Kata Tuan Lim Guan Eng CM P.Pinang dalam perhimpunan bersama 5000 rakyat.
“Sama ada saya ada atau tiada tidak penting.
Apa yang lebih penting ?
PULAU PINANG TETAP MILIK RAKYAT”
Rakyat berbilang kaum berkerumun menyokongnya. Jadi LGE harus buktikan beliau pemimpin rakyat, pro rakyat yang transpran Bukan sekadar pemimpin DAP, pemimpin kaum China tetapi pemimpin rakyat tanpa mengira kaum, bangsa dan agama demi untuk kesejahteraan seluruh rakyat P.Pinang.
Ini melayakkan beliau untuk diterima sebagai pemimpin Malaysia ! Jadilah pemimpin sejati bukan pemimpin jadi jadian. Pemimpin yang bijak bersandiwara demi untuk memukau rakyat bahawa mereka berjiwa rakyat. Sedangkan nasib rakyat bertambah susah.
LGE bersama rakyat dalam perarakan dari Leboh Pantai ke Padang Kota. Mereka tunjukkan solidariti dengan berpakaian berwarna warni.