SAPE KATA MELAYU TAK PANDAI BERNIAGA

DULU DIKENALI SEBAGAI SLOW ROCK CAFE BERTENTANGAN DENGAN HARD ROCK HOTEL.KINI DIJENAMAKAN SEMULA  MENJADI PAK MID CAFE NAMA PEMILIKNNYA. PAK MID TETAP TABAH MENEMPUH CABARAN. MESKI MENGHADAPI RISIKO PREMIS DIROBOH. APA NAK BUAT ? TIDAKKAH  ITU CABARAN PENIAGA.

SAPE KATA MELAYU  TAK PANDAI DAN TAK BOLEH BERJAYA DALAM PERNIAGAAN. KAFE BELIAU SANGAT BERJAYA. BUKAN SEKADAR ITU SAHAJA, KINI PENONJOLAN PARA PENIAGA MELAYU DI BATU FERINGHI SANGAT KETARA. DARI PERNIAGAAN BOT, CHALET, HORSE RIDING, PARACHUT DAN SERBA SERBI YANG BERKAITAN DENGAN PELANCONGAN TELAH DICEBURI OLEH PARA PENIAGA KITA. MEREKA MEMBUKTIKAN MELAYU BOLEH !

SIAPAKAH MEREKA INI ? MEREKA ADALAH ORANG ASAL DAN PENDUDUK ASAL BATU FERINGHI DAN SEKITARNYA.  MEREKA ADALAH KETURUNAN PARA NELAYAN YANG MENDIAMAI KAMPUNG KAMPUNG NELAYAN TEPIAN PANTAI. AKIBAT PENGISYTIHARAN BATU FERINGHI MENJADI DESTINASI PELANCONGAN PADA TAHUN 1980an. KAMPUNG KAMPUNG MEREKA TERPAKSA DIKORBANKAN UNTUK MEMBERI LALUAN KEPADA PEMBINAAN HOTEL.

KEGIATAN KENELAYANAN JUGA TERHENTI KERANA PERAHU-PERAHU TIDAK BOLEH LAGI DILETAKKAN DENGAN BEBAS  DI HADAPAN HOTEL. KAWASAN PANTAI DAN LAUT DI HADAPAN HOTEL SECARA TIDAK LANGSUNG MENJADI KAWASAN YANG EKSKLUSIF UNTUK PELANCONGAN.PARA NELAYAN TERPAKSA AKUR DAN MENGUBAH PENGHIDUPAN BARU. GENERASI BARU ANAK ANAK PARA NELAYAN MULAI MENCARI REZEKI DALAM SEKTOR YANG BARU INI. BERMULA SEJAK TAHUN 1970an  HINGGA SEKARANG . MASANYA 4 DEKAD/40th.

MEREKA TIDAK KECEWA MENGENANG KAMPUNG YANG HILANG. MEREKA BERSIFAT WAJA,  MULAI TERBUKA UNTUK MENIMBA PENDAPATAN MENERUSI SEKTOR PELANCONGAN MENGIKUT KADAR YANG TERMAMPU. MEREKA MENDIRIKAN CHALET CHALET DI TEPI PANTAI UNTUK PARA PELANCONG KELAS MURAH. SEBAGAI PENDUDUK ASAL APAKAH MEREKA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG HAK KE ATAS KE ATAS TANAH KAMPUNG ASAL  YANG DIHUNI ZAMAN BERZAMAN ?

APAKAH SALAH UNTUK MENCARI REZEKI DITEMPAT YANG TERIKAT ERAT DENGAN PENGHIDUPAN ASAL SEBELUMNYA ? APAKAH SEMUANYA MILIK MUTLAK ATAU MONOPOLI PARA PEMAJU DAN HOTEL HOTEL BESAR SEMATA MATA ? DI MANAKAH BAHAGIAN RAKYAT UNTUK TURUT SERTA ?

PANTAI DAN LAUT ADALAH MILIK KERAJAAN DAN MILIK AWAM. JADI TRAGEDI PEROBOHAN YANG MEMUSNAHKAN SUMBER REZEKI RAKYAT YANG MERUPAKAN PENDUDUK ASAL, ANAK NEGERI P.PINANG WAJARLAH DIHINDARI. INI ADALAH SATU KEZALIMAN YANG MEMBERI IMPAK BURUK KEPADA KERAJAAN YANG KINI BERKUASA DAN MEMBAWA IMPLIKASI BURUK KEPADA  KEHIDUPAN RAKYAT KELAS BAWAHAN.

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT/ PAKATAN HARAPAN PERLU MENERUSKAN DASAR MEMBANTAI PREMIS PERNIAGAAN  TERUTAMA KEPADA PARA PENIAGA GOLONGAN BAWAHAN. PARA PEMIMPIN MELAYU TERUTAMA TKM 1 DAN EXCONYA HARUS BERBUAT SESUATU UNTUK MEMBAWA IMEJ YANG BAIK TERUTAMA MENJELANG PRU KE 14.

JIKA TIDAK KEDUDUKAN MEREKA DALAM KERAJAAN NEGERI P.PINANG TIDAK BERMAKNA KERANA KURANG BERFUNGSI UNTUK RAKYAT JELATA. TIDAK JELAS APA YANG MEREKA BUAT. SEMUANYA TIDAK BOLEH. SANGAT KELABU APA YANG MEREKA BOLEH LAKUKAN SELAIN MERASMI IAITU MEMBUKA  DAN MENUTUP MAJLIS SEMATA MATA. PEMIMPIN SEWAJARNYA MENINGGALKAN JASA UNTUK DIKENANG, ADA SESUATU YANG DIBUAT SEMASA BERKUASA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *