TOLONG JAWAB SOALAN INI

FB_IMG_1466504480733

Akhir akhir MBPP Majlis Bandaraya P.Pinang bertindak sangat ganas merampas dan merobohkan gerai gerai penjaja tanpa notis dan belas kesihan langsung. Mereka ibarat pengganas jalanan. Lebih tepat mereka merampas barang modal penjaja dan memusnahkan perniagaan yang baru bertunas hingga habis tanpa amaran dan notis lagi.penang5

Baru baru di bulan Ramadzan yang mulia penguatkuasa MBPP telah merobohkan gerai gerai sementara dekat dengan Masjid Bayan Baru.Tindakan meroboh  ini tidak akan dipersoalkan jika berjalan secara menyeluruh dan tidak double standard.Contohnya beranikah MBPP bertindak meroboh  tokong tokong haram yang bercambah didirikan di tepi tepi jalan,tepi pantai dan  termasuk di depan traffic light ?

Bernikah MBPP bertindak ke atas penjaja penjaja yang menutup jalan di Pasar Chowrasta, Air Itam, Kampung Pulau, New Lane dll ?Mengapa ini tidak dilakukan ? Adakah mereka takut kepada para pemimpin China dan India yang teguh mempertahankan kaumnya dan mempunyai bisa di peringkat lokal dan dalam kerajaan untuk menghadapi dan menundukkan MBPP dengan pelbagai mekanisme dan cara ?

Yang banyak menjadi mangsa ialah gerai gerai Melayu dan premis bumiputera. Kenapakah terjadinya demikian ? Manakah suara dan pendirian para pemimpin Melayu dalam KN P.Pinang untuk mempertahankan perniagaan bumiputera yang baru tumbuh sebelum mempunyai keupayaan untuk membeli bangunan dan berniaga di dalamnya.

Jika mereka tidak boleh berbuat sesuatu untuk bangsanya, untuk pengundinya  apa gunanya mereka menjadi pemimpin dan memegang jawatan. Apa pembelaan  mereka  terhadap rakyat bawahan ?Rekod menunjukkan tidak ada sebarang  pembelaan yang mereka lakukan. Syabas kepada P. Ramasamy TKM 2 kerana berjaya memperthankan hak hak kaumnnya di kampung Buah Pala walau pun kes itu kalah di mahkamah.

Pemimpin Melayu dalam KN P.Pinang kini tidak ada sebarang  solution, pembaharuan atau break through yang mereka buat untuk mengatasi masalah rakyat yang berhadapan dengan tindakan pihak  berkuasa yang tidak bertimbang rasa. Apa tindakan mereka dalam kerajaan negeri jika asyik berdiam diri sahaja ? Tidak ada sebarang kenyataan yang menyenangkan daripada mereka untuk rakyat yang teraniaya.

Hendaklah disedari mereka   adalah rakyat yang mencari rezeki di jalanan akibat himpitan hidup dibandar demi menyara kehidupan sempit  keluarga ? Jika mereka tidak rebut peluang perniagaan di bandar mereka akan  dituduh malas, bodoh dan tidak berani hadapi cabaran hidup.

Di Batu Feringhi perniagaan penduduk asalnya yang berakar umbi puluhan tahun dibuldoz, diganasi tanpa notis, budi bicara dan rundingan untuk mendapat  sebarang pampasan.Adakah ini kerana adanya tekanan daripada para pemilik hotel yang baru mendirikan premis mereka di hadapan pantai ?

Bagaimana dengan hotel yang mengawal pantai, bahagian laut dihadapannya seperti milik mereka. Trend kini menunjukkan kerajaan dan agensinya lebih cenderong  menatang pihak pemodal dan kapitalis daripada perihatin terhadap kehidupan rakyatnya.  Apa jua yang dilakukan oleh pemilik besar didiamkan walau pun menutup dan  mengawal pantai yang dulunya milik awam.

Apakah rakyat tidak ada sebarang hak di negerinya sendiri apabila pantai pantai milik awam semakin ditutup apabila hotel didirikan  hampir sangat dengan pantai. Realitinnya rakyat hanya penting untuk masa masa tertentu sahaja seperti  menjelang pilihanraya. Lepas itu mereka tidak dipeduli lagi dan dianggap sebagai sampah.

Kerajaan adalah milik semua dan harus bertanggung jawab utuk kesemua rakat jelata tanpa pilih kasih dengan mementingkan  kaum, parti dan golongan istimewa sahaja. Undang undang wajib ditegakkan secara  merata bukannya ditujukan kepada golongan tertentu sahaja secara bersiri.

Pembangunan mesti seimbang dan membuka peluang kepada semua bukannya menghalau mereka daripada kawasan kemakmuran yang dimonopoli oleh segelintir pemodal secara leluasa. Inilah realiti yang harus difahami, dibuka mata oleh para pemimpin di atas. Mereka harus  melihat ke bawah dengan peka, mengamati dengan mata yang cerah.

Kita perhatikan kaum China lebih bersatu dan mempunyai semangat membela bangsanya yang tinggi dan tangguh. Mereka teguh membela kaum bangsanya bila dilanda masalah. Ketua ketua mereka akan ke depan mendepani  masalah dan berani berunding atau sanggup memberi kata dua sebelum apa apa tindakan dibuat ke atas anak buahnya. Mereka berani berkata  JUMPA dan BERHUBUNG DENGAN  TAIKO atau KETUA KAMI DAHULU, sebelum masuk ke kawasan kami. Jangan buat sewenang wenang mengganasi di kawasan kami.

Bagaimana dengan ahli ahli politik kita ?  Jika ahli politik yang berkuasa tetapi selalu berkata  TIDAK untuk perkara yang ia boleh dengan menggunakan kuasanya, itu seperti pendirian seorang kaki tangan kerajaan sahaja.

Lihat apa kata Menteri Besar NS Datuk Haji Muhammad Hassan dalam arahannya kepada Majlis Perbandaran Seremban. Jangan roboh  gerai gerai orang yang berniaga di bulan Ramadzan dengan sesuka hati. Beri peraturan kepada mereka untuk diikuti. Itulah tindakan yang berhemah daripada orang politik apabila kuasa dipergunakan dengan betul dan  bertimbang rasa.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *