KHAZANAH WARISAN BANGSA : APA YANG SHAIKH ABDULLAH TINGGALKAN BUAT KITA ?

SIRI 1 – TOKOH TOKOH  NEGERI PULAU PINANG HAJI ABDULLAH FAHIM

Sheikh Abdullah Fahim telah meninggalkan kita melebihi setengah abad ( 1961- 2015 ), sekitar 54 tahun lalu.Beliau lahir pada tahun 1869 dan meninggal ketika berusia lanjut , 92 tahun. Seorang ulama yang menyaksikan pergolakan politik di dunia Islam. Kajatuhan daulah dan khilafah Islam terakhir  Turki Usmaniah   pada tahun 1925. Naiknya  Kerajaan Saudi sebagai kuasa baru memimpin dunia Islam. Bagaimana daulah Saudi Arabia terbentuk ? Terbentuk hasil  sokongan dan dokongan padu Inggeris, menerusi peranan  agennya Lawrence of Arabia.

Di Tanah Melayu setelah kembali dari Mekah beliau menubuhkan sekolah agama DMW Daeratul Maarif Wataniah. Di peringkat awal, ulama tersohor ini menjadi tenaga pengajar penting sekolah agama yang digerakkannya di Kepala Batas. Haji Abdullah Fahim dibantu oleh anaknya Haji Abdullah Badawi dan murid kesayangannya Haji Abdul Halim. Beliau menjadi penyokong kuat UMNO menuntut kemerdekaan. Namanya paling dikenang sebagai tokoh yang menetapkan tarikh kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Hasil tilikan falaknya tarikh itu diumumkan dari rumah beliau di Kepala Batas, Seberang Prai Utara.

Beliau seperti kebiasaan orang orang alim tidak banyak meninggalkan  harta. Yang ditinggalkannya hanya  pesan pesan yang berharga buat bangsanya. Amanat dan peringatan  buat bangsanya selepas merdeka.

Di bawah ini diperturunkan amanat beliau buat pemimpin dan umat Melayu. Tujuannya terutama kepada pemimpin supaya tidak  mudah hilang pedoman dan khianat terhadap amanah rakyat yang sedang digalasnya. Antara mutiara amanat beliau yang berharga ialah :

Pondok Syeikh Abdullah Fahim

Orang orang Islam perlu memperbaiki perselisihan sesama mereka.Setelah berdamai perpaduan itu diharapkan akan berkekalan .Inilah satu satu senjata yang boleh menguatkan kedudukan orang Islam dan orang Melayu.

Orang Melayu wajib berjuang kerana bangsa tetapi KEBANGSAAN TAK BOLEH ISLAM

Kalau orang Melayu beragama Islam mengkhianati bangsa , negara dan agama, Allah akan gantikan bangsa lain beragama Islam menjaga tanah air kita.

Sesiapa ya g berjuang dengan nama Allah dan niat yang baik ,sentiasa dalam keredhaan Allah .Sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai oleh Allah , akhirnya menjadi hina.

Kesimpulannya bagi para  pemimpin yang mendakwa  berjuang kerana AGAMA, BANGSA dan NEGARA hayatilah apa yang berlaku kini di negara kita setelah 57 tahun merdeka.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *