PUNCA BANJIR TERBURUK DI TELUK BAHANG SEPANJANG 20 TAHUN (1996-2006 )

APA KATA WAKIL DUN DAN AHLI PARLIMEN BALIK PULAU BEBERAPA PENGGAL DATUK HELMI HJ YAHAYA MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN

Image result for BANJIR KILAT tELUK bAHANG

ADUN TELUK BAHANG KINI  YB DATUK SHAH HEADAN AYOOB KHAN

Guan Eng salahkan Hujan dan Tuhan bila Banjir Kilat di P.Pinang.

Masalah banjir di PP terkini bukan sahaja tertumpu di kawasan kawasan tertentu sahaja. Kini ia telah merebak ke seluruh P.Pinang. Dulu banjir sering menyerang kawasan sekitar Jalan P.Ramlee atau Counter Hall. Kini kawasan pesat pembangunan di Teluk Kumbar hingga ke lapangan Terbang Bayan Lepas habis dilanda banjir. Terkini berlaku banjir terhebat di Teluk Bahang.Ia paling teruk dalam jangka masa 20 tahun. Apa puncanya hingga ke tahap bencana ?

Seorang penduduk tempatan Encik Haris Hasmat telah berkali kali membuat aduan kepada pihak berkuasa Kerajaan negeri PP betapa pentingnya laluan keluar air ” CALVET” yang sempit di muka laut di tepi pantai Teluk Bahang dibina baru. Binaan calvet itu ketinggalan zaman kerana terlalu rendah  dan binaannya menghalang laluan air.Jika ada gangguan daripada batang batang kayu saluran tersebut  pasti tersumbat.Ini menyebabkan air sebak dan  berpatah balik. Begitu juga dengan sungai yang gagal dikawal selia dipenuhi sampah.Tidak ada usaha berjadual untuk memulihkan sungai Teluk Bahang dan Teluk Awak daripada muatan sampah sarap.

Mantan Pengerusi JKKM selama 7 tahun ( 2008-2015)  Encik Mohd Amin Noordin telah mencadangkan hal yang sama supaya calvet lama yang mengawal keluar masuk air di laluan ke laut  dibina dengan reka bentuk yang baru. Calvet kini telah usang. Binaan baru hendaklah  lebih tinggi  daripada jalan  dan bukaannya mestilah lebih luas.Ini membolehkan ia menerima muatan yang melanda. Menurutnya saranannya dari tahun 2008 dipandang sepi. Setiap kali hujan lebat berterusan ia menjadi masalah dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk. Penduduk Teluk Bahang telah menderita kerugian  demi kerugian berulang kali akibat bencana pada bila bila masa apabila hujan di luar jangka.

Kita tunggu apakah tindakan dan reaksi positif sama ada daripada Kerajaan Negeri PP dan Kerajaan pusat untuk bekerjasama membantu rakyat. Bukan sekadar salah menyalahkan di antara satu sama lain.Banjir kini telah menjadi bencana yang mengancam kehidupan penduduk Teluk Bahang. Hal yang sebegini tidak pernah berlaku sebelumnya. Adakah ini disebabkan oleh kurang kepedulian dan kepekaan pihak berkuasa KN P.Pinang dan berlakunya pembangunan pinggiran bukit yang tidak terkawal ?

Adakah ini bermakna kita telah menoda  alam sekitar dengan rakusnya. Ini termasuk membotakkan bukit, memotong bukit,  mendirikan perumahan dengan banyaknya di lerang lerang bukit, menyempit dan menutup laluan sungai dan bersifat kejam terhadap alam sekitar.Justeru alam kini telah memberontak dan memberi amaran. Jika alam tidak dijaga secara beradab tunggulah bencana yang lebih besar bakal  menimpa kita dalam masa yang terdekat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *