SHAIK DADA PENGASAS SILAT MELAYU P.PINANG

FB_IMG_1462841968921

SHAIK DADA @MAMU DADA – JASA TIDAK BINASA(1905 – 1947 )

SILAT PELAGA DAN SILAT PETIR WARISAN MELAYU PULAU PINANG

SHAIK DADA atau nama sebenar SHAIK GULAMEAH BIN SHAIK AHMAD MEAH ( 1905 -1947) adalah peribadi besar. Aura namanya harum semerbak di P.Pinang. Jasa dan ketokohannya  heboh diperkatakan  sejak dari dahulu dan hangat hingga kini.

Meski hampir 70 tahun meninggalkan kita hidup namanya dalam  ingatan Melayu P.Pinang di sepanjang zaman.

Benarlah ungkapan yang tercatat di batu nesannya ” JASA TIDAK BINASA”

APAKAH JASA TERBESAR YANG MAMU DADA TINGGALKAN KEPADA KITA ?

Itulah ilmu pengetahuan dan keterampilan dalam Martial Arts Ilmu Bela Diri. Silat seni tempur yang dinamai SILAT PELAGA jati diri Melayu P.Pinang. SILAT PELAGA kemudiannya pula dikenali dengan nama SILAT PETIR.

Beliau juga meninggalkan  beberapa tulisan berkaitan dengan seni perubatan, petua petua yang menjadi pedoman hidup untuk jadi kuat dan hebat dalam erti kata yang sebenarnya.

Bagaimana jadi perkasa  mengikut pedoman Allah subhanahu wataala. Beliau bukan sekedar mengajar silat tetapi menurunkan etika, rahsia dan kunci kehebatan dalam ilmu tersebut. Sesuatu  yang sebati dengan dirinya sepanjang hidup.

Justeru nama dan kehebatannya  telah menjadi legenda. Sering disebut- sebut ,diperbincangkan terutama di kawasan pusat bandarnya P.Pinang. Kawasan di persekitaran  Sungai Pinang, Kampung Dodol dan Kampung Makam.

DADA  sendiri secara tepat tinggal di Jalan Patani.Di situlah Mamu Dada  bermukim setelah berpindah dari kampung halamannya  di Kampung Herriot.

Dimanakah beliau mengembangkan ilmu persilatannya ?

Di Jalan Patani, Sungai Pinang beliau mengembangkan ilmu persilatannya. Bermula dari zaman sebelum Perang Dunia Ke 2 hinggalah selepasnya. Antara murid yang berwibawa ialah  Ali SM Eusoff, Amir Hamzah, Pak Hashim Kerbau, Hamid Chukinik, Pak Sahak Kastam, Ibrahim Body, Yahaya Hj Salleh, Pak Lah Sebok  dll.

KEPADA ALLAH YARHAM MAMU DADA BENAR SESUNGGUHNYA JASA TIDAK BINASA MEKAR BERKEMBANG UNTUK MASA YANG PANJANG

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *