dalam ? Hampir kuasa mutlak berada dalam genggamannya. Beliau memegang 10 porfolio penting, utama. Beliau CM, pengerusi  exco TANAH, WARISAN,Pengerusi PDC, PENANG INSTITUTE, GTWH Incorp, PBA, MBPP, MPSP dan perbadanan perbadanan baryang ditubuhkan selepas kemenangan besar dalam PRU 2008.

FB_IMG_1467733071012

Lapan tahun telah berlalu.Kukunya semakin kuat mencengkam P.Pinang.Orang orang LGE telah menyerap hampir di seluruh agensi dan instrumen kerajaan negeri PP.  Apa yang LGE kata akan diikuti dengan keputusan dan tindakan. Siapakah berani membantah ?

Walau pun PKR menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Negeri  PP, keberkesanan porfolio yang dipegang dan  kepimpinannya tidak sangat terasa. Kerajaan negeri hampir hampir dimonopoli sepenuhnya oleh DAP. PKR tersudut dalam porfolio kurang penting, koperasi, hal ehwal pengguna, pertanian, hal ehwal agama  dsbnya. Exco penting seperti  tanah, perumahan, warisan, penguasaan lembaga lembaga dan perbadanan  penting sepenuhnya berada di bawah kuasa CM.

Strukturnya lebih kurang sama sebagaimana penguasaan UMNO ke atas BN dan kerajaan pusat di PUTRA JAYA .  PM ada kabinet sendiri yang besar  di JPM, di samping kabinet sebenar di luarnya  yang dimonopoli UMNO.

Wujud  jawatan jawatan penting dalam agensi agensi  seperti PDC, MBPP, MPSP, PDC,  penerajunya Melayu. Itu di luar.Hakikatnya keputusan mutlak masih ditangan LGE. Mereka kaki tangan awam,  saya yang menurut perintah sahaja.Jadi apa yang diputuskan beliau menjadi tindakan untuk penguatkuasaan oleh para petugas tersebut.

3583145132_d62b53574d_o

Justru adakah kepimpinan autokratik  LGE  sebagai tuduhan melulu dan fitnah semata mata oleh musuh musuh politik beliau ? Mari kita ungkap episod sindira Datuk Mansor Othman TKM 1 terhadap LGE sebelum PRU 2013. Beliau adalah orang ke 2 selepas CM. Datuk Mansor pernah berkata beliau TOKONG. Apa maksudnya ?

Apakah beliau rimas dengan pengongkongan kuasa oleh LGE ? Mengapakah Datuk Mansor tidak teruskan jadi ADUN untuk membolehkannya jadi TKM 1  selepas  PRU ke 13, 2013. Sedangkan jawatan itu pun dipegangnya tak sampai  satu penggal . Seda gka  P. Ramasamy jauh lebih lama, 2008-2016.

Jadi apakah implikasi corak kepimpinan LGE @ PR – PAKATAN HARAPAN kepada masyarakat bawahan khususnya orang orang Melayu untuk dbela, khususnya oleh PKR sebagai pengganti UMNO. Statistiknya dari segi tanah dan pemilikan hartanah semakin merosot dan genting. Di daerah Timur Laut Melayu hampir terpukul habis, tidak bertanah dan berumah untuk tinggal di bandar yang asalnya kampung, kawasan Melayu. Meski pun begitu Majoriti MELAYU bukan kecil.

Koosisinya sama dengan orang China antara 40 – 45 peratus. Kealpaan UMNO dan agensi perbandaran/ pelaksana DEB menggiatkan semula penempatan Melayu di bandar menyebabkan populasi Melayu semakin lenyap daripada kawasan tradisi asalnya. Ini menyebabka  kerusi Melayu dalam DUN tinggal 25 % sahaja, sedangkan populasinya 40 %. Hanya  15 dari 40 kerusi DUN PP . Selebihnya India dan dll ( Melayu + China = 85 %, India 10 % selainnya 5 %.

Rakyat masih  terabai sosio ekonominya selama 50 tahun pemerintahan BN dan semakin terabai apabila PR menang  PRU 2008 hingga kini.  Kuasa politik Melayu dalam KN semakin merosot. Dulu ada 5 exco untuk jawatan penting. Kini tinggal 3 sahaja. Itu pun untuk exco yang kurang penting. Hakikatnya hati pengundi Melayu masih tertambat kepada UMNO, walau pun kuasa BN telah tumbang. Tidak ada seorang pun wakil China dan India yang mewakili BN sebagai suara pembangkang dalam DUN PP.

Realitinya PKR belum dapat menawan hati orang Melayu dalam PRU 2008 – 2013. Dalam PRU 2013 PKR kalah pukal 100 peratus di parlimen dan DUN Balik Pulau. Tidak ada pemimpin Melayu yang melegakan masyarakat Melayu PP.Mereka jadi pemimpin yang gagal menyenangkan hati rakyat dan meredakan kebimbangan rakyat  tentang survival masa depan keberadaan Melayu ( baca rakyat dan penduduk asalnya) di P.Pinang.

Tidak wujud apresiasi, keyakinan dan harapan  mereka terhadap kepimpinan Melayu dalam KN. Mereka yang boleh menjadi pembela. Tokoh yang diyakini berupaya untuk menyelesaikan masalah mereka di peringkat akar umbi iaitu pemilikan rumah, hartanah, ruang niaga , pembelaan kepada penjaja dan peluang perniagaan dan hak untuk hidup dan berkembang di bandar.  Seimbang seperti mana penguasaannya China di bandar bandar utama di PP.

Rekod menunjukkan masalah gerai dan premis penjaja yang diroboh satu demi satu tidak pernah dapat pembelaan. Pembelaan untuk rakyat kecil mencari penghidupan dan rezeki harian.Apakah pilihan dan vetonya hanya meroboh sahaja tanpa ada perancangan untuk menyusun dan menempatkan semula mereka di kawasan baru. Apa lagi dengan masalah perumahan mampu milik.Tak nampak tekad untuk melaksanakanya secara bersungguh oleh kerajaan negeri negeri PP yang baru selepas 8 tahun berkuasa

Apa yang dihidangkan ialah rumah mampu tengok sahaja dengan nilainya amat tinggi RM 300, 000 ke atas.KN hilang kendali dalam isu ini. PP dikelilingi rumah mewah untuk pasaran terbuka terutama para pembeli dari  luar negara. Rakyat macam mana ? Telan air liurlah sahaja. Para pembeli luar negara menganggap terutama Singapura, Taiwan, Korea, China, AS, Jepun mengganggap PP syurga perumahan untuk mereka. Rakyat tetap melarat dan hilang peluang.

Sepatutnya isu isu ini menjadi peluang dan keutamaan  untuk PKR  dan Kerajaan Negeri PP untuk menawan hati rakyat. Malangnya peluang ini gagal diisi. Perumahan mampu milik jauh daripada mencukupi. Projek ini gagal dan tidak menjadi keutamaan. Sebagai perbandingan agensi UMNO, PERDA  ada membuatnya di Balik Pulau. Sukar untuk ditangkis bahawa KN kini jauh lebih baik daripada BN yang sering dikutuk itu. Apakah modal yang PKR hendak tawarkan kepada rakyat di kawasan kawasan yang ditandingi terutama di Balik Pulau di mana PKR kalah teruk ? Kosong ! Jadi cakap tak serupa bikin.

Cakap mesti disusuli kenyataan, rancangan untuk memperbaiki nasib rakyat seperti mana yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Agenda ini gagal jadi keutamaan dan naik ke atas.Malahan agensi seperti PDC mulai dosenyapkan daripada membina rumah di atas tanah tebusguna laut milikan mereka. Sebaliknya tanah itu pun dijual kepada pihak swasta. Kerajaan kehilangan tanah untuk membela nasib rakyat yang terlonta lontak meraung pembelaan.

metn_2a_1711_pbh (1)SAYA MAHU JADI PEMIMPIN MELAYU NO 1 P.PINANG, BAGAIMANA KINI ?

Kepimpinan LGE terlalu kuat dan sangat menonjol sehingga menenggelamkan para pemimpin lain terutama PKR yang terlihat tidak  berfungsi dan setanding dengannya. Mereka hampir ditenggelami oleh  kewibawaannya. Jadi bagaimana mereka hendak menghadapi rakyat untuk membuktikan ada berbuat sesuatu untuk rakyat. Sudah pasti mereka akan jadi sasaran kritikan , cercaa  dan maki hamun apabila komitmen dan  kepimpinan  tidak berkesan semasa memegang kuasa atau diberi amanah memegang jawatan. Mereka lebih sebok  menjadi pemimpin upacara merasmi dan menutup majlis semata mata tanpa ada pembelaan yang bermakna untuk kehidupan rakyat jelata.

Rakyat sudah 8 tahun diperintah oleh PR/ PH, namun perubahan  besar tidak pun berlaku. Lebih kurang sama. Kedua duanya BN dan PR/ PH masih cenderong kepada korporat, komersial, projek mega  dan perumahan mewah.Petempatan rakyat menjadi semakin mengecil digenangi projek mega.  Di manakah bahagian mereka dalam lempahan kemakmuran ekonomi PP ?Realitinnya  mereka berasakan lebih terpinggir, dinafi dan dianiayai. Jadi siapakah yang akan membela mereka kalau bukan kerajaan yang selalu berjanji untuk memberi kehidupan yang lebih baik setiap kali menjelang pilihanraya.

Bila sudah jadi kerajaan, mengapa masih utamakan parti, bangsa, golongan dan keutamaan untuk projek mewah dan menjual kepentingan kerajaan kepada pihak swasta sehingga kerajaan tidak memiliki tanah lagi.

Begitu juga dengan isu melestarikan warisan peradaban Melayu di PP. Pada Nov 2011, LGE mengumumkan Tanjong Tokong kampung warisan Melayu antara yang tertua di PP. Susulannya pemimpin PKR  tidak berani menyambut seruan beliau.Tidak ada jawatan kuasa apa pun yang ditubuhkan untuk menggerakkannya. Sedangkan agenda GTWH sangat nyata. Perkara ini menimbulkan ralat dan kemarahan kepada para aktivitis warisan Melayu di PP. Mereka menilai apakah jenis watak, nilai  keperibadian kepimpinan Melayu dalam PKR dan kerajaan negeri pada ketika ini. Mereka langsung tidak ada niat, respons dan tindak balas tentang isu warisan bagi meningkatkan jati diri penduduk asal bumiputera PP.

Sudahlah UMNO mengabaikannya. PKR tidak ambil peluang untuk membuktikan, kami perihatin , kami tidak begitu, kami tidak mengabaikanny seperti UMNO.

Sedangkan LGE memberi ketamaan kepada warisan dengan mengisytiharkan minggu dan bulan warisan setiap tahun menjelang Julai saban  tahun.Beliau juga mengadakan sambutan bulan P. Ramlee menerusi Penang Institute. Malahan mencadangkan Airport Antarabangsa Bayan Lepas ditukar menjadi Lapangan Terbang P. Ramlee sebagai penghormatan kepada seniman agong kelahiran P.Pinang itu.Isu ini langsung tidak terlekat dan tersemat di hati para pemimpin Melayu PKR terutama Datuk Mansor dan TKM 1 Datuk Rashid.Jadi bagaimana rakyat hendak  berbangga dan mengenang jasa baik mereka ? Apa jasa mereka kepada PP yang boleh untuk dingati, lekat dan  tersemat dalam ingatan ?

Rakyat ingin melihat penyakit BN yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan zalim tidak berjangkit kepada PR/PH yang mendakwa lebih pro rakyat. Jika ini terlihat dan dibuktikan baharulah rakyat tampak perbezaan antara hitam dan putih. Itu sahaja. Kini gambarannnya masih keliru dan kelabu. Kemungkinan jika snap election diadakan kerusi kerusi yang dimenangi dulu akan tumbang apabila isu Melayu jadi tunggangan China dimainkan. Tepok dada dan tanya hati dan nilai sendiri antara kepimpinan LGE dengan kita.

Beliau sentiasa siap siaga menghadapi apa jua kemungkinan untuk survival DAP dan bangsanya untuk lebih ke depan ? Bagaimana dengan kita ?   Bersediakah untuk dihakimi rakyat setelah 8 tahun enak ditampuk kuasa ? Ini terutamanya untik menghadapi snap election  pilihanraya mengejut di PP. LGE dan DAP terlihat sangat ghairah dan amat yakin sekali sekali.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *