CM LIM GUAN ENG BALAS PERTUDUHAN RASUAH DENGAN PUISI PERJUANGAN !

c7b33504e1042d18bb5a3501b12711ae (1)

ILTIZAM KU INI

BARISAN NASIONAL  boleh dakwa saya !

Mampukah mereka membunuh iltizam saya ?

Tekad membebaskan Malaysia daripada RASUAH !

BN boleh memangsakan menjadikan  saya susah

Mampukah mereka meleburkan semangat waja saya?

Membebaskan saya daripada mereka

Para   perompak masa depan anak cucu kita

BN boleh aibkan saya

Bila bila suka suka tahan saya dalam rumah mereka

Sekali kali mereka tak akan berjaya

Tukar HITAM jadi PUTIH

Tidak akan  berjaya ubah

MUNGKAR jadi MAKRUF

MAKRUF jadi MUNGKAR !

Biar saya mati berdiri

Daripada hidup melutut

Kepada para pendusta,

Punca mungkar akhbar , krisis  terbesar, 1 MDB

Skandal Pecah Amanah bertaraf MEGA di dunia

Tangan tangan perobek   integriti negara

Mencemarkan  keharuman nama baik  Malaysia

Pekong yang  membusuk  di mata dunia !

Angkara pemimpin terdesak,

Kemarukan kuasa, tamak haloba

Berbuat apa saja

Demi DIRI dan KRONI !

lge_arrivecourt3006a_620_413_100

 

 

PECAH BERITA : CM LIM GUAN ENG DITANGKAP SPRM ATAS TUDUHAN RASUAH

lge arrest newpic

Beliau diiring keluar oleh para pegawai SPRM  dari PEJABAT KETUA MENTERI TINGKAT 28 KOMTAR pada hari ini, Rabu 29 Jun 2016,  kira kira jam 5.30 pm. YAB Ketua Menteri P.Pinang di bawa ke pejabat SPRM di Jalan Sultan Ahmad Shah untuk ditahan di sana. Pada keesokannya, Khamis 30 Jun 2016 akan dihadapkan di mahkmah  Sesyen P.Pinang atas  pertuduhan rasuah.

Chow-Kon-Yeow-taman-manggis-1

Sebelum keluar dari pejabat sempat berpesan kepada exco kanan Chow Kon Yow agar kuatkan semangat hadapi cabaran. CHOW bakal ambil alih tugas CM dengan ketiadaan LGE yang  menghadapi pertuduhan tersebut.

GEORGE TOWN, 29 Jun -- Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) kira-kira 6.30 petang tadi. --fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA
GEORGE TOWN, 29 Jun — Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabatnya di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) kira-kira 6.30 petang tadi.
–fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

 

 

SEJARAH BERGAMBAR MENELUSURI PARA PEMIMPIN TERAWAL MELAYU P.PINANG !

LEBOH ACEH MENYAMPAN SEJARAH PP YANG AWAL

acheen-street-2

Di antara pemimpin terawal Melayu P.Pinang ialah Tengku Syed Hussein Aidid, Shaikh Omar Al Bashir dan beberapa tokoh yang menghiasi zaman. Sebelumnya ialah Datuk Jenaton, Datuk Nakhoda Nan Intan dan Datuk Nakhoda Kecil. Kenali tokoh ,kenali sejarah kita. Tanpa mengenali mereka kita akan hilang jejak sejarah. Ia menjadikan bangsa ini kosong sejarah dan hilang jatidiri di bumi sendiri.

Sheikh Omar Al Bashir  mufti P.Pinang yang pertama. Tokoh yang mendamaikan perselisihan kaum antara bendera merah dan bendera putih pada tahun 1862.

pic01

STRATEGI & TINDAKAN RAKYAT MELAYU PP : LANGKAH LANGKAH MENYELAMATKAN DIRI DARIPADA MENJADI MANGSA PEMBANGUNAN RAKUS !

13178785_641823205966737_28994228734813784_n

Perkembangan mutakhir menunjukkan Melayu kian tersingkir daripada arus pembangunan hebat yang tersangat pesat kini.Dalam masa 8 tahun kerajaan PAKATAN RAKYAT /PAKATAN HARAPAN memerintah tak kelihatan dasar dasar positif yang menyerlah untuk membela peningkatan sosio ekonomi rakyat kelas bawahan.

Apa yang sangat ketara ialah kelulusan projek mewah yang ditahan BN diluluskan dengan segera. Jalan di sepanjang TANJONG TOKONG berubah dengan ketara dengan naiknya bangunan pencakar langit. Lebih dasyat lagi di atas bangunan ada bangunan.

Kelawai termasuk Bagan Jermal/ Gurney Drive telah menuju pembangunan yang kita tidak dapat bayangkan.

Teluk Kumbar, Bayan Lepas, Batu Maung sedang mengepung penduduk di kampung kampung tradisi sebagai signal semuanya akan di sapu habis dalam masa 10 tahun. Dalam ruang ruang pembangunan itu tidak nyata di manakan bahagian rakyat.Memang sedap didengar kata kata indah bahawa GLOBALISASI menyebarluaskan ekonomi.

Ia bukan menyempitkannya untuk golongan tertentu sahaja. Globalisasi mencipta peluang kerja kepada rakyat bukan menghalau mereka daripada kawasan persekemakmuran.Peluang ekonomi akan lebih pesat dan terbuka menerusinya. Namun apa yang berlaku sebaliknya. Semakin banyak pendapatan kerajaan daripada sektor pembangunan semakin kurang tanggung jawab sosial rakyat kepada warganya.

 

 

LATEST NEWS ABAOUT DS ANWAR IBRAHIM-BERITA DAN SOSOK TERKINI DSAI

DS ANWAR IBRAHIM PAGI TADI BERADA DI MAHKAMAH SYARIAH KUALA LUMPUR.BELIAU MENGUCAPKAN SALAM KEPADA KITA SEMUA . SALUT UNTUK PEMIMPIN BESAR TARAF DUNIA YANG SEDIA BERKORBAN DEMI MASA DEPAN MALAYSIA YANG LEBIH CERAH DAN ADIL ! PEMIMPIN SEBENAR YANG SEDIA MENGAMBIL RISIKO DEMI NEGARA TERCINTA  DAN KEADILAN RAKYAT MALAYSIA. SESUNGGUHNYA RAKYAT KEHILANGAN PEMIMPIN SEJATI INI !

MELONJAKKAN MASAKAN MELAYU P.PINANG SEBAGAI PRODUK PELANCONGAN

SENI KULINARI MELAYU PULAU PINANG: STRATEGI   MEMPROMOSIKANNYA DALAM SEKTOR PELANCONGAN SEBAGAI MASAKAN MERENTASI  MULTI BUDAYA 

MELAYU P.PINANG/ JAWI PERANAKAN/JAWI PEKAN MEMANG TERKENAL DENGAN MENU MASAKAN YANG MENGUJAKAN. DARI MASAKAN , MINUMAN, PENCUCI MULUT, KUIH MUIH, MASAKAN HARIAN BIASA , MASAKAN KENDURI KENDARA, MASAKAN ARAB, INDIA, CHINA , MELAYU ASLI, BARAT DAN SEBAGAINYA.

BILA DISEBUT MELAYU P.PINANG IA BUKAN BERERTI MAMAK. MEMANG MEREKA LAHIR DARIPADA HASIL PERKAHWINAN CAMPUR. BUKAN DENGAN INDIA MUSLIM DARI SELATAN INDIA SAHAJA. ADA PERKAHWINAN CAMPUR DI ANTARA IBU MELAYU DENGAN INDIA UTARA, ARAB, PAKISTAN, BENGGALI DLL. PALING RAMAI DENGAN INDIA MUSLIM. NAMUN MEREKA MENYERAP LEBIH BANYAK BUDAYA MELAYU BERBANDING DENGAN INDIA MUSLIM.

CONTOHNNYA MASAKAN INDIA MUSLIM TERLALU PEKAT DENGAN REMPAH. DALAM MASAKAN JAWI PERANAKAN RAMUANNYA DISEDERHANAKAN. MASAKAN DITAMBAH DENGAN REMPAH REMPAH MELAYU SEPERTI ASAM GELUGOR, SERAI, LENGKUAS, DAUN PANDAN DSBNYA. KAWASAN KEDIAMAN MEREKA MELIPUTI AIR ITAM, KAMPUNG BARU, KAMPUNG DODOL, SUNGAI PINANG, JELUTONG, KAMPUNG MAKAM, KELAWAI, GELUGOR, BATU UBAN DAN KAWASAN KAWASAN PUSAT BANDAR TANHJONG. MEREKA MEMBENTUK BUDAYA TERSENDIRI DAN PERKARA INI BOLEH DILIHAT DALAM SENI MASAKAN.

APAKAH MENU YANG ADA DALAM KULINARI MELAYU P.PINANG ?

TOLONG JAWAB SOALAN INI

FB_IMG_1466504480733

Akhir akhir MBPP Majlis Bandaraya P.Pinang bertindak sangat ganas merampas dan merobohkan gerai gerai penjaja tanpa notis dan belas kesihan langsung. Mereka ibarat pengganas jalanan. Lebih tepat mereka merampas barang modal penjaja dan memusnahkan perniagaan yang baru bertunas hingga habis tanpa amaran dan notis lagi.penang5

Baru baru di bulan Ramadzan yang mulia penguatkuasa MBPP telah merobohkan gerai gerai sementara dekat dengan Masjid Bayan Baru.Tindakan meroboh  ini tidak akan dipersoalkan jika berjalan secara menyeluruh dan tidak double standard.Contohnya beranikah MBPP bertindak meroboh  tokong tokong haram yang bercambah didirikan di tepi tepi jalan,tepi pantai dan  termasuk di depan traffic light ?

Bernikah MBPP bertindak ke atas penjaja penjaja yang menutup jalan di Pasar Chowrasta, Air Itam, Kampung Pulau, New Lane dll ?Mengapa ini tidak dilakukan ? Adakah mereka takut kepada para pemimpin China dan India yang teguh mempertahankan kaumnya dan mempunyai bisa di peringkat lokal dan dalam kerajaan untuk menghadapi dan menundukkan MBPP dengan pelbagai mekanisme dan cara ?

Yang banyak menjadi mangsa ialah gerai gerai Melayu dan premis bumiputera. Kenapakah terjadinya demikian ? Manakah suara dan pendirian para pemimpin Melayu dalam KN P.Pinang untuk mempertahankan perniagaan bumiputera yang baru tumbuh sebelum mempunyai keupayaan untuk membeli bangunan dan berniaga di dalamnya.

Jika mereka tidak boleh berbuat sesuatu untuk bangsanya, untuk pengundinya  apa gunanya mereka menjadi pemimpin dan memegang jawatan. Apa pembelaan  mereka  terhadap rakyat bawahan ?Rekod menunjukkan tidak ada sebarang  pembelaan yang mereka lakukan. Syabas kepada P. Ramasamy TKM 2 kerana berjaya memperthankan hak hak kaumnnya di kampung Buah Pala walau pun kes itu kalah di mahkamah.

Pemimpin Melayu dalam KN P.Pinang kini tidak ada sebarang  solution, pembaharuan atau break through yang mereka buat untuk mengatasi masalah rakyat yang berhadapan dengan tindakan pihak  berkuasa yang tidak bertimbang rasa. Apa tindakan mereka dalam kerajaan negeri jika asyik berdiam diri sahaja ? Tidak ada sebarang kenyataan yang menyenangkan daripada mereka untuk rakyat yang teraniaya.

Hendaklah disedari mereka   adalah rakyat yang mencari rezeki di jalanan akibat himpitan hidup dibandar demi menyara kehidupan sempit  keluarga ? Jika mereka tidak rebut peluang perniagaan di bandar mereka akan  dituduh malas, bodoh dan tidak berani hadapi cabaran hidup.

Di Batu Feringhi perniagaan penduduk asalnya yang berakar umbi puluhan tahun dibuldoz, diganasi tanpa notis, budi bicara dan rundingan untuk mendapat  sebarang pampasan.Adakah ini kerana adanya tekanan daripada para pemilik hotel yang baru mendirikan premis mereka di hadapan pantai ?

Bagaimana dengan hotel yang mengawal pantai, bahagian laut dihadapannya seperti milik mereka. Trend kini menunjukkan kerajaan dan agensinya lebih cenderong  menatang pihak pemodal dan kapitalis daripada perihatin terhadap kehidupan rakyatnya.  Apa jua yang dilakukan oleh pemilik besar didiamkan walau pun menutup dan  mengawal pantai yang dulunya milik awam.

Apakah rakyat tidak ada sebarang hak di negerinya sendiri apabila pantai pantai milik awam semakin ditutup apabila hotel didirikan  hampir sangat dengan pantai. Realitinnya rakyat hanya penting untuk masa masa tertentu sahaja seperti  menjelang pilihanraya. Lepas itu mereka tidak dipeduli lagi dan dianggap sebagai sampah.

Kerajaan adalah milik semua dan harus bertanggung jawab utuk kesemua rakat jelata tanpa pilih kasih dengan mementingkan  kaum, parti dan golongan istimewa sahaja. Undang undang wajib ditegakkan secara  merata bukannya ditujukan kepada golongan tertentu sahaja secara bersiri.

Pembangunan mesti seimbang dan membuka peluang kepada semua bukannya menghalau mereka daripada kawasan kemakmuran yang dimonopoli oleh segelintir pemodal secara leluasa. Inilah realiti yang harus difahami, dibuka mata oleh para pemimpin di atas. Mereka harus  melihat ke bawah dengan peka, mengamati dengan mata yang cerah.

Kita perhatikan kaum China lebih bersatu dan mempunyai semangat membela bangsanya yang tinggi dan tangguh. Mereka teguh membela kaum bangsanya bila dilanda masalah. Ketua ketua mereka akan ke depan mendepani  masalah dan berani berunding atau sanggup memberi kata dua sebelum apa apa tindakan dibuat ke atas anak buahnya. Mereka berani berkata  JUMPA dan BERHUBUNG DENGAN  TAIKO atau KETUA KAMI DAHULU, sebelum masuk ke kawasan kami. Jangan buat sewenang wenang mengganasi di kawasan kami.

Bagaimana dengan ahli ahli politik kita ?  Jika ahli politik yang berkuasa tetapi selalu berkata  TIDAK untuk perkara yang ia boleh dengan menggunakan kuasanya, itu seperti pendirian seorang kaki tangan kerajaan sahaja.

Lihat apa kata Menteri Besar NS Datuk Haji Muhammad Hassan dalam arahannya kepada Majlis Perbandaran Seremban. Jangan roboh  gerai gerai orang yang berniaga di bulan Ramadzan dengan sesuka hati. Beri peraturan kepada mereka untuk diikuti. Itulah tindakan yang berhemah daripada orang politik apabila kuasa dipergunakan dengan betul dan  bertimbang rasa.

 

EKONOMI PELANCONGAN : ANTARA MELAKA DENGAN P.PINANG SIAPA LEBIH KE DEPAN

  

P.PINANG DIKENALI SEBAGAI PEARL OF THE ORIENT. SUMBER PENDAPATAN KN SEKARANG IALAH DALAM SEKTOR PELANCONGAN.MELAKA PUN BEGITU. SAMA SAMA BERSAING UNTUK MENJADI DESTINASI PELANCONGAN YANG AMAT MENARIK.

P.PINANG LEBIH BERUNTUNG KERANA IA MENJADI PINTU MASUK UTAMA DARI SEBELAH UTARA, MEMILIKI PANTAI YANG CANTIK, MEMILIKI TAMAN NEGARA DALAM BANDAR RAYANYA, BUKIT BUKAU YANG MEMUKAU, KEMUDAHAN HOTEL BERTARAF ANTARA BANGSA, PROJEK PERUMAHAN MEWAH DI PINGGIR BUKIT DAN MENGADAP KE LAUT, PUSAT PELBAGAI PEMAKANAN TARIKAN DUNIA  DAN SEBAGAINYA.

MELAKA DENGAN SERBA KEKURANGAN TELAH MEMPERKENAL TARIKAN PELANCONGAN BARU BERNILAI SEJARAH. SALAH SATUNYA IA TELAH MENGHIDUPKAN SEMULA LALUAN DI SUNGAI MELAKA YANG PENUH DENGAN TANDA DAN MAKNA SEJARAH. SUNGAI YANG DULUNYA KOTOR, BERKELADAK DAN HITAM AIRNYA TELAH DIPULIHKAN. KINI BOLEH DILALUI OLEH BOT-BOT PELANCONGAN. IA MENJADI DAYA PENARIK YANG MENGGAMIT PELANCONG.

SUNGAI MELAKA DULU

P.PINANG JUGA MEMILIKI SUNGAI UTAMA YANG BERSEJARAH IAITU SUNGAI PINANG. TIMBUL TANDA  TANYA MENGAPAKAH KN P.PINANG TIDAK MENGHIDUPKANNYA SEMULA SEBAGAIMANA MELAKA ?

SUNGAI ITU KINI BOLOEH DILALUI DENGAN SELESA OLEH BOT/TEKSI AIR

BAGAIMANA DENGAN SUNGAI PINANG ,SUNGAI UTAMA DI PULAU PINANG, TIDAKKAH IA BOLEH DIBANGUNKAN SEMULA UNTUK MENJADI LALUAN PEKANCONGAN YANG HEBAT SEPERTI MELAKA ?

KERJA KERJA PEMULIHAN SUNGAI PINANG SEDANG DIJALANKAN. PEMULIHANNYA BOLEH MENCAPAI TAHAP YANG MEMBANGGAKAN. BELUM BERUBAH MENJADI  SUNGAI YANG SEHAT DAN BERDAYA MAJU SEBAGAI DESTINASI TARIKAN PELANCONGAN. KN YANG MENGAMBIL ALIH TERAJU PEMERINTAHAN DARIPADA UMNO -BARISAN NASIONAL TERPAKSA MEMIKUL TANGGUNG JAWAB YANG BERAT DISEBABKAN PENGABAIAN YANG BEGITU LAMA DARIPADA KERAJAAN SEBELUMNYA (1957-2008)

APA YANG TERJADI PADA SUNGAI SINGAPURA KINI ?

BOLEHKAH PULAU PINANG MENUKAR SUASANA MENJADIKAN SUNGAI PINANG SUNGAI KEBANGGAN KITA  ?

KAMPUNG KAMPUNG MELAYU PUPUS ANGKARA SIAPA ?

 

DI BAWAH INI 26 BUAH KAMPUNG DI P.PINANG DAN SEBERANG PRAI  YANG TELAH DAN BAKAL LENYAP. BERLAKU SECARA TERANCANG HASIL DARIPADA PROSES PEMBANGUNAN KOMERSIAL YANG MARAK DAN MELAMBONGNYA HARGA TANAH DI P.PINANG ! APAKAH LANGKAH STRATEGIK UNTUK SELAMATKANNYA ?

  1. Kg Permatang Tok Subuh
  2. Kg Buah Pala
  3. Kg Pokok Assam,Jelutong
  4. Kg Dodol
  5. Kg Binjal
  6. Kg Batu Uban
  7. Kg Tanjung Tokong
  8. Kg Bagan Dalam
  9. Kg Permatang Tepi Laut                                                                                    
  10. Batu Maung
  11. Kg Pulau Jelutong
  12. Kg Lima Kongsi,
  13. Sungai Bakap
  14.  Kampung Teluk Kumbar
  15.  Kampung Dalca
  16.  Kampung Sungai Nibong Kechil
  17.  Kampung Tengah Jelutong
  18. Kampung Terang Balik Pulau
  19. Kampung Genting,Balik Pulau
  20. Kampung Pondok Upeh, Balik Pulau
  21. Kampung Padang Benggali, Permatang Pauh
  22. Teluk Air Tawar
  23. Kg Gagah, Bagan
  24. Kg Nelayan, Teluk Kumbar
  25. Kg Selut Sg Pinang
  26. Kg Siam, Pulau Tikus.
  27. Kg Mutiara, Batu Feringghi

MARAKNYA PENJARAHAN/EKSPLOITASI EKONOMI: TELUK KUMBAR BAKAL TINGGAL KENANGAN

BALIK PULAU BAYAN LEPAS SANA TERPELAHAU SINI TERLEPAS    

                              LIHATLAH APA YANG SEDANG BERLAKU DARI                                 TELUK KUMBAR KE TELOK BAHANG 

ORANG DULU DULU PERNAH MERAMAL APA YANG BAKAL TERJADI KEPADA BUMIPUTERA , PENDUDUK ASAL  DAN MELAYU P.PINANG AKIBAT PENJAJAHAN. KINI KITA TELAH MERDEKA LEBIH DARIPADA 55 TAHUN. HAL YANG SAMA SEPERTI DASAR DASAR PENJAJAHAN “KAPITALISEME ”  TERLIHAT BERULANG . IA TIDAK DIWAR WARKAN BEGITU. IA MENGGUNAKAN BAHASA YANG MANIS PEMBANGUNAN .

SEBALIKNYA KESANNYA AMAT KETARA, MENGHAKIS HABIS SEGALA KAMPUNG TRADISI DAN PETEMPATAN PENDUDUK ASALNYA. MEREKA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG HAK UNTUK BERTAHAN. MALAH TINDAK LAKUNYA ATAS NAMA KUASA DAN UNDANG UNDANG LEBIH JAHAT, AGRESIF DAN RAKUS SEKALI. OH MALAYSIAKU MENGAPA LEBIH GANAS,ZALIM DAN TIDAK BERADAB LAGI KEPADA WARGA NEGARA DAN RAKYAT SENDIRI ?

NAMA GERTAK SANGGOL DAN TELUK KUMBAR MULAI DIPADAM DIGANTIKAN DENGAN SOUTH BAY. SAMA SEPERTI NAMA KAMPUNG ABDULLAH HUKUM DI KL DIGANTIKAN DENGAN BANGSAR SOUTH. SOALNYA DALAM SETIAP PEMBANGUNAN DI MANKAH BAHAGIAN RAKYAT DI DALAMNYA