PELAN PEMBANGUNAN P.PINANG TERKINI ! ADAKAH AKAN MENGHANCUR LEBURKAN SELURUH KAMPUNG TRADISI ?

KERAJAAN MILIK SEMUA BUKAN MONOPOLI SEGELINTIR

DI MANAKAH BAHAGIAN RAKYAT DALAM PEMBANGUNAN INI ?  TIDAKKAH RAKYAT MENGUNDI KAMU UNTUK MENDAPAT BAHAGIAN DALAM PEMBANGUNAN ? APABILA  MENJADI KERAJAAN KAMU BERTANGGUNG JAWAB MENJAGA SEMUA  TANPA MEMILIH BULU,KAUM DAN BANGSA. KERAJAAN TERBAIK MEMULIH DAN MEMBERI PERHATIAN KEPADA SEKTOR SEKTOR SERTA BAHAGIAN BAHAGIAN MASYARAKAT PALING LEMAH.BERUSAHA UNTUK MENGANGKAT MARTABAT MEREKA DI TEMPAT SELAYAKNYA TANPA SIKAP KETIDAKPEDULIAN. BAHAWA KAMU MISKIN DAN LEMAH KERANA SIKAP SENDIRI.KERAJAAN TIDAK BOLEH BERBUAT APA APA UNTUK MEMPERBAIKI. KERAJAAN ADALAH UNTUK SEMUA BUKAN MILIK SEGELINTIR ELIT PENGUASA DAN GOLONGAN ISTIMEWA YANG MENDAPAT KEISTIMEWAAN SECARA BERTERUSAN.

P.PINANG DI BAWAH PENTADBIRAN BARU DAP DAN PKR  TERUS MELANGKAH MAJU DENGAN DERAS KE DEPAN. ADAKAH  DI BAWAH CM YANG DINAMIK DAN PROGRESIF  AKAN  MENGUBAH KESELURUHAN WAJAH   P.PINANG ? INI DALAM ERTI KATA  MENJADI BANDAR RAYA YANG MODEN SEMODENNYA. P.PINANG YANG SESAK DENGAN BANGUNAN PENCAKAR LANGIT DAN DIPADATKAN DENGAN BANGUNAN DI ATAS BANGUNAN DALAM JARAK YANG BERDEKATAN.

MULAI KETARA PEMBANGUNAN KINI SEMAKIN MENUTUPi BUKIT BUKAU MENGHIJAU DAN MENJADIKAN PANTAI BEGITU EKSKLUSIF UNTUK HOTEL HOTEL  BERTARAF 5 – 6 BINTANG. PANTAI DAN LAUT DIDEPANNYA UNTUK PARA PENGUNJUNG BERBAYAR.

JUSTERU DI MANAKAH BAHAGIAN RAKYAT UNTUK MENIKMATI ANGIN, PEMANDANGAN, REHLAH HASIL  KURNIAAN ILAHI. NIKMATNYA  ITU IA BERIKAN KEPADA SELURUH HAMBANYA. TINJAUAN RAMBANG TERUTAMA DI BATU FERINGHI DAN TELUK BAHANG  TERBUKTI  KAWASAN NELAYAN SEBELUMNNYA MENJADI SEMAKIN MENGECIL. RAKYAT SEMAKIN TERSUDUT DAN DISUDUTKAN APABILA PIHAK MBPP MEROBOHKAN SEGALA STRUKTUR YANG DIBINA PULUHAN TAHUN BERUPA CHALET DAN PONDOK BERTEDUH. MATA PENCARIAN MEREKA DIBERANGUS HABIS TANPA SISA.

MEREKA SEBAGAI PENDUDUK ASAL  DIHALAU KELUAR DARIPADA KAWASAN ASAL ZAMAN BERZAMAN. TIDAKKAH RAKYAT JUGA BERHAK MENIKMATI LIMPAHAN REZEKI DALAM SEKTOR PELANCONGAN ? APAKAH TIDAK ADA MEKANISME UNTUK MELIBATKAN MEREKA DALAM  SEKTOR PELANCONGAN ATAS DASAR PENYERTAAAN ANAK NEGERI DAN PENDUDUK ASAL SETEMPAT.

BN NASIONAL PRO KORPORAT DAN BISNES PUN TIDAK BERBUAT BEGITU. KUASA PENUH DENGAN MEMEGANG KUNCI KUNCI UTAMA DAN PEMUTUS DALAM PORTPOLIO PORTPOLIO PENTING  MENJADI PEMIMPIN BAGITU BERKUASA TANPA TIMBANG RASA. PERINTAHNYA MENJADI MUKTAMAT.KUASA MENJADIKAN PEMIMPIN LUPA ASAL USUL DAN MENJADIKAN MEREKA HANYA NAMPAK WANG DAN PELABORAN SEMATA MATA.

INI KONONNYA UNTUK MEMAKMURKAN DAN MENAMBAH HASIL NEGERI. HAKIKATNNYA RAMAI YANG MENJADI MANGSA.KERAJAAN SEBENARNYA MILIK SEMUA BUKANNYA MILIK SEGELINTIR YANG KAYA DAN BERKUASA. KERAJAAN YANG TERBAIK TIDAK BOLEH LEPAS TUMPUAN  KEPADA SEKTOR DAN KUMPULAN MANUSIA YANG LEMAH UNTUK DIBELA.MESTI ADA RANCANGAN UNTUK  MEMPERKUATKAN SOSIO EKONOMI MEREKA SUPAYA BOLEH TERLIBAT DALAM PEMBANGUNAN EKONOMI SETEMPAT IAITU DIPERSEKITARAN KAMPUNG HALAMAN MEREKA.

MEREKA BUKAN PENCEROBOH .MEREKA ADALAH PENDUDUK ASAL YANG WUJUD SEBELUM BATU FERINGHI DAN TELUK BAHANG MENJADI KAWASAN TUMPUAN PELANCONG BERTARAF ANTARA BANGSA. RAKYAT JUGA MEMBERI SUMBANGAN DALAM PENINGKATAN EKONOMI NEGERI. APABILA RAKYAT SENANG KURANG MASALAH DAN TEKANAN KEPADA  KERAJAAN UNTUK MENYEDIAKAN PELUANG KERJA. MEREKA SENDIRI MENCIPTA PELUANG KERJA INI TELAH DILAKUKANH PULUHAN TAHUN. SIAPA KATA RAKYAT BAWAHAN TIDAK PANDAI BERNIAGA ? MEREKA TELAH BUKTIKAN KEGIATAN DALAM PELBAGAI BIDANG DALAM SEKTOR PELANCONGAN DI TEPI PANTAI.\

ADAKAH MODEN BERMAKNA MENGHAPUSKAN SEGALA YANG BERPENAMPILAN TRADISI. SESUATU YANG MENJADI TERAS DAN AKAR BUDAYA KITA SEBAGAI NEGARA BANGSA YANG BERKERIBADIAN -BERJATI DIRI . BILA BERJALAN KINI DARI KELAWAI KE BATU FERINGHI AGAK TERKEJUT DENGAN PENAMPILAN MODEN YANG AMAT KETARA DI SEPANJANG JALAN YANG LANGSUNG BERBEZA DARIPADA SEBELUMNNYA. KAWASAN TERSEBUT DENGAN PEMBANGUNAN KOMERSIAL YANG MELANDA SEPERTI MENGHALAU PENDUDUK ASAL DARIPADA TRADISI.

KAMU TIDAK MEMPUNYAI HAK KE ATAS BUMI INI WALAU BERAPA RIBU TAHUN KAMU MENGHUNI. APAKAH MODEL YANG MENJADI IKUTAN KITA KINI DIAMALKAN DI SELURUH DUNIA. KERAJAAN NEW ZEALAND YANG MEWARISI PEMERINTAHAN DARIPADA PENJAJAH INGGERIS PUNH TIDAK SEKEJAM ITU. MEREKA MEMULANGKANG HAK KEP[ADA PENDUDUK ASAL IAITU ORANG MAORI. BEGITU JUGA DENGAN DENGAN HAK ORANG INDIAN DI AS.KERAJAAN INGGERIS MEMELIHARAN HAK HAK ORANG MELAYU DENGAN MENYEDIAKAN TANAH REB MELAYU.

\APAKAH KITA SELEPAS MERDEKA TIDAK ADA BELAS KESIHAN KEPADA RAKYAT MARHAIN SEHINGGA SEGALA KEMAKMURAN DIKEPONG DAN DIMONOPOLI. TIDAK ADA BAHAGIAN LANGSUNG UNTUK RAKYAT YANG TERPINGGIR HASIL PEMBANGUNAN YANG TERLALU MENGUTAMAKAN SEKTOR KORPORAT DAN SWASTA SECARA SEWENANG WENANG. PEMBANGUNAN TERBAIK ADALAH SESUATU YANG DILAKSANAKAN SECARA SEIMBANG DAN MENYELURUH.

JUSTERU ATAS NAMA PEMBANGUNAN JANGAN LEPAS PANDANG.PEMBANAGUNAN BUKAN SEMATA- MATA FIZIKAL SAHAJA. MENGHAPUSKAN KAMPUNG KAMPUNG TRADISI, MENGHILANGKAN HAK HAK RAKYAT UNTUK BERPARTISIPASI DALAM PEMBANGUNAN DAN MENGHILANGKAN PUNCA HASIL PENCARIAN MEREKA ADALAH SESUATU YANG TIDAK BERPERI KEMANUSIAAN DAN MENJURUS KEPADA KETAMAKAN DAN KEZALIMAN.

MASA DEPAN NELAYAN DI TELUK KUMBAR DAN SELATAN P.PINANG TERANCAM DAN BAKAL PUPUS JIKA PROJEK 3 PULAU BERHAMPIRAN PANTAI DILULUSKAN. TIDAKKAH MOLEK MEMPERBESARKAN PULAU YANG SEDIA ADA IAITU PULAU RIMAU DAN PULAU KENDI YANG JAUH DARIPADA PANTAI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *