PROGRAM HANGAT DI TELUK BAHANG, PENGGERAK : AHLI MBPP NUR ZARINA

FB_IMG_1464059800324PASAR PERCUMA DI TELUK BAHANG PADA HARI SABTU 28 MEI 2016 DARI 8 pagi hinnga 1.00 tgh.

Konsepnya ialah mengumpul barang barang yang masih baru tetapi tak diguna pakai untuk diagihkan kepada golongan yang memerlukanya. Barangan tersebut termasuk pakaian, mesin, basikal, lukisan,buku, alat perabot, cendera mata, perkakas dapur,alatan pertanian dsbnya.

DARI PASAR PERCUMA KEPADA PASAR BEBAS

Tujuan – Mengembang dan memajukan kearifan tempatan dan ekonomi tempatan

Konsep FREE MARKET ,pasar percuma harus diperluaskan kepada PASAR BEBAS. Kita menggalakkan LOCAL ECONOMY dan LOCAL KNOWLEDGE – EKONOMI TEMPATAN dan KEARIFAN TEMPATAN akan meluas menjadi ekonomi rakyat.

Seminggu sekali atau 2 kali penganjur mengumpulkan para peniaga setempat untuk memasarkan keluaran mereka. Keluaran diperluaskan berupa hadil  keluaran rakyat atau kearifan tempatan daripada kawasan berhampiran. Dalam konteks Teluk Bahang daripada seluruh Balik Pulau. Keluaran Local Economy dipusatkan di satu satu tempat untuk dibeli oleh rakyat dengan harga patut.

localbusiness

Konsep pasar bebas ini tidak boleh dikawal oleh sesiapa sebagai tapak berniaganya secara tetap. Ia ditentukan oleh penganjur. Semasa beroperasi mereka akan dipantau oleh HISBAH. HISBAH akan memantau harga, kualiti, aduan pengguna, kebersihan, kehalalan dan segala keperluan untuk mencapai tahap piawaian yang hendak dicapai.

BARANGAN YANG HENDAK DIJUAL

LOCAL EKONOMI – Hasil pertanian, ternakan, kearifan tempatan seperti mengurut, menggunting rambut, tikar buluh, tukar mengkuang, madu lebah yang benar benar asli, ulaman, kasut, perepair kasut “cobler”, makanan tradisi bertih, belacan, pisang salai, makanan rakyat, alat senjata, ubatan, makjun,kopi kampung, dadih, nira nipah, gula kabung dll.

Pasar ini bertujuan mengembang industri keluaran tempatan supaya tumbuh dalam persekitaran ekonomi kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *