APA BUKTI TELUK KUMBAR KAMPUNG WARISAN MELAYU ?

TINJAUAN KE ATAS TELUK KUMBAR SEBELUM  DILENYAPKAN SECARA BERANSUR OLEH PEMBANGUNAN KOMERSIAL YANG RAKUS  ?

Dawn of a new beginning for Penang

TIDAKKAH NAMA MENUNJUKKAN USUL. ASAL DARIPADA MANA IA BERMULA DAN MENDAPAT NAMA.

TELUK IALAH PERKATAAN MELAYU YANG MENGGAMBARKAN KEADAAN GEOGRAFI ,MUKA BUMI DAN PERSEKITARAN YANG MELAKARKAN RUPA BENTUK ALAM.TELUK IALAH KAWASAN YANG MASUK KE DALAM.LAWANNYA IALAH TANJONG.

KUMBAR – SEJENIS TUMBUHAN KELUARGA PALMA. POKOK YANG HAMPIR SERUPA DENGANNYA IALAH POKOK ASAM KELUBI.POHON TERSEBUT BANYAK TUMBUH DI SEKITAR TELUK APA YANG DINAMAI TELUK KUMBAR KINI.

Teluk Kumbar mendapat nama daripada rimbunan pokok kumbar, sejenis palma yang mempunyai pelepah yang berduri tajam dan buahnya juga mempunyai bilah-bilah nipis duri tajam yang rapuh pada kulit ( sebagaimana buah salak). Buahnya berwarna kemerahan ketika masak dan masam rasanya. Rimbunan pokok ini mengisi ruang tanah di bahagian tengah dan bukit yang memerlukan ketabahan yang tinggi untuk menerokanya.

Teluk Kumbar terdiri dari sebuah telukan laut yang menganjur dari Sungai Batu ke Kampung Nelayan, kira-kira 3 kilometer panjangnya. Terdapat beberapa telukan kecil yang lain di Pasir Belanda dan Gertak Sanggul yang secara keseluruhannya menjadikan garis pantai nya sepanjang lebih 10 kilometer.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *