P.PINANG SEMAKIN KEKURANGAN PANTAI MILIK AWAM – HAMPIR HABIS DIBOLOT SWASTA !

DULU !   DULU ! DULU !    DAN  KINI TENTU BERBEZA

DULU BEGITU  TENANG TERBUKA DAN SELESA. TEPIAN PANTAINYA DIHEMBUS ANGIN SEPANJANG MASA. KINI ANGIN PUN MOGOK DAN HAMPIR HAMPIR MATI ,  ENGGAN MENGEMBUS LAGI.

DI PANTAI INILAH YANG  MENJADI TEMPAT CAMPING AWAM YANG SANGAT TERKENAL KETIKANYA PADA TAHUN 1960an, 1970an, 1990an.

Mengimbau sejarah di sini pernah pernah diadakan perhimpunan scout sedunia pada tahun 1966.Di tapak ini para pengunjung dari seluruh Malaysia datang berhimpun. Mereka mendirikan khemah di sepanjang pantai. Kini semuanya tinggal kenangan.Kenangan manis untuk P.Pinang semakin hilang dan lenyap daripada pandangan.

Adakah batas batas antara hak awam dengan hak kerajaan yang melindungi kepentingan rakyatnya ? Jika hak itu dilanggar dan terlepas bolehkah dikembalikan  ? Agak mustahil kerana kerajaan dan pimpinan yang ada kini daripada jenis yang membuat duit. Mereka terlalu kemaruk dengan projek.

Tidak ada beza dengan kerajaan yang terdahulu.Buktinya tanah kerajaan milik PDC dijual, tanah Taman Manggis pun dijual menjadi kerajaan semakin kehilangan tanah. Di manakah kerajaan hendak mengadakan proek perumahan untuk rakyat. Ada ahli politik yang buat kenyataan pelik . Bahawa mengadakan peluang perumahan bukan tanggung jawab sosial kerajaan negeri. Itu tanggung jawab kerajaan pusat. Jadi adakah kerajaan negeri tidak ada tanggung jawab sosial untuk rakyat dan anak nsgerinya. Kerajaan negeri salahkan kerajaan pusat, kerajaan pusat salahkan kerajaan negeri akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.Inilah politik yang dimainkan bila berkuasa. Sebelum pilihanraya janji ditabur umpama madu, selepas pilihanraya rakyat terlopong dilanda keliru.

1jamboree09AKAN DATANG IKUT PERANCANGAN.PROJEK ANGSANA SEDANG BERJALAN. MANA LAGI PANTAI UNTUK AWAM. SEMUANYA DIBOLOT OLEH HOTEL, RESORT DAN BERBAGAI PROJEK SWASTA. TIDAKKAH PANTAI, LAUT, BUKIT BUKAU DAN SUNGAI MILIK NEGARA. NAMUN DALAM PEMBANGUNAN YANG DITUNJANGI SWASTA TIDAK MUSTAHIL SEMUANYA BESAR KEMUNGKINAN AKAN DIBAHAM HABIS.MENGAPA SWASTA LEBIH KUAT DARIPADA KERAJAAN DAN TUNDUK KEPADA TEKANAN.ITULAH YANG SEDANG TERJADI DI MALAYSIA TERUTAMA DI BANDAR BANDAR BESAR KHASNYA DI P.PINANG.

masterplansm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *