MAMPUKAH PEMBESARAN JALAN KE TAHAP 10 LORONG SELESAIKAN KESESAKAN DI P.PINANG DALAM JANGKA MASA PANJANG !

Penang-highway-expansion (1)

Mampukah PEMBESARAN JALAN menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang menghantui P.Pinang selama ini ? Ya , memang pada suatu jangka masa tertentu ia  mampu  mengurangkannya. Namun apabila pertambahan kenderaan terus meningkat ia akan mencapai tahap tepu menjadi banjir yang melimpah, menggenangi jalan raya.

Mengapa ? Pembangunan pesat sentiasa  menambah bangunan bertingkat.Bangunan yang dimampatkan di satu satu kawasan. Pemampatan itu menyebabkan penduduk betambah secara mendadak. Penumpukan bangunan yang tertumpu ke satu satu kawasan nescaya meningkatkan unit unit kediaman dalam skala besar.

Contohnya aliran kenderaan dari Kelawai ke Batu Feringhi meningkat secara mendadak. Ini berlaku akibat   naiknya kondo mewah, pusat komersial dan membeli belah  secara pesat. Kini semakin banyak pula projek pembangunan mewah diluluskan  hingga melarat ke lereng lereng bukit pula.Pembangunannya akan membawa pertambahan kenderaan berlipat kali ganda, termasuk kenderaan yang datang dari luar PP.

quote-a-basic-principal-of-modern-state-capitalism-is-that-costs-and-risks-are-socialized-noam-chomsky-81-65-88 (2)

Jika satu bangunan menampung 400 -500  pemilik kenderaan, apa akan terjadi bila satu satu kawasan memiliki 100 bangunan tinggi 40 hingga 50 tingkat ke atas ?  Ini akan menjadikan  kawasan yang terbatas dipenuhi berpuluh ribu kenderaan yang membanjir ke jalan raya.

Bayangkan sesudah padat adakah lorong bagi kenderaan boleh mengembang dan ditambah lagi. Ini termasuk dengan mengadakan jalan raya bertingkat ?

Masalah akan tetap berulang. Kos bilionan RM  yang dibelanjakan sebelumnya akan terbazir begitu saja.Belajarlah daripada pengalaman bandar bandar besar. Masalah ini telah menimpa bandar bandar utama dunia yang telah sesak dipenuhi kenderaan.

Singapura telah membuat perancangan pusat supaya pihak swasta tidak berleluasa membuat pembangunan mengikut seleranya. Apakah punca kepada masalah yang ruwet ini untuk sebuah bandaraya  yang berpenduduk tidak sampai 2 juta, di P. Mutiara ini  ?

Puncanya kerana penduduk bertumpu di satu satu kawasan bandar yang telah padat  dalam jumlah yang banyak dan bertambah besar.

Mengapa ?  Akibat naiknya projek perumahan yang diluluskan tanpa had  lagi. Termasuk mengimport penduduk  dari serata dunia untuk membeli hartanah di P.Pinang demi untuk meraih kemasukan wang asing. Datanglah membeli rumah di PP syurga bagi par pesara.Setiap sesuatu ada manfaat dan mudaratnya. Baik untuk kemasukan pendapatan negeri belum tentu tambah peluang perumahan untuk rakyat.

Apakah polisi yang betul ?

Kerajaan mesti membuat perancangan bandar yang holistik – menyeluruh dan berskala jangka panjang meliputi seluruh negeri, desa dan bandar.Pembangunan jangan sangat tertumpu di pusat bandar  sahaja. Pembangunan hendaklah disebar luaskan  ke seluruh pelusuk negeri. Bila pembangunan merata kos pembangunan akan dapat dialihkan secara meluas.   Harga  tanah dan hartanah akan menurun. Ia tidak lagi ditekan naik secara mendadak sebagaimana kini terutama di hot spot.

Mungkin penjualan dan pembelian tanah untuk tujuan spekulasi mesti disekat. Tanah harus menjadi milik kerajaan dan kerajaan harus menggazet tanah demi masa depan. Bukan kerajaan menjual tanah simpanannya kepada swasta dalam keadaan tanah negeri semakin berkurangan.

Seperkara lagi rakyat harus digalakkan menggunakan transport awam.Perhubungan antara bandar ke bandar terlebih molek dihubungkan dengan menggunakan keretapi laju.Ia sebagaimana dilaksanakan di China, Jepun dan negara Eropa. Mereka  terlebih maju daripada kita telah mengurangkan penggunaan kereta untuk individu secara drastik. Kita menggalakkannya tanpa kawalan.

Penggunaan keretapi laju membolehkan destinasi yang  dituju untuk jarak 300 –  500 km dicapai  dalam jangka masa  singkat. Langkah ini menjadikan penggunaan kereta tidak lagi relevan. Penggunaan kereta dihadkan daripada melempah keluar.

Timbul persoalan apakah usaha kerajaan negeri P.Pinang menyusun semula jalan atau merevolusikan sistem pengangkutan akan menyelesaikan masalah kesesakan yang kronik kini ? Ingat ia  memakan perbelanjaan besar  berbilion RM. Biaya ini walau dikata daripada pembiayaan swasta akhirnya akan dipungut daripada cukai awam juga.

Persoalannya  mampukah ia  menyelesaikan masalah kesesekan untuk satu jangka masa tertentu. Apabila tertepu  di pulau yang sempit ini apa lagi yang kita nak buat  ? Perancangan yang baik bertahan untuk 100 tahun  ke hadapan, sebagaimana jambatan San Francisto ? Jambatan pertama P.Pinang telah pun sesak walau pun tak sampai 50 tahun.

Banyak kemalangan maut berlaku kerana kita boleh terlupa membina lorong khas untuk motosikal. Sedangkan mereka adalah pengguna terbesar. Mereka adalah para pekerja yang sentiasa berulang dari kedua belah bahagian pulau. Kita beralih dari feri ke jambatan , namun kesesakan tetap parah.Masalah tidak selesai akibat perancangan berjangka masa singkat.

Selagi pembangunan kompleks bertingkat, bangunan atas bangunan  diperbanyakkan dengan pesat tertumpu  di satu satu kawasan yang telah sedia padat, masalah baru akan timbul  dan terus berulang. Lorong kenderaan tidak boleh ditambah dengan sesuka hati.Keadaan akan menjadi back to square.

Mengapa ? Kadar penambahan bangunan sama sekali tidak terkawal. Pemaju hartanah akan berlumba lumba membina bangunan demi mengejar keuntungan lumayan. Pembangunan tertumpu di satu satu kawsan yang berkembang pesat  tanpa had.

Iquote-the-earth-provides-enough-to-satisfy-every-man-s-need-but-not-for-every-man-s-greed-mahatma-gandhi-231145Ia terjadi  sehingga ruang antara bangunan dengan semakin rapat dan pasti menjadi terlalu padat. Kita mesti fikirkan bagaimana  merancang dan membina bandar bandar kita yang baru mengikut konsep yang lebih harmoni dan lestari.

Tepatnya bagaimana membina perbandaran yang holistik, ideal dan lestari. Inilah masalah berat abad ke 21. Semua orang nak bertumpu ke bandar bandar utama. Pokoknya proses perbandaran harus dikaji semula untuk meluaskannya ke seluruh pelusuk negara.

Ekonomi yang dijana bukan semata mata mengikut telunjuk swasta dan golongan peniaga. Ia mesti mengambil kira kehidupan penghuni bumi keseluruhanya. Juga kesannya kepada alam sekitar, pergerakan angin, sungai, bukit bukau, pantai dan laut.

Adakah semua faktor ini  akan  ditolak ke tepi akibat kegilaan  segelintir elit kekuasaan, gila kuasa  yang ingin berbuat kesewenangan dan   ego para pengusaha  swasta, pembolot kekayaan yang memburu keuntungan untuk melaksanakan  pembangunan tanpa had. Termasuk menjarah segala ruang yang ada di maya pada tanpa bersisa lagi. Jawapan kepada semua kegawatan ini sebagaimana kata Mahatma Ghandi ialah :

The earth has everything to cater for everyone need but not enough because of every one’s greeds.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *