STRATEGI & TINDAKAN RAKYAT MELAYU PP : LANGKAH LANGKAH MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA MENJADI MANGSA PEMBANGUNAN RAKUS !

13178785_641823205966737_28994228734813784_n

Perkembangan mutakhir menunjukkan Melayu kian tersingkir daripada arus pembangunan hebat yang tersangat pesat kini.Dalam masa 8 tahun kerajaan PAKATAN RAKYAT /PAKATAN HARAPAN memerintah tak kelihatan dasar dasar positif yang menyerlah untuk membela peningkatan sosio ekonomi rakyat kelas bawahan.

Apa yang sangat ketara ialah kelulusan projek mewah yang ditahan BN diluluskan dengan segera. Jalan di sepanjang TANJONG TOKONG berubah dengan ketara dengan naiknya bangunan pencakar langit. Lebih dasyat lagi di atas bangunan ada bangunan.

Kelawai termasuk Bagan Jermal/ Gurney Drive telah menuju pembangunan yang kita tidak dapat bayangkan.

Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Batu Maung sedang mengepung penduduk di kampung kampung tradisi sebagai signal semuanya akan di sapu habis dalam masa 10 tahun. Dalam ruang ruang pembangunan itu tidak nyata di manakan bahagian rakyat.Memang sedap didengar kata kata indah bahawa GLOBALISASI menyebarluaskan ekonomi.

Ia bukan menyempitkannya untuk golongan tertentu sahaja. Globalisasi mencipta peluang kerja kepada rakyat bukan menghalau mereka daripada kawasan persekemakmuran.Peluang ekonomi akan lebih pesat dan terbuka menerusinya. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Semakin banyak pendapatan kerajaan daripada sektor pembangunan semakin kurang tanggung jawab sosial rakyat kepada warganya.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *