MELONJAKKAN MASAKAN MELAYU P.PINANG SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN

SENI KULINARI MELAYU PULAU PINANG: STRATEGI   MEMPROMOSIKANNYA DALAM SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI MASAKAN MERENTASI  MULTI BUDAYA 

MELAYU P.PINANG/ JAWI PERANAKAN/JAWI PEKAN MEMANG TERKENAL DENGAN MENU MASAKAN YANG MENGUJAKAN. DARI MASAKAN , MINUMAN, PENCUCI MULUT, KUIH MUIH, MASAKAN HARIAN BIASA , MASAKAN KENDURI KENDARA, MASAKAN ARAB, INDIA, CHINA , MELAYU ASLI, BARAT DAN SEBAGAINYA.

BILA DISEBUT MELAYU P.PINANG IA BUKAN BERERTI MAMAK. MEMANG MEREKA LAHIR DARIPADA HASIL PERKAHWINAN CAMPUR. BUKAN DENGAN INDIA MUSLIM DARI SELATAN INDIA SAHAJA. ADA PERKAHWINAN CAMPUR DI ANTARA IBU MELAYU DENGAN INDIA UTARA, ARAB, PAKISTAN, BENGGALI DLL. PALING RAMAI DENGAN INDIA MUSLIM. NAMUN MEREKA MENYERAP LEBIH BANYAK BUDAYA MELAYU BERBANDING DENGAN INDIA MUSLIM.

CONTOHNNYA MASAKAN INDIA MUSLIM TERLALU PEKAT DENGAN REMPAH. DALAM MASAKAN JAWI PERANAKAN RAMUANNYA DISEDERHANAKAN. MASAKAN DITAMBAH DENGAN REMPAH REMPAH MELAYU SEPERTI ASAM GELUGOR, SERAI, LENGKUAS, DAUN PANDAN DSBNYA. KAWASAN KEDIAMAN MEREKA MELIPUTI AIR ITAM, KAMPUNG BARU, KAMPUNG DODOL, SUNGAI PINANG, JELUTONG, KAMPUNG MAKAM, KELAWAI, GELUGOR, BATU UBAN DAN KAWASAN KAWASAN PUSAT BANDAR TANHJONG. MEREKA MEMBENTUK BUDAYA TERSENDIRI DAN PERKARA INI BOLEH DILIHAT DALAM SENI MASAKAN.

APAKAH MENU YANG ADA DALAM KULINARI MELAYU P.PINANG ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *