APAKAH JADAH ? SEMAKIN BANYAK SEMINAR MIKIN BANYAK TANAH MELAYU HILANG !

 

received_10205703034409657

SEMINAR   TANAH DAHULU DAN KINI DIMANAKAH HAK KITA ? SEMINAR ANJURAN NGO TANAH WARISAN DAN PENEROKA BANDAR   AKAN DI ADAKAN DI DEWAN MASYARAKAT PENYAYANG PADA HARI SABTU 21 MEI 2016 JAM 9 .00 pg hingga 5 ptg


FB_IMG_1463707755696

Melayu dah hilang dari GEORGE TOWN. Kehadiran Melayu di pusat bandar tak sampai pun 5 peratus. Tanah Melayu di DTL tak sampai 3 % yang tinggal,Itu pun termasuk tanah wakaf. Melayu dah hilang nama Nama pun George Town bukan TANJONG, hilang kampung, hilang tempat, hilang habitat, hilang sejarah, hilang identiti, hilang institusi, hilang penonjolan, hilang warisan, hilang, hilang hilang masa kini dan masa depan.Apa yang ada lagi . Sesuatu  yang boleh dipertahankan sebagai warisan.

Seminar nak pertahan apa lagi ? Kerajaan negeri ke kerajaan persekutuan ke, RAJA RAJA MELAYU ke, KORPORAT  KORPORAT MELAYU ke, maaf cakap kebanyakannya KEPARAT tak boleh diharap. Tak ada AMANAH. Kebanyakannya mudah gelap dengan godaan dunia dan hak istimewa. Terdedah mengambil kesempatan, kayakan diri sendiri,  rembat hak hak Melayu sampai habis dan ambil lagi.

Tanah tanah rezab Melayu hanya tinggal tak sampai 20 peratus. Penjajah Inggeris lebih amanah. Dia ambil dia ganti balik. Yang Melayu Islam ini pecah amanah, khianat la tu. Tau ambil dan hilangkan saja. Tak pulangkan balik. Lesap sntah ke mana. Macam mana perkara yang dimaktub,dikanunkan dan dijamin dalam perlembagaan boleh hilang. Kalau begitu apa guna ada peruntukan dalam perlembagaan kalau tak boleh dijamin.Bila Hilang amanah, hilang tanah, negara pun boleh dijual.

SELAMAT BERSEMINAR  BENAR BENAR MOGA MOGA KEMBALI KEPADA AMANAH JANGAN KHIANAT, CAKAP BSNAR JANGAN PUTAR BELIT DAN DUSTA, SAMPAI MAKLUMAT YANG TELUS JANGAN SONGLAP DAN BUAT POLISI YANG BIJAKSANA BUKAN BANKRAF, BODOH DAN MAKAN DIRI !

SELAMAT BERSEMINAR UNTUK KALI YANG BERAPA YA ?

MOGA MOGA DENGAN INAYAH ALLAH BERJAYALAH HENDAKNYA !

DARIPADA ALLAH KITA DATANG KEPADANYA  KITA KEMBALI UNTUK DIPERTANGGUNG JAWAPKAN ATAS AMANAH YANG TELAH  DIGALAS !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *