PKR ADAKAH MEMILIKI KEPIMPINAN KUAT -BOLEH DIHARAP DI PERINGKAT KERAJAAN NEGERI P. PINANG ?

KEPIMPINAN mesti diterjemahkan dengan jelas. Adakah berkesan atau lemah ? Adakah menjadi rahmat atau keparat. Ikhlas atau penuh sandiwara dan pura-pura. Masa peralihan kuasa daripada UMNO – BN ke PR /Pakatan Harapan telah 7 tahun berlalu. Satu tempoh yang sepatutnya menyaksikan peralihan struktural.

Namun kehidupan dan peluang rakyat untuk memiliki keperluan yang paling asas seperti rumah mampu milik  tidak banyak terbuka. P.Pinang dilanda gelombang pembangunan mewah untuk pasaran terbuka  seluas luasnya. Peluang untuk rakyat menyertai pembangunan  semakin mengecil. Di mana mana berjalan dari Teluk Kumbar ke Teluk Bahang, rakyat kian terperuk dan hilang daripada petempatan asal. Pembangunan mewah mengambil tempat . Rakyat tidak mampu membelinya lagi. Mereka ditolak oleh gelombang pembanguann mewah dan komersial. Negara maju tetapi rakyat terhalau daripada medan pembangunan. Para pemimpin seperti kurang kepedulian.

Kenapakah pembangunan yang seimbang  tidak berlaku ? Ada bahagian untuk golongan kaya dan ruang dan  tempat untuk rakyat sederhana. Yang terjadi ialah rakyat seperti anak ayam kehilangan ibu.Mereka terkontang kanting tanpa kepedulian ibarat golongan pariah yang dipandang hina ibarat golongan pengacau di bawah kaca mata kerajaan dan pemimpinnya. Apa boleh buat tanah tempat rakyat duduki telah dibeli pemaju.Kerajaan tidak ada kuasa. Lerajaan tidak boleh buat apa-apa. Ini bukan tanah kerajaan. Kalau tanah kerajaan pula ia diserah kepada swasta atau pun dijual untuk mengisi perbendaharaan kerajaan seperti yang berlaku ke atas tanah PDC di Bayan Mutiara.

Pemerintah seperti membiarkan nasib rakyat ditangan pemaju dan mahkamah menentukannya. Akibatnya mereka menjadi mangsa pembangunan.Terlihat kerajaan lebih banyak menyebelahi pihak yang kuat iaitu pemaju dan meninggalkan rakyat yang tidak berkudrat untuk menghadapi pemaju. Kampung Mutiara tunggu masa untuk dinyahkan.Begitu sisa-sisa kampung yang lain.Tunggu masa  penduduk asalnya  dilenyapkan daripada zon pemajuan bernilai ratusan Rm 1 kaki persegi.

Akibatnya satu demi satu perkampungan penduduk asal yang tinggal zaman berzaman menjadi mangsa pembangunan.Pihak pemimpin dan kerajaan negeri berlepas tangan. Rakyat  tidak dapat pembelaan yang adil. Sedangkan kerajaan negeri boleh menetapkan dasar bahawa pembangunan tidak boleh diluluskan tanpa menyelesaikan masalah rakyat di tapak asalnya seperti kes Kampung Buah Pala. Dasar menjadi flip flop apabila melanda kampung kampung penduduk asal.Rata-ratanya Melayu. Kes Kampung Siam di Kelawai Kerajaan negeri menyediakan peguam. Kerajaan negeri mempunyai peranan.  Kenapakah dasar tidak menyeluruh.Dasar sangat berpilih pilih. Belaku diskriminasi.

Pilihan terbaik   ialah menerusi campur tangan kerajaan dan pemimpin, pembelaan buat rakyatnya.Justeru jika tidak pemimpin siapa lagi  yang boleh diharapkan ? Adakah pasaran terbuka dan pemaju ? Sungguh inilah peninggalan dasar pembangunan warisan zaman Mahathir yang menjadi ikutan kerajaan negeri di Pulau Pinang kini. Meski pun mulut pemimpin menyatakan kebencian kepada BN namun dasar yang diikuti tidak ada bezanya.Malahan lebih lagi. Kata dulang paku serepih kata orang kita yang lebih.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *