LGE ! WHY SNAP ELECTION ? BUKTIKAN ANDA TERBUKA TIDAK AUTOKRATIK “TOKONG” !

images (40)

Gambaran luaran menunjukkan LGE   bersifat terbuka walau memegang kuasa yang terlalu banyak.Apakah kenyataan dan hakikatnya di dalam ? Hampir kuasa mutlak berada dalam genggamannya. Beliau memegang 10 porfolio penting, utama. Beliau CM, pengerusi  exco TANAH, WARISAN,Pengerusi PDC, PENANG INSTITUTE, GTWH Incorp, PBA, MBPP, MPSP dan perbadanan perbadanan baryang ditubuhkan selepas kemenangan besar dalam PRU 2008.

FB_IMG_1467733071012

Lapan tahun telah berlalu.Kukunya semakin kuat mencengkam P.Pinang.Orang orang LGE telah menyerap hampir di seluruh agensi dan instrumen kerajaan negeri PP.  Apa yang LGE kata akan diikuti dengan keputusan dan tindakan. Siapakah berani membantah ?

Walau pun PKR menjadi rakan kongsi dalam Kerajaan Negeri  PP, keberkesanan porfolio yang dipegang dan  kepimpinannya tidak sangat terasa. Kerajaan negeri hampir hampir dimonopoli sepenuhnya oleh DAP. PKR tersudut dalam porfolio kurang penting, koperasi, hal ehwal pengguna, pertanian, hal ehwal agama  dsbnya. Exco penting seperti  tanah, perumahan, warisan, penguasaan lembaga lembaga dan perbadanan  penting sepenuhnya berada di bawah kuasa CM.

Strukturnya lebih kurang sama sebagaimana penguasaan UMNO ke atas BN dan kerajaan pusat di PUTRA JAYA .  PM ada kabinet sendiri yang besar  di JPM, di samping kabinet sebenar di luarnya  yang dimonopoli UMNO.

Wujud  jawatan jawatan penting dalam agensi agensi  seperti PDC, MBPP, MPSP, PDC,  penerajunya Melayu. Itu di luar.Hakikatnya keputusan mutlak masih ditangan LGE. Mereka kaki tangan awam,  saya yang menurut perintah sahaja.Jadi apa yang diputuskan beliau menjadi tindakan untuk penguatkuasaan oleh para petugas tersebut.

3583145132_d62b53574d_o

Justru adakah kepimpinan autokratik  LGE  sebagai tuduhan melulu dan fitnah semata mata oleh musuh musuh politik beliau ? Mari kita ungkap episod sindira Datuk Mansor Othman TKM 1 terhadap LGE sebelum PRU 2013. Beliau adalah orang ke 2 selepas CM. Datuk Mansor pernah berkata beliau TOKONG. Apa maksudnya ?

Apakah beliau rimas dengan pengongkongan kuasa oleh LGE ? Mengapakah Datuk Mansor tidak teruskan jadi ADUN untuk membolehkannya jadi TKM 1  selepas  PRU ke 13, 2013. Sedangkan jawatan itu pun dipegangnya tak sampai  satu penggal . Seda gka  P. Ramasamy jauh lebih lama, 2008-2016.

Jadi apakah implikasi corak kepimpinan LGE @ PR – PAKATAN HARAPAN kepada masyarakat bawahan khususnya orang orang Melayu untuk dbela, khususnya oleh PKR sebagai pengganti UMNO. Statistiknya dari segi tanah dan pemilikan hartanah semakin merosot dan genting. Di daerah Timur Laut Melayu hampir terpukul habis, tidak bertanah dan berumah untuk tinggal di bandar yang asalnya kampung, kawasan Melayu. Meski pun begitu Majoriti MELAYU bukan kecil.

Koosisinya sama dengan orang China antara 40 – 45 peratus. Kealpaan UMNO dan agensi perbandaran/ pelaksana DEB menggiatkan semula penempatan Melayu di bandar menyebabkan populasi Melayu semakin lenyap daripada kawasan tradisi asalnya. Ini menyebabka  kerusi Melayu dalam DUN tinggal 25 % sahaja, sedangkan populasinya 40 %. Hanya  15 dari 40 kerusi DUN PP . Selebihnya India dan dll ( Melayu + China = 85 %, India 10 % selainnya 5 %.

Rakyat masih  terabai sosio ekonominya selama 50 tahun pemerintahan BN dan semakin terabai apabila PR menang  PRU 2008 hingga kini.  Kuasa politik Melayu dalam KN semakin merosot. Dulu ada 5 exco untuk jawatan penting. Kini tinggal 3 sahaja. Itu pun untuk exco yang kurang penting. Hakikatnya hati pengundi Melayu masih tertambat kepada UMNO, walau pun kuasa BN telah tumbang. Tidak ada seorang pun wakil China dan India yang mewakili BN sebagai suara pembangkang dalam DUN PP.

Realitinya PKR belum dapat menawan hati orang Melayu dalam PRU 2008 – 2013. Dalam PRU 2013 PKR kalah pukal 100 peratus di parlimen dan DUN Balik Pulau. Tidak ada pemimpin Melayu yang melegakan masyarakat Melayu PP.Mereka jadi pemimpin yang gagal menyenangkan hati rakyat dan meredakan kebimbangan rakyat  tentang survival masa depan keberadaan Melayu ( baca rakyat dan penduduk asalnya) di P.Pinang.

Tidak wujud apresiasi, keyakinan dan harapan  mereka terhadap kepimpinan Melayu dalam KN. Mereka yang boleh menjadi pembela. Tokoh yang diyakini berupaya untuk menyelesaikan masalah mereka di peringkat akar umbi iaitu pemilikan rumah, hartanah, ruang niaga , pembelaan kepada penjaja dan peluang perniagaan dan hak untuk hidup dan berkembang di bandar.  Seimbang seperti mana penguasaannya China di bandar bandar utama di PP.

Rekod menunjukkan masalah gerai dan premis penjaja yang diroboh satu demi satu tidak pernah dapat pembelaan. Pembelaan untuk rakyat kecil mencari penghidupan dan rezeki harian.Apakah pilihan dan vetonya hanya meroboh sahaja tanpa ada perancangan untuk menyusun dan menempatkan semula mereka di kawasan baru. Apa lagi dengan masalah perumahan mampu milik.Tak nampak tekad untuk melaksanakanya secara bersungguh oleh kerajaan negeri negeri PP yang baru selepas 8 tahun berkuasa

Apa yang dihidangkan ialah rumah mampu tengok sahaja dengan nilainya amat tinggi RM 300, 000 ke atas.KN hilang kendali dalam isu ini. PP dikelilingi rumah mewah untuk pasaran terbuka terutama para pembeli dari  luar negara. Rakyat macam mana ? Telan air liurlah sahaja. Para pembeli luar negara menganggap terutama Singapura, Taiwan, Korea, China, AS, Jepun mengganggap PP syurga perumahan untuk mereka. Rakyat tetap melarat dan hilang peluang.

Sepatutnya isu isu ini menjadi peluang dan keutamaan  untuk PKR  dan Kerajaan Negeri PP untuk menawan hati rakyat. Malangnya peluang ini gagal diisi. Perumahan mampu milik jauh daripada mencukupi. Projek ini gagal dan tidak menjadi keutamaan. Sebagai perbandingan agensi UMNO, PERDA  ada membuatnya di Balik Pulau. Sukar untuk ditangkis bahawa KN kini jauh lebih baik daripada BN yang sering dikutuk itu. Apakah modal yang PKR hendak tawarkan kepada rakyat di kawasan kawasan yang ditandingi terutama di Balik Pulau di mana PKR kalah teruk ? Kosong ! Jadi cakap tak serupa bikin.

Cakap mesti disusuli kenyataan, rancangan untuk memperbaiki nasib rakyat seperti mana yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Agenda ini gagal jadi keutamaan dan naik ke atas.Malahan agensi seperti PDC mulai dosenyapkan daripada membina rumah di atas tanah tebusguna laut milikan mereka. Sebaliknya tanah itu pun dijual kepada pihak swasta. Kerajaan kehilangan tanah untuk membela nasib rakyat yang terlonta lontak meraung pembelaan.

metn_2a_1711_pbh (1)SAYA MAHU JADI PEMIMPIN MELAYU NO 1 P.PINANG, BAGAIMANA KINI ?

Kepimpinan LGE terlalu kuat dan sangat menonjol sehingga menenggelamkan para pemimpin lain terutama PKR yang terlihat tidak  berfungsi dan setanding dengannya. Mereka hampir ditenggelami oleh  kewibawaannya. Jadi bagaimana mereka hendak menghadapi rakyat untuk membuktikan ada berbuat sesuatu untuk rakyat. Sudah pasti mereka akan jadi sasaran kritikan , cercaa  dan maki hamun apabila komitmen dan  kepimpinan  tidak berkesan semasa memegang kuasa atau diberi amanah memegang jawatan. Mereka lebih sebok  menjadi pemimpin upacara merasmi dan menutup majlis semata mata tanpa ada pembelaan yang bermakna untuk kehidupan rakyat jelata.

Rakyat sudah 8 tahun diperintah oleh PR/ PH, namun perubahan  besar tidak pun berlaku. Lebih kurang sama. Kedua duanya BN dan PR/ PH masih cenderong kepada korporat, komersial, projek mega  dan perumahan mewah.Petempatan rakyat menjadi semakin mengecil digenangi projek mega.  Di manakah bahagian mereka dalam lempahan kemakmuran ekonomi PP ?Realitinnya  mereka berasakan lebih terpinggir, dinafi dan dianiayai. Jadi siapakah yang akan membela mereka kalau bukan kerajaan yang selalu berjanji untuk memberi kehidupan yang lebih baik setiap kali menjelang pilihanraya.

Bila sudah jadi kerajaan, mengapa masih utamakan parti, bangsa, golongan dan keutamaan untuk projek mewah dan menjual kepentingan kerajaan kepada pihak swasta sehingga kerajaan tidak memiliki tanah lagi.

Begitu juga dengan isu melestarikan warisan peradaban Melayu di PP. Pada Nov 2011, LGE mengumumkan Tanjong Tokong kampung warisan Melayu antara yang tertua di PP. Susulannya pemimpin PKR  tidak berani menyambut seruan beliau.Tidak ada jawatan kuasa apa pun yang ditubuhkan untuk menggerakkannya. Sedangkan agenda GTWH sangat nyata. Perkara ini menimbulkan ralat dan kemarahan kepada para aktivitis warisan Melayu di PP. Mereka menilai apakah jenis watak, nilai  keperibadian kepimpinan Melayu dalam PKR dan kerajaan negeri pada ketika ini. Mereka langsung tidak ada niat, respons dan tindak balas tentang isu warisan bagi meningkatkan jati diri penduduk asal bumiputera PP.

Sudahlah UMNO mengabaikannya. PKR tidak ambil peluang untuk membuktikan, kami perihatin , kami tidak begitu, kami tidak mengabaikanny seperti UMNO.

Sedangkan LGE memberi ketamaan kepada warisan dengan mengisytiharkan minggu dan bulan warisan setiap tahun menjelang Julai saban  tahun.Beliau juga mengadakan sambutan bulan P. Ramlee menerusi Penang Institute. Malahan mencadangkan Airport Antarabangsa Bayan Lepas ditukar menjadi Lapangan Terbang P. Ramlee sebagai penghormatan kepada seniman agong kelahiran P.Pinang itu.Isu ini langsung tidak terlekat dan tersemat di hati para pemimpin Melayu PKR terutama Datuk Mansor dan TKM 1 Datuk Rashid.Jadi bagaimana rakyat hendak  berbangga dan mengenang jasa baik mereka ? Apa jasa mereka kepada PP yang boleh untuk dingati, lekat dan  tersemat dalam ingatan ?

Rakyat ingin melihat penyakit BN yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan zalim tidak berjangkit kepada PR/PH yang mendakwa lebih pro rakyat. Jika ini terlihat dan dibuktikan baharulah rakyat tampak perbezaan antara hitam dan putih. Itu sahaja. Kini gambarannnya masih keliru dan kelabu. Kemungkinan jika snap election diadakan kerusi kerusi yang dimenangi dulu akan tumbang apabila isu Melayu jadi tunggangan China dimainkan. Tepok dada dan tanya hati dan nilai sendiri antara kepimpinan LGE dengan kita.

Beliau sentiasa siap siaga menghadapi apa jua kemungkinan untuk survival DAP dan bangsanya untuk lebih ke depan ? Bagaimana dengan kita ?   Bersediakah untuk dihakimi rakyat setelah 8 tahun enak ditampuk kuasa ? Ini terutamanya untik menghadapi snap election  pilihanraya mengejut di PP. LGE dan DAP terlihat sangat ghairah dan amat yakin sekali sekali.

 

MASALAH NELAYAN TELUK BAHANG – HASIL TANGKAPAN MEROSOT KERANA LAMBAKAN SELUT

DI BAWAH INI MASALAH NELAYAN TELUK BAHANG YANG BERHADAPAN DENGAN SELUT YANG DIBUANG SEKITAR KAWASAN PENANGKAPAN IKAN TELUK BAHANG. DULU MASALAH YANG SAMA MENGANCAM LAUT TANJONG TOKONG DILAMBAK DENGAN SELUT YANG DIKOREK DARIPADA DERMADA BAGAN DALAM,. ADUAN DARIPADA PARA  NELAYAN MENYATAKAN SELUT SELUT ITU DIBAWA DARI LUAR  HASIL KERJA PENAMBAKAN YANG SEDANG DIJALANKAN DI SEKITAR GURNEY DRIVE . BETULKAH PERKARA ITU ? IA SEDANG DALAM PENYIASATAN. NASMUN APA YANG BERLAKU TANGKAPAN PARA NELAYAN MEROSOT DENGAN TERUK.

PUNCA BANJIR TERBURUK DI TELUK BAHANG SEPANJANG 20 TAHUN (1996-2006 )

APA KATA WAKIL DUN DAN AHLI PARLIMEN BALIK PULAU BEBERAPA PENGGAL DATUK HELMI HJ YAHAYA MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN

Image result for BANJIR KILAT tELUK bAHANG

ADUN TELUK BAHANG KINI  YB DATUK SHAH HEADAN AYOOB KHAN

Guan Eng salahkan Hujan dan Tuhan bila Banjir Kilat di P.Pinang.

Masalah banjir di PP terkini bukan sahaja tertumpu di kawasan kawasan tertentu sahaja. Kini ia telah merebak ke seluruh P.Pinang. Dulu banjir sering menyerang kawasan sekitar Jalan P.Ramlee atau Counter Hall. Kini kawasan pesat pembangunan di Teluk Kumbar hingga ke lapangan Terbang Bayan Lepas habis dilanda banjir. Terkini berlaku banjir terhebat di Teluk Bahang.Ia paling teruk dalam jangka masa 20 tahun. Apa puncanya hingga ke tahap bencana ?

Seorang penduduk tempatan Encik Haris Hasmat telah berkali kali membuat aduan kepada pihak berkuasa Kerajaan negeri PP betapa pentingnya laluan keluar air ” CALVET” yang sempit di muka laut di tepi pantai Teluk Bahang dibina baru. Binaan calvet itu ketinggalan zaman kerana terlalu rendah  dan binaannya menghalang laluan air.Jika ada gangguan daripada batang batang kayu saluran tersebut  pasti tersumbat.Ini menyebabkan air sebak dan  berpatah balik. Begitu juga dengan sungai yang gagal dikawal selia dipenuhi sampah.Tidak ada usaha berjadual untuk memulihkan sungai Teluk Bahang dan Teluk Awak daripada muatan sampah sarap.

Mantan Pengerusi JKKM selama 7 tahun ( 2008-2015)  Encik Mohd Amin Noordin telah mencadangkan hal yang sama supaya calvet lama yang mengawal keluar masuk air di laluan ke laut  dibina dengan reka bentuk yang baru. Calvet kini telah usang. Binaan baru hendaklah  lebih tinggi  daripada jalan  dan bukaannya mestilah lebih luas.Ini membolehkan ia menerima muatan yang melanda. Menurutnya saranannya dari tahun 2008 dipandang sepi. Setiap kali hujan lebat berterusan ia menjadi masalah dan menimbulkan ketakutan kepada penduduk. Penduduk Teluk Bahang telah menderita kerugian  demi kerugian berulang kali akibat bencana pada bila bila masa apabila hujan di luar jangka.

Kita tunggu apakah tindakan dan reaksi positif sama ada daripada Kerajaan Negeri PP dan Kerajaan pusat untuk bekerjasama membantu rakyat. Bukan sekadar salah menyalahkan di antara satu sama lain.Banjir kini telah menjadi bencana yang mengancam kehidupan penduduk Teluk Bahang. Hal yang sebegini tidak pernah berlaku sebelumnya. Adakah ini disebabkan oleh kurang kepedulian dan kepekaan pihak berkuasa KN P.Pinang dan berlakunya pembangunan pinggiran bukit yang tidak terkawal ?

Adakah ini bermakna kita telah menoda  alam sekitar dengan rakusnya. Ini termasuk membotakkan bukit, memotong bukit,  mendirikan perumahan dengan banyaknya di lerang lerang bukit, menyempit dan menutup laluan sungai dan bersifat kejam terhadap alam sekitar.Justeru alam kini telah memberontak dan memberi amaran. Jika alam tidak dijaga secara beradab tunggulah bencana yang lebih besar bakal  menimpa kita dalam masa yang terdekat.

PENDUDUK BATU FERINGHI DILANDA BENCANA BANJIR – DI MANA IHSAN & TANGGUNG JAWAB SOSIAL KERAJAAN NEGERI PP & PENGUSAHA HOTEL & DLL UNTUK MEMBANTU !

BANJIR KILAT DI BATU FERINGHI DAN TELUK BAHANG PALING TERUK DALAM MASA 20 TAHUN – AIR MELEMPAH MENDADAK WAKTU ZOHOR RABU 20 JULAI 2016 -JALAN RAYA BERUBAH MENJADI SUNGAI !

Baru baru ini  banjir yang teruk dan  secara tiba tiba telah melanda penduduk Batu Feringhi di bahagian petempatan penduduk di sebelah bukit. Banjir yang menerpa secara mengejut itu telah memusnahkan peralatan rumah dan harta benda yang terletak di bahagian bawah rumah rumah mereka secara pukal.

En Shahul  Hamid atau lebih dikenali sebagai PAK MID pemilik PAK MID CAFE, sangat perihatin, empati dengan penderitaan mangsa mangsa banjir.Beliau berhasrat menggerakkan ikhtiar dan inisiatif untuk membantu.Beliau telah menubuhkan JAWATAN KUASA BERTINDAK UNTUK MEMBANTU MANGSA MANGSA BANJIR  yang telah berlaku seminggu sudah.

Menurut beliau para penduduk Batu Feringhi telah banyak berkorban dalam pembangunan industri pelancongan dan perhotelan. Tapak hotel hotel yang berkembang kini adalah  kampung halaman mereka yang asal di tepi pantai. Di situlah kediaman mereka yang terawal. Mereka dengan rela hati membuka laluan demi  kemajuan industri pelancongan negara di awal tahun 1970an. Mereka berundur dengan rela  dari pantai dan laut punca rezeki seharian mereka demi untuk memberi laluan kepada masa depan  kemajuan ekonomi negara yang lebih baik.

Kampung kampung nelayan di tepian pantai  telah ditinggalkan. Mereka telah dipindahkan ke kawasan baru di seberang jalan di pinggir bukit kini.

Hasil daripada  pengorbanan mereka itu hotel hotel telah dibina di atas tapak kediaman mereka yang asal.Kediaman yang dihuni  ratusan tahun sebelumnya. Implikasinya pihak pengusaha hotel,penggiat industri pelancongan dan kerajaan negeri P.Pinang sendiri telah mengaut keuntungan RM ribuan  juta. Bahkan menyediakan peluang pekerjaan kepada puluhan ribu orang. Kini Batu Feringhi telah menjadi destinasi pelancongan yang terkenal di peringkat  antarabangsa di atas pengorbanan para penduduk asal Batu Feringhi.

Kami berhasrat menggerakkan satu tabung membantu mangsa mangsa banjir di Batu Feringhi. Pengorbanan para nelayan dan penduduk asal yang membuka dimensi baru bagi  pertumbuhan ekonomi Batu Feringhi hendaklah dikenang. Pada hakikatnya  mereka tidak mendapat banyak hasil daripadanya. Kini mereka ditimjpa bencana menuntut sedikit tanggung jawab sosial untuk membantu mangsa mangsa banjir yang terlibat.

Kami memanjangkan penderitaan itu untuk disahut oleh semua pihak yang bersimpati terhadap penderitaan  mangsa mangsa banjir yang terperangkap dalam bencana ini. Jika kita boleh membantu mangsa mangsa banjir dan bencana lain di luar negara, diharap pihak pihak yang bertanggung jawab dapat membantu sesama  rakyat sendiri.

Tahniah atas kejayaan pihak yang bersimpati terhadap Ketua Menteri baru baru ini. Mereka  telah berjaya menggerakkan tabung yang mengumpul jumlah melebihi RM 1 juta dalam masa 24 jam  untuk membantu YAB CM Tuan Lim Guan Eng.

Kami menyeru kepada kerajaan negeri P.Pinang di bawah kepimpinan YAB Ketua Menteri PP Tuan Lim Guan Eng untuk menggerakkan tabung yang sama sebagai balasan atas sokongan rakyat yang telah menderma untuk mempertahankan integriti beliau yang digugat oleh SPRM.

Harap usaha yang murni untuk membantu mangsa mangsa banjir ini akan disambut dengan baik oleh terutamanya oleh Ketua Menteri PP, Exco exco, wakil wakil rakyat, Para pengusaha hotel dan siapa saja yang bersimpati dengan kerugian para penduduk Batu Feringhi yang ditimpa musibah selepas menyambut Idul Fithri.

SELAMAT MEMBANTU UNTUK MERINGANKAN PENDERITAAN MANGSA MANGSA BANJIR BATU FERINGHI !

 

 

 

 

 

PENUBUHAN PARTI BARU ALA UMNO – MEWAKILI KEPENTINGAN MELAYU- BUMIPUTERA -RAKYAT TERBEBAN DI MALAYSIA !

1MDB-Sungai-Besi

Penubuhan parti baru tajaan Tun Mahathir dan mantan para pemimpin tertinggi UMNO (mereka yang dipecat oleh MKT UMNO di bawah kepresidenan DS Najib) akan menjadi kenyataan. Mengapa mereka bertekad menubuhkan parti baru ? Mereka dipecat dan dinyah keluar secara paksa kerana kuat mengecam penyelewengan dan rasuah yang membarah dalam UMNO terutama melibatkan skandal 1 MDB. 1MDB syarikat tajaan kerajaan di bawah Kementerian Kewangan terlibat dengan tanggungan hutang melebihi  RM 5O, OOO,OOO,OOO juta atau 50 Bilion.Hutang ini terbeban atas  negara. Sudah pasti terpikul atas rakyatnya.

Mereka yakin UMNO telah  tersasar jauh daripada matlmat perjuangan asal demi untuk agama, bangsa dan negara.  UMNO  telah diselewengkan oleh para pemimpin atasannya dalam pergelutan mempertahan diri, kroni dan elit istimewa. Golongan ini menubuhkan parti baru untuk mengembalikan perjuangan parti kembali di atas landasan yang betul. UMNO dipimpin oleh pemimpin yang telus dan berAMANAH. Ini  sebagaimana yang diperjuangkan oleh para pemimpin UMNO era sebelum dasar penswastasaan dan pengkorpratan. Zaman di mana kerajaan dan parti tidak mengabaikan tanggung jawab sosial yang besar terhadap rakyatnya. Malahan menjaga hak hak rakyat  dan kepentingan aset negara dengan sesungguhnya.

Ikuti kenyataan di bawah oleh pemimpin akar umbi UMNO yang telah dipecat. Bagaimana beliau mencerap,memahami  apa yang berlaku pada parti keramat ini sesudah teruk ternoda :

PARTI BARU TAJAAN TUN M DENGAN RESTU PH COMING SOON !

FB_IMG_1468549094855

PENUBUHAN PARTI BARU AKAN JADI KENYATAAN

AMARAN MAHATAHIR KEPADA PAS : JANGAN SERANG KAMI

7a9aed3e0fbcb56a523d80e923983173

Gambar di atas menjadi bukti bahawa  parti baru mirip UMNO tajaan Tun Dr M akan tertubuh dalam masa terdekat. Parti itu direstui PAKATAN HARAPAN untuk memantapkan lagi permuafakatan pembangkang yang tergugat angkara pengunduran PAS akibat pertelagahannya dengan DAP.

Komen Mukhriz Mahathir :

“Keputusan yang dinanti adalah satu pilihan terbaik daripada kami sebagai ahli parti yang dipecat.Kami bukan keluar parti tetapi dipecat ianya cukup berbeza.Lagi pun sebagai pemimpin kami kena fikirkan halatuju baru sebagai langkah mengukuhkan kedudukan ,disamping memikul tanggung jawab yang diamanhkan rakyat”

57d1b391465b721c4d1404f7881a91d0

DS KHAIRUDDIN ABU HASSAN :” Parti baru ini penting,jika kita berjaya menghapuskan semua pemimpin rasuah dalam UMNO kita semua boleh kembali dan merombaknya.Hakikatnya UMNO masih boleh diselamatkan.

Parti tersebut berasaskan :

* Parti baru mirip UMNO yang dianggotai bekas bekas    ahli UMNO – Melayu yang tidak berpuas hati dengan    UMNO kini

* Peluang tubuhkan cawangan  parti yang tersekat di      bawah UMNO kini dan mempromosikan & menam      pung pemimpin bermaruah dan berkualiti

*Parti mewakili bumiputra  setelah UMNO dirosakkan  oleh nepotisme, rasuah dan kronisme

*Tidak bersaing dengan PKR, AMANAH dan DAP

*Berkerjasama dengan PH demi SELAMATKAN   MALAYSIA daripada kehancuran tadbir urus             negara yang terburuk sepanjang 60 tahun.

ANINA SAADUDIN : Kita mempunyai sebuah parti pelbagai kaum PKR, parti berasaskan agama PAS, parti untuk China DAP, MCA  dan India  MIC.

Kita tak mempunyai parti untuk kaum bumiputera selepas UMNO telah rosak. Entiti baru perlu menjadi parti yang berjuang untuk rakyat.Ia tidak seharusnya mengulangi kesilapan UMNO terutamanya amalkan nepotisme.

Tidak ada kedudukan yang diwarisi sama ada anak anak presiden,sepupu, adik beradik melainkan mereka yang benar benar berwibawa untuk membawa perubahan politik.

PARTI PERLU MELANGKAH KELUAR DARI FALSAFAH FEUDAL