MENGAPAKAH IKAN SEMAKIN BERKURANGAN DI LAUT SEKITAR TELUK BAHANG ?

IMG_20140604_114354Teluk Bahang adalah sebuah perairan yang sangat kaya dengan hidupan laut. Kerajaan persekutuan telah menggazet ratusan hektar tanah untuk memelihara dan memulihara kelestarian fauna dan flora.Bukan  sekadar itu saja, pewartaan Taman Negara Teluk Bahang turut mensasarkan untuk memelihara laut daripada kepupusan hidupan.

Tanda tanda awal menunjukkan hasil penangkapan laut semakin berkurangan.Begitu , banyak spesies ikan yang hampir pupus dan telah pupus kerana jarang jarang ditemui lagi. Apakah penyebab kepada kepupusan tersebut ?

DSC00857

Nelayan menuduh kehadiran pulat tunda adalah penyebab utama. Pukat itu bukan sahaja menangkap ikan untuk dimakan bahkan anak anak ikan yang belum  cukup membesar pun ditangkap untuk dijadikan baja. Pukat tunda bukan sekadar mengaut habis ikan ditempat yang dilalui, bahkan merosak rumah ikan dan tempat  ikan bertelur.Ini memang ancaman serius terhadap kehidupan laut.Soalnya kenapakah pukat yang mengancam hidupan laut masih dibenarkan beroperasi dan berfungsi oleh pihak berkuasa,khususnya Kementerian Pertanian Malaysia.

susur-budaya

Maritim dan pihak berkuasa laut menyalahkan nelayan pantai kerana menangkap ikan tak henti henti. Tangkapan dibuat  tanpa  senggangan masa untuk  membiarkan ikan bertelur dan membesar ? Tangkapan yang terlalu kerap sehingga tak kering masa. Pukat sentiasa  berada dalam laut. Tangkapan melampau menyebabkan populasi ikan semakin menyusut.

17795712

Nelayan pantai pula mempersalahkan Jabatan Perikanan, maritim dan pihak berkuasa. Mereka gagal menguatkuasakan undang undang sehingga pukat tunda sering melanggar kawasan nelayan pantai. Pihak berkuasa gagal  mencegah sekatan 5 batu ke bawah. Penguatkuasaan ini untuk mencegah pukat tunda menangkap ikan di kawasan nelayan pantai.Pukat yang matanya begitu rapat, menangkap segala hidupan yang di kawasan yang dilaluinya.

logo

Tuduh menuduh ini tidak menyelesaikan masalah, malahan menambah keruh masalah sehingga tidak nampak jalan keluar. Di Eropah terutama di negara negara Kebajikan SCADINAVIA seperti Norway, Sweden dan Finland telah berjaya menjadikan laut sebagai ladang untuk dituai hasil apabila cukup masa. Para nelayan lebih memilih kaedah mesra alam menggunakan pancing dan bubu untuk menangkap ikat. Ternyata tangkapan lumayan. Ikan ikan yang ditangkap juga cukup besar dan matang. Masa ikan bertelur, nelayan berehat sementara untuk memberi ruang masa kepada hidupan membesar.

Hakikatnya negara negara yang mundur seperti Mynmar, Vietnam dan Thailand telah berjaya menguatkuasakan zon laut. Merela tidak membenarkan  hasil laut ditangkap sepanjang masa. Dikuatkuasaakan undang undang masa ikan bertelur penangkapan tidak boleh dibuat. Nelayan harus menangkap di kawasan lain atau berehat sebentar untuk mewujudkan masa reda kepada anak anak ikan untuk membesar.

pukat-harimau

Justerus kita yang berlaut sempit dan ada kawasan yang bertaraf selat sahaja membiarkan tangkapan secara keterlaluan. Langsung  tidak berjaya mengawal keadaan, sehingga ikan hampir kepupusan. Banyak batu karang dan rumah ikan yang rosak tanpa dipulihkan semula.

Banyak kawasan laut yang tercemar. Banyak kuala kuala sungai yang tersendat dengan keladak dan selut busuk. Antara keduanya ada hubung kait. Mengapakah kita jadi seteruk itu ? Dasar pertanian kita untuk melindungi, menyuburi dan merangsang kehidupan nelayan hampir tidak berfungsi.

Kegagalannya menyebabkan Malaysia terpaksa mengimpot sumber laut dari Thailand, Vietnam, Bangla Desh dan mungkin juga Pakistan. Ini hanya langkah sementara dan selamanya tidak boleh bergantung kepada sumber laut daripada luar negara.

Taman Negara Teluk Bahang adalah kazanah alam yang sangat kaya. Ia mesti digerakkan untuk menjadi taman laut yang hebat. Ia mesti diperkayakan dengan hidupan fauna dan flora. Taman negara ini telah berjaya meningkatkan populasi penyu di Pantai Kerancut. Aktivitinya mesti dipergiat untuk membanyakkan hidupan laut. Yang pupus harus dicari jalan untuk membiakkakannya semula. Langkah awal  ialah mencari spesises spesies ikan yang hilang dan menternak semula dikolam kolam buatan secara semula jadi. Sekatan mesti dibuat supaya kawasan Taman Laut tidak boleh  ditembusi oleh sesiapa pun.

Jermal, belat dan kelong wajar dibina semula untuk menyekat pukat tunda daripada masuk. Kaedah kaedah lama penangkapan ikan wajib dihidupkan semula sebagai tempat pemuliharaan ikan. Dalam mada yang sama menjadi destinasi daya tarikan pelancongan. Langkah memulih kawasan muara muara sungai kotor menjadi tempat untuk bersantai.

Kerajaan boleh membina rumah rumah ikan ditengah laut dan menjadikannya destinasi memancing dengan dikenakan bayaran. Ikan ikan ditangkap ialah yang saiznya telah matang. Langkah ini akan menjana hasil untuk menggerakkan projek pemuliharaan ikan.

Tinjauan awal di kalangan nelayan pantai mendapati hampir 50 spesies ikan semakin merosot dan diancam kepupusan. Jika tidak dijaga mungkin akan langka dan pupus terus.

Antaranya ikan ikan yang dulu bermain ditepi tetapi kini telah hilang daripada kawasan asalnya.

IKAN IKAN PUPUS DAN MENGHAMPIRI KEPUPUSAN

Ikan terubuk – pupus, senangin buih, ikan puput, udang siring, udang pasir, pelata bali, ikan sorumbu( pupus), ikan golok,  ikan kambing, ikan lembu,ikan aji aji, pari daun, pari sumbat, yu pulas, ikan jemuduk, ikan daun baru, udang vespa, ikan selampai, haruan tasik, kurau, genuhu, ikan talang (jarang jarang ada ), ikan bagok( pupus),ikan kerisi, ikan nyok nyok, ikan semilang( semakin berkurangan ),ikan semilang karang( sangat berkurang), bawal hitam( semakin kurang ), udang pasir, ikan parang parang, ikan goh, mayong,ikan temeras, ikan kikik, ikan loban, repoh, tebal sisik …………….?…….?……………?…………………!

RAHSIA PANTUN PULAU PANDAN TERUNGKAP SUDAH

pulau pandanPantun Melayu yang masyhor sebagaimana di bawah terungkap sudah :

PULAU PANDAN jauh ke tengah,

GUNUNG DAIK bercabang tiga

Hancur  badan dikandung tanah

BUDI yang baik dikenang juga.

GMBAR PULAU PANDAN

Di manakah letaknya PULAU PANDAN ?

Apakah benar GUNUNG DAIK bercabang tiga ?

Tempat tempat yang wujud dalam perlambangan pantun yang mashur tersebut wujud di mana ?

pulau pandan2

Daik