SIRI KE 2 TOKOH TOKOH PULAU PINANG :

HAJI SALLEH MASRI TOKOH PENGASAS DAN PENGGERAK MADRASAH AL MASRIAH BUKIT MERTAJAM

TUAN GURU HAJI SALLEH MASRI (1875-1971)

HAJI SALLEH MASRI  berasal dari Rasah negeri Sembilan pada tahun 1875. Nama sebenarnya ialah Mohd Salleh bin Baki. Perantauan ilmunya panjang. Dari NS ke Sumatera, kemudian ke Sg Dua  dan Padang Lalang di Seberang Prai. Kemuncak perantauan ilmunya  di universiti Al Azhar, Mesir. Beliau antara anak Melayu yang pertama mengaji di sana.Sempat berguru dengan Shaikh Muhammad Katib, ulama tersohor dunia Melayu dari Alam Minangkabau yang menerima tiupan aliran pembaharuan Shaik Muhammad Abduh.

Peliknnya bagaimana Haji Salleh boleh menetap di P.Pinang, sedangkan beliau anak Negeri Sembilan ? Setelah ayahandanya yang menyokong perbelanjaan meninggal dunia pada tahun 1903, beliau ditawarkan bantuan oleh seorang hartawan Haji Abbas bin Haji Othman dari Bukit Mertajam. Haji Abbas bukan sekedar membantu malahan menjadi bapa angkatnya.Kemudian menjadi mertua setelah Haji Salleh dikahwinkan dengan anak perempuan Hajah Saadiah.

Hasil gabungan tenaga ulama dan hartawanm,  Madrasah Al Masriah ditubuhkan dan menjadi institusi sekolah agama yang terkenal di utara Semenanjong Tanah Melayu. Lebih nyata peranannya apabila madrasah ini menjadi tempat gerakan atau markas politik Parti Islam atau PAS di peringkat awalnnya. Apa kata Sheikh Salleh Masri mengenai politik Islam :

   Tak ada  politik,  Islam   boleh mampuih

Masudnya bila tak ada politik Islam, syariat  Islam tidak akan tegak dan agama Islam akan pupus.Ada serupa tiada.Begitu pandangan tajam Tuan Guru Haji Salleh Masri tentang masa depan Islam di Tanah Melayu .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *