GUAN ENG KALAH KES SAMAN MALU TERHADAP AKTIVIS BANGUNAN BERSEJARAH

Lim Guan Eng kalah dalam saman malunya terhadap aktivis bangunan warisan negeri Jimmy Lim dan sebuah portal berita.

Mahkamah Rayuan hari ini menukar keputusan Mahkamah Tinggi George Town yang memerintahkan mereka membayar RM300,000 kepada Guan Eng kerana memfitnah.

Tiga panel hakim diketuai hakim Hamid Sultan Abu Backer memutuskan artikel bertajuk β€œGuan Eng has failed, says NGO” (Guan Eng gagal, kata NGO), tidak memfitnah.

β€œIa ditulis secara sederhana,” kata Hamid.

Dua lagi hakim ialah Mary Lim dan Zabariah Mohd Yusof. Mahkamah tidak membuat sebarang arahan berkaitan kos.

Guan Eng mendakwa artikel tulisan Athi Shankar daripada Free Malaysia Today, memburukkan nama, mencemarkan nama baiknya dan menyebabkan kebencian awam padanya.

Jimmy, seorang arkitek, dilapor berkata Guan Eng membenarkan perobohan banyak struktur warisan dan bersejarah, termasuk di kawasan bandar untuk membina bangunan pencakar langit, terutamanya hotel dan kondominium.

jimmy lim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *