Sebuah wacana P.Pinang dan pengkhianatan sejarah akan berlangsung di CENPRIS USM pada hari KHAMIS 5 MEI 2016 JAM 5.00 – 7 .00 pm. Keterangan lanjut sila hubungi Syed Kamarul 0135378874.
PULAU PINANG BANDAR BAHARU KEPTEN LIGHT MENJADI RAJA KALAU DIKENANG MASA NAN LALU RASA MENITIS SI AIR MATA
Sebuah wacana, pembentangan dan perbincangan mengenai “Pengkhianatan sejarah di P. Pinang” akan diadakan dalam masa terdekat.
Diminta sesiapa yang berminat untuk membngkar bagaimana sejarah orang Melayu, penduduk asal P.Pinang dikhianati sila hadir untuk mendengar pemaparan fakta sejarah yang benar.
Hari ini kita hanya disogokkan dengan sejarah yang ditinggalkan penjajah lalu mempercayai. Kononnya pulau ini dijumpai dan dibuka oleh Francis Light.
Pembentangan akan membuka lembaran baru dalam sejarah kita. Mari mengenali siapakah Francis Light yang sebenar ?
Tahukah anda Francis Light baru muncul di P.Pinang pada tahun 1786. Sebelumnnya 50 tahun terdahulu ( 1730an M ), beberapa orang nakhoda Alam Minangkabau dari Pagar Ruyung telah membuka bahagian bahagian tertentu P.Pinang.
Datuk Nakhoda Kecil telah membuka Tanjong Penaga dan Jelutong. Dato ‘ Jenaton telah membuka Sungai Gelugor. Datuk Nakhoda Nan Intan telah membuka Batu Uban. Boleh dikatakan semua bahagian pulau telah pun dibuka dan diduduki.
Buktinya lakaran peta peta terawal menampilkan nama nama Melayu 100 peratus. Jadi tidak benar pulau ini kosong semasa pendudukan Inggeris. Pulau ini dinamakan PULAU PINANG oleh para leluhur kita.
SEJARAH P.PINANG WAJIB DIPERBETULKAN DARIPADA PENDUSTAAN HASIL PROSES PENJAJAHAN !