PENDUDUK BATU FERINGHI DILANDA BENCANA BANJIR – DI MANA IHSAN & TANGGUNG JAWAB SOSIAL KERAJAAN NEGERI PP & PENGUSAHA HOTEL & DLL UNTUK MEMBANTU !

BANJIR KILAT DI BATU FERINGHI DAN TELUK BAHANG PALING TERUK DALAM MASA 20 TAHUN – AIR MELEMPAH MENDADAK WAKTU ZOHOR RABU 20 JULAI 2016 -JALAN RAYA BERUBAH MENJADI SUNGAI !

Baru baru ini  banjir yang teruk dan  secara tiba tiba telah melanda penduduk Batu Feringhi di bahagian petempatan penduduk di sebelah bukit. Banjir yang menerpa secara mengejut itu telah memusnahkan peralatan rumah dan harta benda yang terletak di bahagian bawah rumah rumah mereka secara pukal.

En Shahul  Hamid atau lebih dikenali sebagai PAK MID pemilik PAK MID CAFE, sangat perihatin, empati dengan penderitaan mangsa mangsa banjir.Beliau berhasrat menggerakkan ikhtiar dan inisiatif untuk membantu.Beliau telah menubuhkan JAWATAN KUASA BERTINDAK UNTUK MEMBANTU MANGSA MANGSA BANJIR  yang telah berlaku seminggu sudah.

Menurut beliau para penduduk Batu Feringhi telah banyak berkorban dalam pembangunan industri pelancongan dan perhotelan. Tapak hotel hotel yang berkembang kini adalah  kampung halaman mereka yang asal di tepi pantai. Di situlah kediaman mereka yang terawal. Mereka dengan rela hati membuka laluan demi  kemajuan industri pelancongan negara di awal tahun 1970an. Mereka berundur dengan rela  dari pantai dan laut punca rezeki seharian mereka demi untuk memberi laluan kepada masa depan  kemajuan ekonomi negara yang lebih baik.

Kampung kampung nelayan di tepian pantai  telah ditinggalkan. Mereka telah dipindahkan ke kawasan baru di seberang jalan di pinggir bukit kini.

Hasil daripada  pengorbanan mereka itu hotel hotel telah dibina di atas tapak kediaman mereka yang asal.Kediaman yang dihuni  ratusan tahun sebelumnya. Implikasinya pihak pengusaha hotel,penggiat industri pelancongan dan kerajaan negeri P.Pinang sendiri telah mengaut keuntungan RM ribuan  juta. Bahkan menyediakan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu orang. Kini Batu Feringhi telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di peringkat  antarabangsa di atas pengorbanan para penduduk asal Batu Feringhi.

Kami berhasrat menggerakkan satu tabung membantu mangsa mangsa banjir di Batu Feringhi. Pengorbanan para nelayan dan penduduk asal yang membuka dimensi baru bagi  pertumbuhan ekonomi Batu Feringhi hendaklah dikenang. Pada hakikatnya  mereka tidak mendapat banyak hasil daripadanya. Kini mereka ditimjpa bencana menuntut sedikit tanggung jawab sosial untuk membantu mangsa mangsa banjir yang terlibat.

Kami memanjangkan penderitaan itu untuk disahut oleh semua pihak yang bersimpati terhadap penderitaan  mangsa mangsa banjir yang terperangkap dalam bencana ini. Jika kita boleh membantu mangsa mangsa banjir dan bencana lain di luar negara, diharap pihak pihak yang bertanggung jawab dapat membantu sesama  rakyat sendiri.

Tahniah atas kejayaan pihak yang bersimpati terhadap Ketua Menteri baru baru ini. Mereka  telah berjaya menggerakkan tabung yang mengumpul jumlah melebihi RM 1 juta dalam masa 24 jam  untuk membantu YAB CM Tuan Lim Guan Eng.

Kami menyeru kepada kerajaan negeri P.Pinang di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri PP Tuan Lim Guan Eng untuk menggerakkan tabung yang sama sebagai balasan atas sokongan rakyat yang telah menderma untuk mempertahankan integriti beliau yang digugat oleh SPRM.

Harap usaha yang murni untuk membantu mangsa mangsa banjir ini akan disambut dengan baik oleh terutamanya oleh Ketua Menteri PP, Exco exco, wakil wakil rakyat, Para pengusaha hotel dan siapa saja yang bersimpati dengan kerugian para penduduk Batu Feringhi yang ditimpa musibah selepas menyambut Idul Fithri.

SELAMAT MEMBANTU UNTUK MERINGANKAN PENDERITAAN MANGSA MANGSA BANJIR BATU FERINGHI !

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *