MAJLIS MEMPERINGATI KEMANGKATAN SHEIKH DADA PENDEKAR P.PINANG YANG KE 69

DADA.jpg MUDA

SHEIK DADA KETIKA REMAJA

Sheikh DADA

SHEIK DADA MENGINJAK KE USIA DEWASA

FB_IMG_1465819755561

Beliau meninggal dunia pada 6 hb Jun 1947 di rumahnya di Jalan Petani Sungai Pinang.

Sheikh DADA  Nama sebenar Sheikh Gulameah bin Sheik Ahmad Meah (1905 – 1947) PENDEKAR PP

Majlis memperingati berpulangnya Allahyarham Sheikh Dada atau nama sebenarnya Sheikh Gulameah bin Sheikh Ahmad Meah telah berlangsung semalam di masjid Sheikh Yusoff, Sabtu 4 Jun 2016. Bermula selepas waktu zohor dan berakhir kira kira jam 5 petang. Siapakah DADA (1905 -1947).

Beliau adalah pengasas SENI SILAT MELAYU P.PINANG atau Seni Silat Pelaga dan lebih dikenali dikenali Seni Silat Petir. Itulah nama yang DADA berikan semasa hayatnya kepada murid murid terawal. Itulah nama yang disebut dalam manuskrip  yang beliau tinggalkan.

PERJUMPAAN DADA

Majlis ini sangat istimewa. Majlis pada hari ini telah mempertemukan sahabat sahabat lama daripada perguruan silat yang diasaskan oleh Sheikh DADA. Kira kira 70 orang telah hadir.

Majlis ini sangat bersejarah kerana berjaya membawa 2 orang murid tua Allah yarham. Seorang bernama Amir Hamzah, berusia 92 tahun dan seorang lagi Bidin Star berusia hampir 90 tahun.

Kemuncak ialah ucapan AMIR HAMZAH :

Jangan sebut permainan ini permainan Sahak Kastam, permainan Yahaya, permainan Pak Mat Hamdan.Sebut ini permainan DADA kerana ini permainan datang daripada DADA. Dada yang ajar dan turunkan permainan ini untuk kita.Ini saja cara satukan anak anak murid semua.

20160604_152945

Dari kiri BIDIN STAR, Che Bakar Tg Tokong, Mustafa, AMIR HAMZAH( 90 tahun).20160604_145835

PAK BIDIN STAR

20160604_145831

INILAH WAJAH AMIR HAMZAH MURID TUA ALLAHYARHAM DADA,BERUSIA 92 th (lahir 1924)

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *